Saturday, May 18, 2013

Katrin BJ Warehouse Sale

Dua hari lepas junior aku Linda Ismail ada pm aku kat FB kabo ada warehouse sale ni. Sejak masuk grup ibu-ibu menyusu ni dia banyak jugak le bagi info-info sebegini pada aku. Warehouse sale ni start dari semalam 17hb May sampai esok 19hb May 2013. Semalam lagi Linda dah pegi dan dah brief aku sikit-sikit apa yang best dan apa yang tak best. Dia cakap pada dia this time macam tak berapa best tapi aku tetap nak pegi sebab aku nak beli periuk. Rumah aku periuk semua dah teruk dan masak pun semua dalam kuali je sekarang.

Pagi tadi suppose Uncle Richard nak datang betulkan bumbung yang masih bocor tapi tunggu punya tunggu sampai dah pukul 1.00 petang tak datang-datang. Call dia tak angkat pulak. Dah dekat pukul 2.00 baru dia call cakap dia akan datang lepas pukul 2.00. Larr.. miss-communication rupanya dia dengan Dahlan. Sebab dah siap-siap malas dah nak tunggu dia. Pukul 2.00 baru le kitaorang keluar rumah.

Cari tempat ni siap pakai GPS lagi. Rupanya dekat giler Katrin BJ ni dengan office aku kat USJ sana. Katrin BJ ni kiranya pengimport dan pengedar le household items. Antara jenama yang dia bawak La Gourmet, Maxim, Green Pan, Scanpan etc. Masa masuk je ke sini dorang suruh tulis nama dan email address. Agaknya senang kot nak kabo kalau ada sale lagi. Orang tak ada le ramai pun. Boleh bersantai-santai dengan seronok

Macam kata Linda memang tak banyak sangat le barang yang murah-murah. Dia pegi semalam masih ada lagi kuali yang murah-murah harga RM15-35. Hari ni dah tak ada dah kuali-kuali tu, Semua yang dah rosak teruk je tinggal. Yang tercabut tangkai, kemek etc. So aku cuma focus kat area sale yang bukan murah sangat jelah. Pan ni antara yang menarik jugak le bagi aku. Luar dia stainless steel. Dalam dia non-stick dan yang paling best sebab tangkai dia dipateri bukan pakai skru macam selalu tu. Yang 20cm dapat harga RM52.50. Yang 26cm harga RM65.70. 28cm harga RM71.70. Aku dah amik dah nak beli tapi pikir-pikir balik tak jadi sebab baru je beli deep pan kat Langkawi ritu. Aku belikan Cah je yang 26cm punya.

Yang ni Mai punya. Yang ni memang murah pada aku. 36cm wok. RM167.70. Brand Maxim jugak. Aku beli besar ni kat Langkawi dengan mak tahun 2008 dulu pun RM150.00 Tak ada tutup. Yang ni siap ada tutup. Serius murah. Orang tu cakap yang ni 70% off sebab discontinued design. Nak abiskan stock mana yang ada je. Memang berbaloi beli. Tapi aku dah ada wok besar tak nak le beli wok dah. Tak ada tempat nak simpan banyak-banyak kuali


Tara.. dah jumpa dah apa yang aku nak. Pada aku memang murah le sebab kat Ikea stainless steel pot dia kecik sikit dari size tengah tu RM199.00. Aku dah nak beli dah tapi Dahlan macam jeling-jeling je. Dia suruh aku beli satu je yang kecik tu harga RM89.00. Tapi aku rasa kecik sangat. Last-last aku beli juga yang kecik tu tapi besar sikit 18cm macam yang kat gambar bawah. Beza dengan yang ni yang ni tutup dia ada lubang-lubang. So let say nak rebus spaghetti ke tak payah nak guna penapis. Bestkan. Tapi dah kecik sangat macam tak berapa praktikal pulak aku rasa.

So aku decide le beli yang ni je. Harga RM99.00. Masa dah siap bayar-bayar tetiba Cah kata beli jelah yang set atas tu. Dia nak yang kecik dan yang paling besar. Yang tengah-tengah tu aku boleh amik. Gatal minah ni. Tadi cakap tak nak. Kalau dia awal-awal cakap nak share memang aku beli yang kecik tu tadi. Tak pelah dah bayar dah pun. Aku tanya kat orang tu kalau yang sedang tu harga berapa kat luar dia cakap dalam 200 camtu. So aku cakap kat Cah aku beli dengan harga RM100. Cah setuju je. 

Tak ada le banyak mana pun borong. Ni je termasuk untuk Mai dan Cah. Dahlan beli pot yang ada filter untuk serbuk teh tu. Harga RM79.90. Lagi satu dia nak egg pan harga RM9.90. Ntah bila le gamaknya dia nak masak telur goreng tu siap beli pan kecik tu. Hadoi le..

Sunday, May 12, 2013

Free Ice Cream

Batrisyia banyak kali dah cakap nak buku baru. Setiap kali dia bukak buku dia, dia mesti tunjuk kat gambar buku lain yang ada kat belakang buku dia. Ok le dia mintak buku aku ok je bagi. So hari ni aku ajak Dahlan pegi One Utama. Mula-mula pegi makan dulu sebab kitaorang tak lunch lagi hari ni. Pusing pening tak tahu nak makan apa kat One Utama. Mula aku ajak dia makan kat Sambal Hijau kat Kota Damansara tapi Dahlan kata panas sangat so dia nak tempat beraircond tu yang last-last kena pegi One Utama jugak. Balik-balik makan kat Teh Tarik Place sebab dah tak tahu nak makan kat mana. Aku macam biasa order nasi kerabu tapi hari ni tak best sebab ayam percik dah abis dan aku pulak silap pegi mintak ayam merah. Patut mintak ayam goreng je better. Tak kena rupanya ayam merah makan dengan nasi kerabu.

Lepas makan, Batrisyia cakap dia nak naik kereta ni. Rupanya murah je sewa kereta ni. Untuk One Card member RM1 je untuk 3 jam pertama. Happy sangat le budak ni dapat naik kereta ni. Cadang nak pegi makan ice cream Mc Donald lepas beli buku sekali masa nak naik lif nak pegi MPH tu nampak ada lori La Cremeria kat luar. Dorang tengah distribute free ice cream. Senang je syarat dia cuma like page dorang kat FB. Terus dapat 2 ice cream free. Pastu aku suruh Dahlan like pulak, tapi tengah baris-baris tu orang tu terus je bagi kat Dahlan sebab dia cakap aku dah like sebelumnya. So dapat 4 ice cream. Syok betul.

Batrisyia dah beli buku baru dia. Sampai dua dia beli hari ni. Suka sangat le tu keluar hari ni. Dapat naik kereta ni, dapat makan ice cream pastu dapat pulak buku baru.

Friday, May 10, 2013

Fantastic Four Gathering 2013

Tahun ni dah dua kali le kitaorang berempat bergathering. Yang pertama memang well planned walaupun bertangguh berkali jugak lah. Dengan Mai punya schedule yang susah nak match. Aku tak boleh cuti sebab audit. Cah pulak ada meeting every Friday. Last-last dapat le date yang semua orang boleh pegi. 13 March 2013. Kitaorang semua siap amik cuti lagi sebab nak gathering kali ni. Janji sampai pukul 9.00 tapi biasa le mesti lambat sikit. Cah yang paling jauh tapi dia yang sampai dulu. Breakfast kat Mc Donald treat by Mai. Lama kitaorang lepak kat Mc Donalds. Dekat-dekat nak pukul 11.00 baru gerak ke Aeon sebab Cah nak beli spenda. Hahahaha.. pastu pukul 11.00 dah terpacak nak pegi karaoke. Semangat tu. Jenuh jugak le berkaraoke hari ni sampai pukul 3.00 petang. Ada include lunch sekali. Habis karaoke kitaorang jalan-jalan kejap beli barang pastu sambung melepak lagi. Kali ni kat Nyonya Colors pulak. Hambik ko makan lagi. Dalam pukul 4.30 petang, Cah nak balik dah so tinggal le aku, Yatie dan Mai je sambung melepak. Lepas Maghrib kitaorang pindah pulak venue melepak ke Starbuck. Melampau sungguh. Dalam pukul 9.00 camtu baru le balik tu pun sebab esok keja. Kalau tak mau melepak lagi.

Hari ni kitaorang gathering lagi. Plan asalnya Cah ajak lunch je. Mula nak lunch hari Jumaat lepas, tapi Yatie nak cuti pulak sebab dia nak balik mengundi. Yatie mintak hari Khamis. Aku pulak tak boleh sebab busy nak buat application BG tak sempat nak keluar lunch. So aku mintak dorang postponed ke hari ni instead of lunch sebab Cah ada meeting, kitaorang buat lepas keja. Kebetulan pulak Mai cuti so dia pun join sekali.

   
Tempat lepak kali ni kat Delicious Jalan Tun Razak. Ok jugak le lepak kat sini sebab tak ramai orang. Parking valet pun cuma RM6.00 je. Senang tak payah nak cari parking jauh-jauh.
 
Sempat amik dua gambar ni je. Lepas tu tak sempat dah sebab masing-masing busy makan dan bergossip. Gathering kali ni Cah dan Yatie belanja. 

Ni lagi satu gambar yang sempat snap. Tamak bin haloba kan order dessert sampai 3. Nasib baik tak 4 terus. Cheesecake tak abis langsung siap tapau bawak balik bagi kat Dahlan. Cah cam biasa cabut awal dari kitaorang sebab dia jauh. Kitaorang gerak dari sini dekat pukul 11.00 tu pun sebab Dahlan dah call konon Batrisyia meragam. Aku sampai rumah tak ada pun Batrisyia meragam. Saja je dia tau. Overall makanan kat Delicious ni tak sedap mana pun. Tetap Chillis menang.

Sunday, May 5, 2013

Cerita Hari Mengundi 2013

Kome percaya tak tahun ni adalah tahun pertama aku mengundi? Kira ok le kan sebab ada orang langsung tak pernah daftar mengundi pun. Ngeh.. ngeh.. Tahun 2008 aku nak pegi mengundi tapi masa tu mak sakit so aku balik kampung sedangkan pusat mengundi aku kat UIA PJ. Jadi tak merasa le mengundi tahun ni. Aku pegi mengundi petang. Pusat mengundi masih UIA. Dekat je. Jalan kaki pun boleh tapi dah hakikat aku memang pemalas, aku suruh Dahlan hantar. Tapi kereta tak boleh masuk dalam le pulak. Park kat luar je. Kena jalan masuk jaaaauuuhhhhhh dewan tu. (tipu.. tak ada le jauh mana). Cuma tak seronok sebab kena jalan dalam hujan renyai-renyai.

Sampai sana mula-mula kena amik nombor saluran. Aku dah tahu dah saluran mana pun kena jugak pegi check sebab katanya nak tengok muka dengan IC betul ke orang yang sama. Dah dapat nombor terus je pegi saluran. Kat tepi pintu ada polis jaga. Tunjuk nombor saluran yang dibagi kat luar. Pastu park payung (hehehe.. tu tak termasuk dalam cara-cara mengundi). Pastu pegi je kat tempat orang yang jaga. Bagi IC. Deme check nama. Kabo muka surat berapa. Nama sapa dan IC number. Pastu dia check tangan depan belakang. Bubuh dakwat biru kat jari telunjuk kiri. Pastu dapat kertas undi 2. Satu untuk parlimen satu untuk DUN. Pastu pegi le duduk dekat meja tempat undi tu. Teruknya meja UIA ni. Udah patah-patah. Lepas tanda mana yang berkenan, masuk je dalam kotak undi. Pastu siap. Boleh balik. Nasib kejap je dan tak payah beratur langsung. Masa aku masuk tu ada sorang je tengah mengundi. Tak sampai 5 minit pun pegi mengundi. Yang lamanya berjalan kaki pegi balik ke gate je. Huhu..

 Bukti aku telah menunaikan tanggungjawab.

Balik dari mengundi bawak Batrisyia pegi main kat JKids Playground kat Tropicana City Mall. Dah janji dengan dia nak main sini. Best sangat pegi Tropicana hari ni sebab parking lengang. Senang gila. Dalam playground pun tak ramai orang. Nak masuk playground ni weekday RM20.00. Weekend dan public holiday RM30.00. Unlimited time. Boleh le kan sesekali. Kalau kerap tumpo gak le.

Tapi aku geram sangat dengan budak ni. Penakut yang amat tapi nak main. Nak jalan kat titi gantung tu sampai dia merangkak. Nak main tu takut main ni takut. Eee.. baik toksah masuk.

Sekali ada budak cina besar usik dia. Sengaja henjut-henjut atas titi tu. Lagi le dia menjerit-jerit. Sampai Dahlan terpaksa datang sebelah dan suruh budak tu jangan buat gitu. Hadoi.. le Batrisyia..

Main block ni paling dia suka. Eeee.. takat main menda ni kat rumah pun boleh kan.. Kawan le dia dengan budak baju belang tu. Dua-dua penakut. Last-last aku fedup tengok Batrisyia semua takut aku pegi gunting rambut. Dahlan sorang tunggu dia main sampai semua orang dah balik tinggal dia sorang je. Dahlan cakap last-last dia merasa jugak naik semua menda. Mhmm.. kena lama baru berani Batrisyia ni. Kena kerap bawak nampak gayanya.

Dah main kat playground, nak jugak naik menda ni. Haiyoo... Kitaorang balik dekat pukul 9.00 malam. Dinner kat rumah je. Sekarang menunggu keputusan pilihanraya. Hehehe betulnya menunggu pengumuman cuti sebab cemburu Selangor cuti esok. Dahlan dan Batrisyia seronoklah kat rumah berdua.

Saturday, May 4, 2013

Sepetang Di Paddinton House Of Pancakes

Hari ni pegi Mid Valley. Hari tu dah belanja bonus En. Dahlan minum hi tea. Kali ni belanja kali kedua sebab dari awal dia mintak nak makan kat sini. Aku je yang beria nak pegi hi tea tu. Hehehe.. Dah lama dah plan nak pegi makan sini tapi asyik postponed je. Hari ni dapat pegi kira ok le. Ni 2nd time aku makan sini. First time makan masa celcebrate father's day dengan bapak tahun 2009. Aku rasa kualiti dah jauh berbeza dengan aku makan dulu. Bukan lagi elok tapi lagi teruk.

Tengok aje menu book dia. Dulu kemain besar. Cantik sangat. Ni dah jadi cam hapa je. Dah tak ada dah tulis-tulis sejarah pancake, jenis pancake. Serius aku macam frust sikit tengok menu dia.


Aku order nombor 403. Prawns, calamari, mozarella & tomato sauce. Pancake pulak aku pilih buckwheat
gallete. Healthy le kenkononnya. Sedap jugaklah. Ada rasa pizza sebab ada tomato sos tu.

Dahlan pulak pilih yang ni, French crepes pancake. Menu nombor 408. Beef bacon, mozarella, onions, sunny side up, baked beans dan greem peas mash. Ok ok lah Dahlan nyer pilihan.

Budak kecik ni baru bangun tidur. Dia nampak air aku dia cakap dia nak syem. Dah le aku order mocha. Adoi.. tak bagi kesian pulak. Bagi sikit. Sekali melampau-lampau pulak nak lagi nyer. Penangan mocha ice blended ni sama-sama kitaoarang tak tidur malam. Ayoyo..

Nak bagi Batrisyia kurang sikit minum mocha tadi order juga dessert yang ada syem. Ni American Dessert Pancakes with caramel sauce & ice cream. Banyak gila dia bagi caramel sauce. Dalam pinggan tu dah cukup banyak, pastu bagi lagi extra sauce dalam teko kecik. Udah le manis nak mampos tapi sedap sangat.


Sunday, April 28, 2013

Percutian Sepelaung 2013 - Royal Bintang Part 3

Hari kedua percutian sepelaung 2013. Breakfast kat hotel. Kecik je cafe hotel ni. Buffet breakfast dia ok ok jugak. Cuma aku suka sebab biasa orang serve yogurt mesti dalam bekas selambak je tapi sini dia serve satu-satu dalam bekas kecik brand Dutch Lady. Dua kali aku ngambik yogurt je.

Ni pinggan Dahlan. Dia kan taste mat saleh kalau breakfast. Lain pulak aku. Kalau aku mesti nak amik makanana berat-berat macam nasi lemak, mihun, mee etc. 2nd round baru le nak amik yang gini-gini. Dasar buruk lantakkan. Hahahaha

Batrisyia kena paksa bangun makan. Mula meragam jugak. Nampak coco crunch tak jadi meragam. Lepas tu layan makan roti canai pulak.


Lepas breakfast, kitaorang pegi mandi swimming pool. Tapi Batrisyia penakut. Masuk dalam ayor pun dia tak nak. Last-lastnya duduk tepi kolam tengok bapak mandi. Aku period so tak ada mood nak mandi. Kejap je kitaorang kat swimming pool sebab Batrisyia dah gigil kesejukan. Balik ke bilik, mandi manda pastu terus check out.

Hantar barang-barang semua dalam kereta pastu pegi merayap ke e@curve sebab nak bawak Batrisyia main-main kat bawah tu. Seronok dia dapat naik keretapi ni. Sebelum balik lunch kat Teh Tarik Place. Lepas tu baru balik rumah. Seronok jugak ler percutian sepelaung kali ni walaupun agenda asal tak jadi. Terima kasih achik. Kalau ada bagi lagi yer.. Hehehehe..

Percutian Sepelaung 2013 - Royal Bintang Part 2

Balik dari dinner mula nak pegi jenjalan kat Ikea tapi pikir-pikir balik jenjalan kat Ikea tu bila-bila boleh pegi. Tak payah duduk hotel pun ok kan. So last-last balik hotel melepak semula. Dah pukul 9.00 malam camtu dengar kat bawah sangat happening rupanya ada live band depan je tingkap bilik kitaorang. Dari atas tak berapa jelas penglihatan so kena turun bawah gak nak tengok.




Batrisyia suka sangat bunga ni dengan ayo pancut tu. Masa kitaorang tengah lepak-lepak amik gambar kat e@curve ni, ada le nampak sorang mamat ni tengah propose girlfriend dia. Tengah orang ramai tu. Bawak bunga besar. Fuh nasib baik awek dia terima. Kalau awek dia reject mesti malu besar. Dah le kawan-kawan ramai, orang lain tengon pun ramai. Bila awek dia accept semua orang tepuk tangan. Macam citer movie pulak aku rasa. Hehehehe

Lepas tengok bunga dengan ayo pancut aku belikan Batrisyia nugget KFC takut dia lapar malamnya. Dan-dan je nak tutup dah KFC tu masa aku datang. Lepas tu Batrisyia sibuk nak amik gambar dengan lampu cantik kat depan hotel ni. Layan kan jelah. Dahlan mula-mula nak pegi tengok wayang tapi macam full je. Aku cakap kalau nak tengok midnight hantar kitaorang balik dulu pastu baru dia pegi. Last-last dia dah terbongkang dulu. Hapa-hapa je bapak.

Masa lepas makan kat Manhattan Fish Market, Batrisyia sempat pau aku belon. Mahal giler belon ni. RM8.00 bodoh je camtu. Ni paling murah ni je aku beli. Makan nugget KFC pun sibuk pegang je belon dia. Sayang benor le tu. Tengok le berapa hari je tahan belonnya tu.

Batrisyia.. mak dah ngantuk giler dah ni. Bila nak tidur. Dia dah tido lama siang tadi, mala dia melayan youtube pulak. Aku suruh abiskan nuggets tak nak pulak. Last-last aku yang makan.