Sunday, September 22, 2013

Kota Kinabalu Trip - Part 2

Petang aktiviti biasa mandi kolam le. Tapi kolam kat hotel ni tak berapa best sebab dia kat atas tanah. Pulak tu nak pegi ke kolam ni kena lalu kat gym dia dulu. Bilik persalinan dia pun kat tingkat atas. Satu lagi benda yang sangat mengejutkan aku budak Batrisyia ni. Kat sini dia punya le berani giler. Siap baring-baring dalam kolam tu. Banyak improvement dak ni.

Lepas dah mandi kolam singgah beli kek kejap kat bakery hotel. Hotel ni ada bakery tau. Beli jugak sikit roti-roti untuk bekalan nak pegi Kundasang esoknya. Yang paling best lepas pukul 6.00 petang harga kek ada diskaun 40%. So kitaorang beli 2 potong kek cuma RM12.60 je. Murah dari kek SR harganya kan. Lepas makan kek, mandi, solat kitaorang keluar dinner. Sebabkan Yus dah suggest dinner kat Anjung Selera Tg Lipat so tak ada le terfikir nak survey-survey dah. Terus je cari jalan ke sana.

Batrisyia tidur pulak sepanjang dinner. Letih sangat dia mandi kolam. Nasib dia dah belasah makan kek kalau tak kesian tidur tak makan. Nak cari Anjung Selera Tg Lipat ni agak senang jugak le. Kalau dari KK town tu cari je jalan nak pegi UMS. Lepas roundabout tu akan nampak medan selera tepi laut. Nampak je kereta banyak-banyak parking tepi jalan.. situ le tempatnya

Pilihan gerai dia pun fulamak.. banyak giler. Tak tahu nak pilih yang mana satu. So sebab tak tau gerai mana yang sedap belasah jelah pilih gerai mana-mana. Yang penting meja nak tepi laut. Baru best makan. Ikan kat sini serius murah. Semua ikan RM4.00 je 100gm. Aku pulak bodoh pilih siakap. Lepas tu baru rasa menyesal sebab semua pun sama je harga. Malam pertama ni order siakap bakar, udang goreng tepung dengan tomyam seafood. Total cuma RM42.50. Murahkan.

Balik dari dinner singgah kejap kat pasar ikan masin. Pasar ni dikenali jugak pasar Filipino. Actually sederet pasar ni ada pasar buah, pasar kraf, pasar basah dan pasar ikan masin ni. Tapi yang lain-lain tu tak ada le bukak 24 jam. Cuma yang ikan masin ni je bukak sampai malam malah ada kedai yang bukak 24 jam. So kalau rasa tak nak bersesak boleh datang beli kat sini malam-malam.

Melambak-lambak barang kat sini. Ada udang kering, ikan bilis, ikan masin etc. Macam-macamlah. Udang kering pulak jenis besar-besar yang merah tu cantik giler baru RM30 sekilo. Ikan bilis dia pun bersih sangat baru RM30 sekilo. Aku pun borong jelah terus. Beli 2kg udang kering. Sekilo aku punya. Sekilo pack kecik-kecik buat souvenir. Pastu aku beli gak ikan bilis sekilo. Pastu beli kuih cincin. Total semua RM100.00. Terus dia pack dalam kotak siap-siap. Senang keja aku nak angkat balik kan.

Kota Kinabalu Trip - Part 1

Waktu Air Asia bukak sale bulan March ritu aku suruh Dahlan beli tiket pegi KK. Masa aku tengok suruh dia beli, dapat tau Jumaat, Sabtu Ahad murah. Dia le tak mau beli masa tu bertangguh-tangguh last-last dah tak dapat dah tiket tu. Masa dia nak book tu cuma dapat hari Khamis pegi dan balik Sabtu je. Ok le jugak sebab dapat harga memang cukup murah. Cuma RM330.00 untuk 3 orang. Lepas campur baggage, campur pilih seat dan order makan jugak jadi le RM499.00. Still murah kan untuk 3 orang pegi KK. Baru RM166.33 sorang. Cuma yang aku sikit hangin kat Dahlan tu udah le pegi 3D2N boleh pulak dia pegi book tiket pegi pukul 12.00 tengahari. Sampai KK dah petang dah. Apa yang dapat. So consider pegi KK ni cuma 2D2N je betulnya. Jadinya tarikh holiday kali ni ialah 19-21 September 2013

Sebabkan kali ni flight pergi kitaorang bertolak pukul 12.45pm dari LCCT, so Dahlan decide tak nak naik cab. Naik je ERL. Mula cuak le jugak sebab tak pernah kan. Tapi lepas goggle macam senang je. Dari rumah pagi jugak le keluar sebab nak kena naik dua tiga transport. Naik cab pegi KL Sentral. Kena RM16.60. Tiket ERL ke LCCT sorang RM12.50 je. Naik keretapi sampai ke Salak Tinggi pastu dari Salak Tinggi naik bas pulak. Tapi tiker RM12.50 tu dah include semua. Masa beli dorang akan bagi dua tiket macam atas. So jangan le dibuang pulak nanti tak dapat naik bas.

Dalam ERL nak pegi ke Salak Tinggi. Batrisyia punya le happy sebab dapat naik macam-macam kenderaan hari ni. Pagi naik cab, pastu tren pastu bas pastu flight pulak.. suka dia. Dalam tren dia tegedik-gedik kejap duduk belah sana kejap duduk kat aku. Perjalanan dari KL Sentral ke Salak Tinggi tak lama mana. Dalam 20 minit je kot. Tu pun ada banyak stesen dia berenti.

Turun je tren kat Salak Tinggi kena naik atas sebab stesen keluar dia sebelah lain. Jangan risau yer sebab ada lift. Kalau bawak beg berat ke apa ke idak le susah pun. Kat atas ni ada jadual perjalanan bas dari stesen Salak Tinggi ke LCCT. Serius senang sebab bas dia banyak. Lepas agak-agak dah penuh sikit satu bas terus jalan. Kat belakang dah ada standby bas lain. Agaknya tunggu pun paling lama dalam 15 minit je.

Punya le berlagak budak ni tak nak duduk dekat aku atau Dahlan. Dia nak duduk seat sorang-sorang. Aku risau bas brek dia tergolek jatuh je. Huhu.. nasib selamat ok je. Perjalanan dengan bas ke LCCT kejap je. Dalam 15 minit camtu dah sampai. Dekat sangat. Bas pulak stop betul-betul depan pintu masuk. Turun bas je dah ada orang tolong turunkan barang dari tempat beg bas. Terus tarik je. Senang hidup. hehehe..

Nak check in luggage punya le senang. Sebenarnya aku rasa aku tak pernah amik flight tengahari. Selalu pun pagi-pagi sebab tu pack. Ni tengahari serius lengang giler. Queue pun tak payah. Lepas check in luggage, kitaorang terus amik late breakfast kat Mc D. Tu je kot yang boleh tahan rasa kat LCCT.  Lepas makan je terus masuk departure hall. Lepak kat sini lagi baik kot dari lepak kat luar tu.

Perjalanan dalam flight semua ok sangat. Aku mula risau jugak takut Batrisyia nangis sebab masa pegi Singapore last year sepanjang dalam flight dia nangis. Nasib baik tu sejam tu. Ni dua jam kalau dia nangis tumpo. Tapi dia happy giler dapat naik flight kali ni. Dalam flight kitaorang order meal lagi. Hehehehe.. Dahlan order nasi ayam aku order nasi bukhari. Batrisyia pulak mintak nak ribena. RM6.00 kau dorang charge harga ribena tu.


Sampai je kat airport KK, terus tunggu keta sewa. Aku sewa kereta dari Maya. Murah jugak le compare to yang lain-lain. Sehari dia charge RM120 so sebabkan kitaorang tak sampai 3 hari kat sana dia charge RM240 je. Lepas hantar Maya balik office, terus pegi cari hotel. Kitaorang duduk kat Hotel Promenande Kota Kinabalu. 4 star hotel. Hotel ni best sebab betul-betul berdepan dengan laut. Booking melalui Azbarina so dapat murah. Semalam cuma RM175.00 je.



Perabot-perabot hotel ni macam lama sikit sebab memang hotel lama pun. Bilik dia agak besar jugaklah. Ok sangat lah dengan harga tu. Lepas explore-explore unpack barang pastu biasalah.. mandi pool. Hehehehe


Sunday, September 8, 2013

Percutian Sepelaung 2013 - Ascott KL Part 3

Semalam lupa nak amik gambar bilik kitaorang. Kitaorang dapat bilik kat tingkat 14. Bilik number 1406. Pagi lepas balik dari breakfast baru teringat nak amik gambar bilik. Kitaorang dapat free 2 breakfast kat Tujo Restaurant. Ok jugak le breakfast dia. Nak kata sedap sangat pun idak, tak sedap pun idak. Biasa-biasa je.



Lepas breakfast terus pegi swimming pool. Kena berendam jugak hari ni sebab rugi le kalau tak pegi kan. Hari ni baru dapat explore betul-betul tingkat 22 ni. Dari pemandangan sebelah lain boleh nampak KL Tower dan semua-semua bangunan sebelah Jalan Perak. 


Pandang sikit belah kanan boleh nampak office aku dicelah-celah bangunan. Hehehehe.. Nampak tak bangunan yang kaler putih tu. Yang tu Fraser Place. Office aku yang nampak sipi kaler coklat tu. Fraser Place ni tinggi bebenor menghalang office aku tapi aku still boleh nampak bilik Ms Lim dari sini.


Seluruh pool dari sebelah site lain. Besar jugak pool dia kan. Seronok sebab kat tingkat atas.

Kat hujung tu ada kolam cam jakuzi. Rugi betul tak dapat mandi.

Hoye.. Batrisyia dah berani masuk dalam kolam, tapi takat duduk gini je. Kejap kang dia bangun kuar kolam pegi kat aku lepas tu masuk balik. Ayo tu sampai betis dia je yang belah dia duduk tu. Yang belah lagi satu sampai lutut dia je. Tu pun dia takut. Tapi ok le ada improvement sebab dah berani masuk kolam. Masa kat Royal Bintang masuk dalam ayo pun tak nak.

Lepas mandi, aku boleh lupa nak bawak suar dia. So pakai baju je. Dia sibuk nak duduk atas buai ni. Aku bagi dia duduk tapi suruh kepit elok-elok sebab dia tak pakai suar. Hehehehe...


Sebelum balik kena posing pulak kat kitchen ni. Verangan lagi le kan. Seronoknya ada kitchen camni.. Overall seronok le stay kat sini walaupun semalam. Kalau tak ada

Saturday, September 7, 2013

Percutian Sepelaung 2013 - Ascott KL Part 2

Sepanjang petang kitaorang melepak je kat bilik. Tak ada keja cubaan mengambil gambar satu family tapi tak jadi elok jugak. Camana orang lain tu boleh teror amik gambar kat cermin camni.


Batrisyia biasa le perasmi katil. Tapi katil yang ni dia tak dapat panjat sebab tinggi. So terjerit pekik suruh aku atau Dahlan naikkan dia. Dapat naik katil kemain happy lagi golek-golek. Sebab Batrisyia tak makan kat kenduri tadi kitaorang pun order le room service. Order nasi goreng je satu pinggan share bertiga. Pun Batrisyia makan sikit je. Tak ada le sedap mana nasi goreng dia tapi harga sampai RM21.00. Mahal betul tapi saja-saja try sekali ok le.


Petang sikit Dahlan pegi KLCC beli suar berenang. Hehehe siap beli suar berenang baru lagi nak mandi kat swimming pool Ascott le katakan. Punya le lama aku tunggu dia last-last aku ajak Batrisyia pegi main gelongsor dan buai kat tingkat 2. Sekali tutup pulak. Rupanya playground tu bukak sampai pukul 5.00 je. Sian Batrisyia tak dapat main. Pastu aku bawak pulak Batrisyia naik tengok swimming pool. Pool dia kat tingkat 22. Kat floor yang sama ada washing area. Ada washer, dryer tapi tak tahu le kena bayar ke idak kalau nak pakai. Aku tak pegi tengok pun. Pastu Spa pun kat floor yang tu jugak.

Nampak KLCC dari arah pool.

Children pool. Tak berapa best. Oh lupa plak. Masa masterchef masak-masak ritu dorang pun masak kat tepi pool ni. Tapi rasa aku dorang masak kat sebelah atas sana sebab situ ada tempat BBQ jugak. Maybe kalau ada sapa-sapa nak buat BBQ boleh buat kot kat situ.  Tak sempat Dahlan balik lagi dari KLCC, hujan pun dah turun. Hancur harapan Batrisyia nak berendam petang ni. Aku tak dapat nak temankan dia tadi sebab aku period. Asal gi hotel je period. Frust betul kan.

Lepas tu aku ajak Batrisyia tunggu Dahlan balik kat bawah. Kitaorang duduk le kat lobi hotel. Kat tepi lobi tu ada kolam kecik. Ada macam-macam kat situ. Bukan takat ikan je. Ada kura-kura, ada itik, ada bangau kecik.. eh bangau tu patung je. hehehehe.. tapi serius menarik kolam tu. Batrisyia pun suka tengok. Tapi lupa nak snap gambar.  Dahlan dah balik kitaorang naik jelah ke atas. Batrisyia golek-golek atas katil sekali dia tertidur. Pastu aku ajak Dahlan pegi beli dinner awal-awal sebab kalau malam aku takut sesat. Plan asal memang nak pegi makan nasi lemak CT Garden. Dah berapa kali nak makan sana tapi tak kesampaian je. Tutup le, sesat le. 

Akhirnya sampai jugak. Sesat sikit. Actually jalan masuk ke CT Garden ni dah lain sikit sebab dah besar dan ada traffic light. Tu yang aku selalu confuse tu. Now dah jumpa so rasa insyallah ingat dah dan takkan sesat lagi. Dah lama tak pegi makan nasi lemak ni. Sekarang harga dia dah 90 sen. Yelah semua barang dah naik harga kan. Aku beli ayam merah dan telur puyuh sambal jugak. Pastu beli jugak otak-otak untuk Batrisyia. Otak-otak sini masuk murah. 60 sen je sebatang.'

Malam tak ada buat apa pun. Dinner nasi lemak, tengok tv dan menikmati keindahan malam kat KL. Nak keluar malas sebab tahu kat jalan P. Ramlee tu sure sesak giler. Nak jalan kaki lagi le malas kan.

Budak kecik ni tidur lama betul. Dari petang sampai pukul 9.00 malam baru bangun. Bangun je aku suruh dia makan. Lepas tu sibuk nak mandi lagi walaupun dah tengah malam. Suka benar dia dapat mandi.

Percutian Sepelaung 2013 - Ascott KL Part 1

Bulan puasa lepas, Achik ada offer 3 voucher untuk sapa-sapa yang nak. Mula aku berminat jugak le. Tapi lepas-lepas tu rasa malas pulak sebab bulan puasa kan. Pastu achik offer sekali lagi pada aku nak pegi mana. Dia tanya nak Ascott ke nak One World. Teringin jugak nak pegi Ascot sebab tengok Masterchef ritu macam best sangat dorang masak kat Ascott. So hari ni dapat le pegi Ascott. Ascott ni dengan office aku sekangkang kera je. Dekat bebenor. Hari ni betulnya ada dua jemputan kenduri. Satu Enjang invite cukur jambul dan birthday anak dia. Satu lagi Romy invite birthday anak dia. Memandangkan dua-dua jauh so kena decide pegi satu je. Pegi yang Enjang punya sebab dah jawab kat dia dulu. Awal sampai rumah dia sebab nak check in awal kat Ascott. Tapi tetap tak dapat awal mana. Pukul 2.00 lebih jugak baru check in.

Masuk-masuk je bilik, fuh.. besarnya sebab dapat studio room. Bukan ada katil semata. Ada sofa ada kitchen jugak. Memang lengkap le semua benda. Katil dia best gila. King size bed.

Sofa set yang berdepan dengan kitchen. Dahlan dok melepak kat sini je sepanjang masa dengan laptop dia. Pemandangan bilik kitaorang nampak Jalan Pinang. KLCC tak berapa nampak sebab duduk kat sipi-sipi.

Ada meja keja jugak. TV besar giler. Boleh pusing nak menghadap ke sofa ke nak menhadap ke katil. Batrisyia kejanya dok manjat meja je. 



Toilet pun lengkap ada bath tub dan shower room jugak. Aku memang tak berkenan nak mandi dalam bath tub. Batrisyia sorang je berendam dalam ni.

Kitchen lawa sangat. Nak masak memang boleh bebenor. Lengkap semua benda ada. Kalau le aku boleh buat rumah aku macam ni kan seronok. Mula le sesi berangan dah tu. Hehehehe.






Apa yang tak ada? Semua ada. Microwave, stove, fridge beso, kuali periuk, pisau, pinggan mangkuk, tea set, gelas semua menda le siap ada. Beli bahan-bahan je kalau nak memasak. Tapi aku idak le rajin nak masak memasak ni. Panaskan pun idak. Takat masak air je boleh le.


Ni yang paling gempak. Toiletries brand L'occitane. Gila betul. Hotel Singapore pun tak bagi toiletries brand macam ni. Bau shampoo dengan shower gel dia hadoi.. sangat le sedap. Buat pertama kali aku angkut semua balance toiletries ke rumah. Hahahaha.. sayang ooo tinggalkan. Nanti dorang buang jugakkan.