Hari ni dalam pukul 3.00pm dapat sms daripada Yati yang bagitau dia dah selamat bersalin baby girl kat Damansara Specialist Hospital. So petang tu aku dengan Kak Yati dan Yatie pegi le tengok Yati kat hospital. Banyaknya Yati... peningkan. Ok betulkan sikit.. aku dengan Kak Hariati dan Mariati pegi le tengok Nurhayati kat hospital.. hehehehe.. Baru tak confusekan.
Disebabkan kitaorang pegi lenggang kangkung je, macam tak best le pulakkan, kitaorang pun pegi le beli belon yang jual kat kedai gift yang ada kat DSH tu untuk Yati. Kak Yati yang bayar. Aku nak bayar kat dia balik mati-mati dia tak nak. Apalah Kak Yati ni. Janji nak share. Alih-alih dia bayar sorang je.

Ni le baby girl yang lahir pukul 12 lebih seberat 2.55kg. Cute sangat. Nama dia Qasrina Zahra binti Zafaris. Mata dia bulat macam mama dia. Baru beberapa jam lahir tapi dah melilau tengok macam-macam. Eh.. kat belakang tu leh nampak le tali belon yang kitaorang bagi. Hehehe.. nampak tali pun jadi le.
Sempat gak ambik gambar dengan Yati. Masa nak balikkan, kitaorang temankan Kak Yati tunggu cab kat lobby DSH. Kitaorang terserempak dengan Raja Nazrin dan adik beradik dia keluar dari lif. Wife dia kan bersalin juga kat DSH hari Jumaat lepas. Adik-beradik dia datang hospital, baju masing-masing punya ler glamer macam nak pegi dinner je. Hehehehe...