Monday, February 1, 2016

Port Dickson Trip 2016 - Part 1












Saturday, December 26, 2015

6th Annivesary Trip 2015 - Cyberview Resort & Spa


Tahun ni kebetulan pulak wedding anniversary aku dan Dahlan jatuh pada hari yang sama hari wedding dulu which is hari Sabtu. Dahlan cakap ada point Agoda yang dah nak expired jadi elok le gunakan. Aku pun pilih pegi cuti sempena wedding anniversary keenam kitaorang. Dekat je cuma di Cyberview Resort & Spa.

Keluar rumah dekat pukul 12 tengahari. Sampai Putrajaya Dahlan hantar aku dengan Batrisyia dekat Padi House Restaurant. Dahlan pegi solat Jumaat. Aku makan dulu dengan Batrisyia sebab tadi kitaorang tak breakfast

Budak ni makan favorite dia. Fish sweet & sour.  
 
Aku order Thai Style Fish Finger Rice. Sedap jugak menda ni. Ada popia lagi. Lepas Dahlan balik dari solat Jumaat, ingatkan dia nak order lain. Dia tak nak order. Cuma habiskan food kitaorang je. Sebelum check in hotel, tapau dua slice cake dulu


Kitaorang book bilik paling cikai kat sini. Tapi cikai-cikai pun cantik gila. Konsep bilik bukan satu building camtu. Macam chalet-chalet. Nama pun resort kan. Dapat bilik tingkat atas. Viiew balconi dia tak lawa sangat. Tu kot beza bilik mahal dengan bilik murah. Sebab rumah depan kitaorang tu betul-betul pool access. Keluar bilik je boleh terus terjun pool cuma tak best orang lalu lalang dan dorang tak ada privacy nak lepak kat balcony macam kitaorang



Petang tu kitaorang pegi pool. Memang cantik dan besar sangat pool dia. Penuh dengan hijau je. Tapi aku biasa le bila hutan-hutan camgini mula le aku rasa ada tikus je. Hahahaha



Lepas mandi manda, kitaorang pikir nak dinner apa pulak. Jenuh pikir sebab nak le something special sikit. Anniversary dinner kan. Jenuh pusing sana sini kat Cyberjaya ni last-last pilih Volcano Shabu-Shabu. 

Esoknya breakfast kat hotel. Breakfast dia superb. Banyak sangat pilihan. Disebabkan X-mas deco breakfast pun cantik sangat. Ada train kat meja buffet dia. Lepas breakfast, as usual aku stay kat bilik mengemas dan tidur balik. Deme berdua berendam kolam lagi.
 

Lepas check out hotel, ajak Dahlan pegi Mitsui Premium Outlet dekat Sepang. Dah dekat sangat dah dengan KLIA tempat ni. Tujuan pegi Mitsui ni nak beli kasut. So dapat le beli kasut Nike dengan harga yang murah tapi tak tahu le stok bila. Lantak le yang penting murah. Overall aku cakap sini tak bestlah. Macam shopping mall biasa je. Jauh beza dengan JPO.

Monday, December 7, 2015

Wedding Wan

8 March 2016

3 May 2015




28 November 2015


 





 

Sunday, October 25, 2015