Sunday, August 30, 2009

Buka Puasa Lagi 2009

Hari ni makan besar lagi. Kena masak lagi tapi kali ni dah sah-sah chef besarnya Kak Semah. Menu hari ni punya le banyak. Kena memenuhi permintaan semua orang. Nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, ayam goreng, ikan masa taucu, ikan gulai tempoyak, paceri nenas dan kerabu mangga. Kuih pulak sepatutnya nak buat kuih cara tapi tak mau jadi so tak ada le kuih hari ni. Hahaha.. Lupa plak. Ada lagi makanannya. Keow teow goreng dan serawa betik jalur. Banyak gila makanannya.

Lelaki-lelaki je boleh makan dulu kat meja. Kitaorang semua kena tunggu giliran.. Siannya.. DM dan Godapi datang menyibuk gak hari ni. Hehehe...Betulnya hari ni acara suai kenal dengan DM. Godapi saja jelah dijemput supaya DM idak le nampak orang Bota ni semua buruk lantak. Hahaha...

Nyah je yang makan sekali dengan deme tapi dia dok atas lantai pun jadi le.. Dah le tak pandang kiri kanan. Huhu..

Tunggu turn nak makan. Lapar ni... Tolong.. tolong..

Phewit.. Cun le awek ni. Makan bersopan santun lak tu.. Kak Semah control ayu masa makan. Hahahaha...

Saturday, August 29, 2009

Buka Puasa 2009

Minggu ni Kak Semah dan Abang Harun datang PJ. Plan asalnya malam ni dorang nak berbuka kat rumah Wan tapi sebabkan Tikah dah balik kampung last week sebab dia demam teruk, so terpaksa tukar plan. Wan yang ambik Pidah kat PD semalam. So hari ni aku dengan Wan Chu Ma jadi le chef besar masak macam-macam. Rendang daging, sayur campur, udang goreng (khas untuk Iman) dan cucur udang. Nyah pulak masak kat rumah dia ikan asam pedas dan kuih jongkong (nanti cerita pasal kuih ni kat next entry). Banyak jugalah juadah hari ni jadinya. Tapi aku makan cucur aje sebab lepas tu kena pegi meeting dengan Aris dan Aidee pasal company event.

Koi jongkong, cucur udang dan air laici. Sedap giler cucur udang aku hari ni. Hahaha.. puji diri sendiri.

Tak sempat nak ambik banyak-banyak gambar sebab semua dah lapar. Ni je picture yang ada yang ambik ramai-ramai.

Dua budak yang tak pose dari awal datang sampai nak tidur pun asik tengok ultraman kat you tube. Ada ke Iman boleh tanya aku macam-macam soalan pasal Ultraman. Mana le aku nak tahu Ultraman Dyna ke, Taro ke, kepala bertanduk ke.. Hahaha.. Tapi yang best tu dia boleh percaya aku cakap aku nak pegi jumpa Ultraman masa aku kuar meeting dengan Aidee. Iman..Iman.. gila ultraman sungguh le budak ni.

Eh.. Iman dah pandai buat peace le.. Dulu masa birthday Caca tahun lepas, peace dia satu jari je.. Dah improve dah..

Wednesday, August 19, 2009

Lelaki Malaysia

Lelaki Malaysia memang tak gentlemen. Wah.. sebaris ayat ni mesti leh buat kontroversi punya. Tapi hakikatnya memang macam tu le. Semalam aku balik naik LRT sebab Yatie on half day sebab dia sakit perut. Aku naik LRT pukul 5.40 petang so LRT tak ada le penuh mana time tu tapi masih kena berdiri. Aku naik kat depan sekali. Ada le dalam 6 kerusi kat situ. Yang pelik tu semua tu lelaki yang duduk. Muda.. sihat walafiat.. Huhu wanita-wanita semua berdiri di depan diaorang termasuk le aku. Adoi.. tak ada ke perasaan dorang nak bagi wanita-wanita yang bergayut depan dorang ni duduk?? Semua buat derk je.. Dengar IPOD, sms dan yang paling sakit hati...tidur.. Buat-buat pulak tu (macam Adlin buat-buat tak nampak dalam iklan tu. Hahaha..) Ee.. teruknya lelaki-lelaki Malaysia ni. Dan antara 6 orang lelaki tu (semua bangsa ada) ada le tersesat sorang Mat Saleh.. Aiseh.. Mat Saleh dah lama dok Malaysia pun terikut kot perangai tak gentlemen lelaki Malaysia ni. Huhu.. sapa nak jawab????

So ayat pertama aku tadi dah tak boleh pakai le kan.. Kena le cakap LELAKI DI MALAYSIA TAK GENTLEMEN.. Hahaha...

Sunday, August 9, 2009

New Handbag

Keh.. keh.. ada handbag baru pun nak masuk blog. Kalau handbag LV ke, Gucci ke ok le jugak ni brand biasa-biasa je. Apa saja le aku kan. Tapi kena masuk gak sebagai menunjukkan betapa happynya aku dapat handbag ni. Sebenarnya beg ni biasa-biasa je tapi sebab ada kisah susah payah tu, maka beg ni jadi le luar biasa. Mula-mula jumpa beg ni memang berkenan dan nak beli tapi sebab aku nak mintak DM bayarkan (advance birthday present tau) tak ada le beli masa tu. Hehehe.. Sekali bila dia dah setuju nak bayarkan, aku pegi le Jusco One Utama, dah abis le pulak.. Cari kat Parkson One Utama pun tak ada gak. Adoi.. frust giler.. Esoknya hari Jumaat aku memang nak balik kampung dengan bapak so aku pun ajak le bapak pegi Jusco Ipoh semata-mata nak cari jugak-jugak handbag ni. Keh.. keh.. Nasib baik le bapak pun memang nak beli barang so dia setuju je. Kat Ipoh ada melambak-melambak lagi handbag ni. Orang Ipoh ni tak bershopping ke? Anyway.. Happylah sebab dapat handbag ni sebab orang bayarkan.. TQ DM..

Saturday, August 8, 2009

Setem The Movie


Hari ni aku pegi tengok cita Setem dengan Ely, Tikah dan Pidah kat GSC Tropicana City Mall (macam tak ada tempat lain je kan). Actually dari mula-mula aku tengok poster movie ni beberapa bulan lepas aku memang dah interested nak tengok movie ni sebab pengarahnya Kabir Bhatia. So far cerita-cerita arahan dia memang tak menghampakan le macam Cinta dan Sepi. Drama-drama tv dia pun best-best jugak tapi DM tak nak lak tengok cita Melayu. Last-last aku racun Chu Ma suruh tengok gak cita ni sebab Yatie pun cakap best. Hehehe.. berjaya jugak aku meracun deme.

Lama rasanya tak tengok movie Melayu yang boleh dikategorikan best dan superb. Setem boleh dikategorikan cita kelakar yang bukan lawak bodoh. Aku suka cerita ni. Tapi biasa le kenapa kalau cerita Melayu susah nak dapat sambutan daripada penonton termasuk orang Melayu sendiri? Padahal cerita camni ok apa. Betterlah dari Harry Potter yang buat orang tu sampai berdengkor dalam cinema. Lagi tak nak tengok cerita Melayu.. nak jugak-jugak tengok Harry Potter padahal bukan mengikuti pun semua episode Harry Potter. Huhu.. So aku suggest ramai-ramai pegi le tengok cita Setem ni. Memang berbaloi walaupun kena bayar RM10.00. Kalau dah abis tayangan kat cinema, beli original VCD tau. Kalau cita omputih tak pe beli cetak rompak. Hehehe..

Poster ni amik dari sini

Sunday, August 2, 2009

Dear Yayah

Salah satu tempat yang aku suka pegi kalau melepak kat shopping mall ialah kedai buku. Kekadang bukan nak beli buku pun tapi saja je nak melepak dah menghabiskan masa dan baca buku free. Hehehe.. Memandangkan aku dah ada port favourite baru Tropicana City Mall dan kat sana ada Borders, kerap jugaklah melepak kat Borders ni. Sampai gaduh-gaduh dengan DM pun penah kan. Hahaha..

Aku jarang sikit pegi section buku-buku melayu yang untuk teenagers ni ntah camana hari ni aku rasa macam nak menengok buku-buku kat situ pulak sekali nampak le sebuah buku yang bertajuk "DEAR YAYAH THE DIARY". Hahaha.. cutenyer.. Actually bukan le buku tapi memang diary yang boleh letak gambar etc. Siap ada tempat khas nak letak gambar secret admirer dia le. Apa ke nama bf si Yayah ni.. Hazman kot.. Hahaha..Adoi.. macam-macam le.


Pastu aku jumpa pulak novel sebenarnya. Ooo...rupa-rupanya DEAR YAYAH ni sebuah novel. Aku jumpa novel Dear Yayah 2 dan 4 je. Dah 4 buah dah novelnya. Mesti ada peminat gak novel ni kalau tak, takkan le sampai ada 4 siri dan siap ada diary lagi. Tapi kira aku rasa bangga jugak le sebab jumpa novel yang bertajuk nama aku sendiri.

Friday, July 31, 2009

Lorna's Wedding