Monday, July 12, 2010

Leganya..

Syukur alhamdulillah.. Hari ni berjaya jugak aku menghabiskan puasa ganti walaupun dalam keadaan yang tak berapa mengizinkan. Minggu pertama aku cuba-cuba puasa ganti masa tengah pregnant ni aku puasa sehari je hari Sabtu. Letih yang teramat-amat tak tahu nak cerita. Minggu depannya pulak aku cuba puasa Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah makin kuat bertahan cuma bila dekat-dekat nak berbuka perut rasa pedih. Baby pulak macam memberontak je kelaparan. Hahaha..

Weekend kali ni aku puasa straight 3 hari memandangkan aku bercuti hari ni so aku sambung le sekali. Masuk hari ketiga ni memang mencabar sungguh tapi alhamdulillah berjaya juga aku menghabiskannya. Harap-harap puasa Ramadhan nanti aku dapat mengharungi cabaran ni sampai 30 hari. Kalau tak jenuh nak mengganti tu. Aku belum pernah try puasa hari keja lagi ni. Tahan ke tak tahan? Huhu.. entah le..

Saturday, July 10, 2010

BOS 89'-93' TT Session

Lama dah rasanya Bainunian batch 89-93 tak buat apa-apa event. Last gathering pun campur-campur dengan batch lain masa kat Otak-Otak Tropicana. This time An organise satu TT session yang santai. Walaupun hujan malam ni tapi semangat nak pegi. Nasib En. Husband last-last bagi green light join gathering ni tu pun mesti pegi dengan Ely dan balik awal. Ok le kan dari tak ada. Syok gak dapat jumpa ramai-ramai ni yang rasanya dah bertahun-tahun jugaklah tak berjumpa.


Ramai gak yang join gathering kali ni. Lebih 20 orang. Kira meriah jugak le. Cuma yang tak bestnya sebab timenya malam so masa limited sangat-sangat. Nak sembang pun macam tak puas je. Harap-harap next gathering boleh buat lagi meriah dengan cari venue yang proper. Kasi sejuk sikit. Ni panas gila walaupun lepas hujan dan paling penting buat le siang-saing hari. Baru le boleh lepak sampai 3-4 jam. Hehehe...


P/S: Pix ciluk dari FB Farhan. Malam ni tak bawak camera sebab tahu camera orang lain banyak yang canggih-canggih

Saturday, June 19, 2010

22 Minggu

Hari ni cukup le usia pregnancy aku 22 minggu. Macam-macam dugaan. Sekarang kena monitor glucose sendiri sampai le bersalin. Tulis diari makan apa, berapa glucose level etc. Nasib le kan. Doa-doa le lepas ni dah tak ada dugaan berat-berat dah sampai bersalin nanti. Amin..

Sunday, June 13, 2010

Ely Kahwin - Kelantan

Minggu ni kenduri belah lelaki pulak kat Kelantan. Orang lain semua naik kereta sebab dorang semua bertolak dari Bota. Nyah je yang bertolak dari Puchong dengan mak bapak abang Majid dan adik beradik dia. So kitaorang bertiga jelah naik flight. Aku tak larat nak berejam-jam duduk dalam kereta. Kitaorang booked firefly kali ni sebab fikir dekat sikit dari PJ nak ke airport Subang.


Kitaorang sampai awal tapi kaunter check in tak bukak lagi so pegi le breakfast dulu. Aku le sibuk nak breakfast kat Mc Donalds so nak tak nak semua orang kena ikut.


Dah sampai Kelantan. Perak sungguh first time naik Firefly. Siap amik gambar sekali dengan kapal terbang. Hehehe...


Ni le transport kitaorang sepanjang kat Kelantan. Kereta baru tu. Best..

Sepanjang kat sana kitaorang stay kat Ridel Hotel. Ok jugak le hotel ni. Tepi sungai. Cuma bilik kecik sikit le.

Malam pertama kitaorang makan besar-besaran kat Ridel Hotel ni je. Order seafood macam-macam jenis.

Lepas makan melepak kat tepi sungai sebab hotel ada bagi welcome drink.

Dari pagi sibuk kena make up kan Ely. Ely ni kedekut tak nak keluar duit bayar make up. Dah suruh aku, maka hentam keromo jelah. Asalkan bermake up. Dah le colour yang ada semua limited je. Tapi aku rasa elok jugak le aku make up berbanding make up aku masa kenduri kat rumah Dahlan. Macam Avatar dah. Huhu.. Dah le kena bayar kan buruk pulak tu. Ni at least FOC. Jimat banyak dah tu.


Hari ketiga dah tak ada aktiviti dah. Semua orang yang naik keta balik awal dari kitaorang. Tinggal aku dengan Dahlan je yang last check out. Flight kitaorang pukul 11.00 pagi. So balik berdua jelah. Tak ada pun shopping kat Kelantan sebab tak larat sangat. Aku cuma belikan MIL kain batik (duit hubby aku cuma tolong beli je), keropok-keropok dan tudung sehelai. Sikitnya shopping.

Sunday, June 6, 2010

Ely Kahwin - Bota

Kitaorang dah balik sejak hari Jumaat lepas pegi check up kat hospital. Hari Jumaat cuma buat persiapan terakhir je. Tengok orang pasang khemah, siapkan bilik etc. Hari Sabtu pagi buat keja-keja akhir macam rebus telur untuk bunga pahar dan malam berinai. Lepas tu tengahari buta macam biasa buat rehearsal jugak. Ely ni semua tiru aku. Keh.. keh..

Ni pengantin baru gak consider kan. Nak jugak bergambar berdua sebelum pengantin baru ambik alih.

Malam lepas Maghrib upacara akad nikah. Lepas tu Malam Berinai dan ada cempak-cempak. Banyak Ely dapat duit.

Pagi Ahad ada khatam Quran. Lepas tu ada merhaban pulak. Lepas geng merhaban abis, geng kompang pulak ambik alih. Meriah..

Lepas dah selesai semua baru le family dapat ambik gambar tapi budak-budak ramai yang terbongkang dah. Tinggal dua yang aktif je yang banyak energy dapat le masuk dalam gambar.

Thursday, May 20, 2010

Kena Cucuk Lagi!!

Aduh.. kena cucuk lagi kali ni. Mulanya hari Selasa lepas pegi monthly check up biasa je. Ntah camana masa ambik urine test sekali gula tinggi. Terus le doktor suruh buat test glucose tolerence esoknya. Mula kena ambik darah masa fasting. Lepas tu minum air gula yang rasa hampeh tu. Lepas 2 jam kena ambik darah lagi sekali. Sakit gila. Dah le orang lab tu aku dah pesan jangan ambik darah aku kat lengan sebab memang selalu tak boleh dapat dia degil nak try jugak. Last-last sampai 4 tempat aku kena cucuk instead of 2 kali je.. Huhu..

Petang tu result pun keluar. Nyah call aku cakap esoknya kena admit hospital sebab reading gula fasting aku sampai 14. So malam semalam aku dengan Dahlan tidur kat rumah Nyah sebab aku nak tumpang Nyah je pegi hospital hari ni. Dahlan tak boleh ambik cuti dah.

Sampai kat hospital Shary assistant pada Doktor Raja cakap kena buat test nama Blood Sugar Profile. Ambik darah 4 kali. Huhu.. sakitnya. Bila sampai kat lab, orang lab dah tahu susah nak ambik darah aku dorang suruh le buat ntah apa ke nama benda tu. Yang macam orang masuk air tu. Dah le jarumnya besar. Sakit betul. Pastu aku duduk je sepanjang hari kat wad Day Care. Selepas ambik yang masa fasting pagi-pagi tadi, kena ambik sebelum lunch. Tak ada le kena cucuk sebab dah siap-siap set menatang tu.

Sekali masa nak ambik darah kali ketiga, darah tak beku tak boleh keluar. Nak tak nak kena jugak cucuk. Nasib le nurse dari India tu pandai ambik. Tak sakit sangat. Malam pun sama kena juga cucuk lagi sekali. Dah pukul 9 lebih Doktor Raja datang review report. Dia suruh aku balik sebab result ok je tapi dia bagi aku mc 2 hari. Hehehe.. best. Tak tahu le kenapa yang mula-mula ambik tu sampai 14. Cuma doktor suruh aku control makan je. Tak kisah le asalkan aku tak kena cucuk lagi.

Saturday, May 8, 2010

Kesian Adik Aku..

Petang tadi aku, Ely, Tikah dan Pidah jalan-jalan kat Shah Alam. Nak cari baju untuk hari Ely kawin le kenkononnya. Balik rumah tu Dahlan call dia cakap dia dinner kat luar. Bapak pulak biasa le nak makan ikan masin je. So kitaorang pun decide makan nasi goreng jelah sebab malas nak masak lauk. Aku masak nasi gorengnya. Dah siap masak nasi aku suruh le Ely goreng telur dadar untuk makan dengan nasi goreng tu. Dia pun goreng le sementara aku siap-siap nak mandi. Sekali masa aku nak pegi mandi aku nampak pipi dia dah merah. Dia cakap kena minyak. Adoi.. kesiannya.. Teruk melecur kena minyak. Dah le nak kawin tak sampai sebulan lagi. Pipi pulak bertanda. Kena le Kak Lela tampal foundation tebal-tebal macam ni. Tapi bila aku ingat-ingat balik aku rasa kelakar pun ada. Camana le boleh kena minyak macam tu teruk sekadar goreng telur dadar je?? Kalau goreng ikan keli ke, goreng sotong ke ada le maaf jugak. Ni telor dadar. Kena kat muka pulak tu. Kalau kat tangan lain cita. Huhu.. kesian kat adik aku.. Hopefully sempat le recover balik kulit muka dia sebelum kawin..