Sunday, April 27, 2014

Percutian Sepelaung 2014 - The Zon All Suites Residences On The Park

Batrisyia dah banyak kali dah bising ajak mandi kolam mandi kolam. So nak tak nak terpaksa le mintak dekat Ibu Ina dia voucher hotel lagi. Macam biasa short vacation ni aku agak malas pegi jauh-jauh. Kat PJ atau KL je. Aku request Somerset Service Residence Kuala Lumpur tapi fully booked le pulak. So achik tanya kalau The Zon All Suites Residence On The Park Kuala Lunpur nak ke. Aku ok je. Pe salah try hotel lain.

So Sabtu lepas kuar dari rumah pagi jugak sebab nak pegi One Utama dulu. Konon kena sampai The Zon sebelum pukul 2 petang, tapi idok jugak. Dekat pukul 4 petang jugak baru check in.


Sampai je kat lobby alahai.. keciknya lobby dia. Dah le kecik buruk pulak tu. Tapi aku pun tak expect lebih sebab Achik dah cakap hotel ni 3 star je. 

Bilik kami di tingkat ... Kecik je lif dia. Laluan dari lif nak ke bilik pun kecik. Sampai je bilik tengok ada hall. Kat situ jugak ada meja kerja. Hotel ni tak ada wifi percuma tapi ada cable broadband. So computer je yang boleh pakai dorang punya service.

Ni meja keja tu. Sebelahnya ada TV yang menayangkan very limited channel. Aduh bosan sungguh rasanya. 

King size bed. View tak cantik sebab tengah construction kat depan KLCC tu. So nampak orang buat construction jelah.

Coffee maker facilities. Minibar dan wardrobe. Hotel ni ada siap-siap sediakan sejadah. Dah paling tak sangka ada tafsir Al-Quran dalam laci. Yelah dah sahih hotel ni laki Siti punya kan.

Toilet best.. besar. Ada bath tub, sebelah lagi satu ada shower room. Tu yang aku suka tu sebab tak payah nak masuk dalam bath tub kalau nak mandi. Batrisyia sorang je yang mandi dalam bath tub tu. Overall bilik dia ok lah. Besar dia, facilities dia semua ok. Yang tak ok sebab ada bau ketiak kat bedroom area. Mula aku ingatkan bau ketiak housekeeper tertinggal. So aku sembur le parfume satu bilik. Lepas tu dah hilang bau. Kitaorang pegi kuar mandi pool. Balik tu ada balik bau tu. Aku cari-cari rupanya curtain dia dah lekat bau ketiak. Sapa le yang duduk sebelum tu yang berbau kuat sangat. Tak boleh tidur semalaman aku dbuatnya dek bau ketiak tu. So aku tidur kejap je lepas tu aku lepas kat hall. Hall tak ada bau. Nasib. Lagi satu kurang best, siling hotel ni agak rendah. Dah le berbau kan, terasa lemas sangat-sangat. Tu je yang tak best.

Petang pegi pool. Pool kat tingkat 1 sama dengan coffee house dan ballroom. Tapi ok le sebab sini tak ramai orang so tak ada le lalu celah-celah orang nak pegi pool.

Kat hujung sebelah sana ada jakuzzi. Mula aku ajak Batrisyia mandi kat kids pool je. Tapi dia sibuk nak masuk jakuzzi. Last-last kitaorang duduk je dalam jakuzzi tu. Ada 3 family je yang mandi masa tu. So elok sangat le. Satu amik jakuzzim satu amik pool dewasa satu amik kids pool. Hehehe..


Malam lepas Maghrib pegi dinner kat Kampung Baru lagi. Makan nasi lemak City Garden. Amik lauk ayam merah dan telor puyuh. Kali ni makan rasa biasa-biasa je pulak nasi lemak ni. Tak ada le sedap mana pun. Batrisyia tidur sepanjang kitaorang kat sini. Tapau kat dia tapi dia tak bangun sampai pagi. Last-last semua makanan yang tapau bawak je balik rumah.

Breakfast pagi tadi ok ok je. Nak kata sedap sangat pun tidak, tak sedap pun tidak. Yang aku suka ada cucur bawang dan sayur. Aku dok mengulang makan itu jelah.

Thursday, March 27, 2014

Sepetang Di Marche The Curve

Dekat setahun kitaorang berempat tak bergathering. Seperti yang dah plan, kitaorang amik half day sebab nak melepak. Mai je cuti penuh. Mula pegi warehouse sale Charles & Keith kat SS2 Mall. Nak masuk pun kena queue punya le panjang. Parking pun payah sangat nak dapat. Yatie dengan Mai je bershopping. Aku tak ada apa nak beli sebab baru je achik bagi handbag. Kasut tak minat langsung.

.
Lepas dah habis bershopping kitaorang pegi makan kat Marche The Curve. Amik gambar dulu sebelum masuk. Tapi budak yang ambik tu tak reti ambik sampai tak nampak kepala lembu tu.

Konsep Marche ni buffet tapi bukan buffet biasa. Sebelum masuk dia bagi kita satu sorang kad. Pastu apa-apa nak order, pegi kat station tu, bagi kad. Nanti dorang akan prepare. After certain time pegi collect dan boleh makan. Mushroom soup Mai yang order. Sedap betul sup ni. Penuh mushroom dia.

Caesar salad. So-so je. Pun Mai order. Kitaorang sharing

Pasta aglio olio seafood. Cah order. Pun so-so je.

Shepard pie kanan, Mix grill kiri. Sherpard pie first time makan rasa sedap sangat. Pastu order lagi. Dah tak rasa sedap sangat pun. Hahaha.. Mix gril biasa-biasa. Tak ada rasa. Macam tak cukup marinate je daging tu semua. Sos black pepper pun tak sedap.

Aku order breaded chicken. Boleh le sebab dia deep fried dan letak tepung rangup. Sos pun ok ok je. 

Yatie order Spring Chicken grill. Pun tak sedap. Tak ada rasa langsung gril-gril kat sini 

Baked potato. Pun biasa-biasa sahaja.


Mula nak makan dessert sekali tapi rasa tak best sangat nak lepak dalam ni. Bahang semacam. Macam tak ada aircond. At last kitaorang melepak dia Starbuck jugak.


Marche, Mai belanja. Sepatutnya share tapi dia tak mahu. Aku belanja Starbucks sahaja. Total bil makan kat Marche RM280+. Tak berbaloi kot sebab rasa food dia biasa-biasa aje.

Thursday, March 20, 2014

Penang Trip - Part 7

Hari ketiga di Penang. Hari ni nak balik ke Bota dah. BTW nak tunjuk satu hotel yang sangat menarik mata aku. Hotel ni belakang je hotel City Bayview tapi ianya terletak di tepi laut. Yang sangat menarik mata aku sebab bangunan dia sangat klasik dan cantik. Putih bersih. Gambar ni aku amik dari parking hotel. Mahal woo harga hotel ni. Satu malam aku tengok harga Agoda paling murah bilik dia RM600+.


Lepas check out dari hotel kitaorang singgah tengok Muzium Negeri Pulau Pinang. Dahlan yang beria nak tengok aku ikut je. Entrance masuk RM1.00 je. Batrisyia free.

Kat luar ada pameran kereta antik. 



Overall muzium ni macam muzium lain le. Menceritakan macamana Penang di bukak, orang-orang yang ada kat Penang etc. Ada dua tingkat muzium ni. Sebelum balik amik gambar dengan Francis Light dulu.

Dah abis tengok muzium, perut pun dah lapar balik. Kali ni aku ajak Dahlan makan pasembor lagi sekali. Nampak sangat aku memang peminat pasembor kan. This time try Union Street Pasembor Kareem. Pasembor atas basikal je. Lokasi pasembor ni dekat Union Street le. Hehehe.. landmark Standard Chartered Bank. So kalau nak cari, cari Standard Chartered Bank, confirm jumpa.

Ni dia gerai Kareem tu. Atas basikal je. Walaupun tak sebanyak pilihan pasembor lain, ingredient dia consider banyak jugak. Tapi kali ni kitaorang beli set je siap-siap. Malas nak pilih-pilih sendiri sebab nanti pilih sendiri confirm terlebih. Actually aku order pasembor campur besar harga RM9.00. Ntah camana mamak tu paham campur dua kecik. So satu RM5.00. Ala.. dah rugi singgit kat situ. Rasa pasembor ni compare dengan Gurney Drive.. ikut tekak aku kuah Gurney Drive lebih sedap tapi keropok sini sedap. Gurney Drive keropok dia liat.

Sebelah stall Kareem ada stall lain kecik jual air, nasi lemak, mihun, kuih-kuih etc. Kitaorang belikan Batrisyia nasi lemak ikan sebab dia dah bising sakit perut nak makan nasi. Total spent sini RM15.00. Kira ok le sebab pasembor saja dah RM10. Air kitaorang order 3. Aku teh ais, Dahlan teh tarik, Batrisyia milo campur nasi lemak ikan RM5. 

Lepas lunch terus je balik. Kali ni memang plan nak lalu jambatan kedua sebab masa datang dah frust tak dapat pegi. Nak cari entrance jambatan kedua.. umak susahnya. Berpusing-pusing kitaorang. Dalam GPS confirm tak ada lagi. Signboard pun tak ada. Dah le jauh dari town. Susah betul.

Nasib last jumpa. Panjaaaaaannngg betul jambatan ni. Masa perjalanan boleh nampak jalan dia berlengkok lengkok. Best juga rasa lalu jambatan ni. Ntah-ntah toll nanti double kot dari jambatan pertama sebab jauh betul.

Dekat highway baru le singgah solat sekejap. Pastu sambung jalan balik dan singgah pulak Kuala Sepetang sebab nak rasa mee udang Mak Jah yang famous tu.




Besar jugak kedai Mak Jah ni. Patut le boleh bukak cawangan kat KL. Mee udang special berharga RM13.00 satu. Mahal jugak yer. Kalau mee udang je RM9.00. Bezanya jenis udang yang ada. Kitaorang tapau je mee ni sebab plan nak makan dengan bapak. Sampai rumah Bota dah pukul 9.00 malam.

Lepas dah keluarkan barang semua baru makan mee udang ni. Setiap bungkus ada 6 ekor udang besar-besar. Banyak jugak patut le mahal. Agaknya dorang charge RM2 untuk setiap ekor udang. Mee RM1 je. Hehehe.. tapi rasa mee udang ni.. waduh sedap sangat. Lepas makan baru rasa ok berbaloi kot RM13 sepinggan. Mee dia tak banyak tapi udang banyak. Kuah pun sedap pekat. Sekian saja cerita trip ke Penang tahun ni. Overall spend dalam RM700.00 plus je. Ok le jugak.

Penang Trip - Part 6

Dari makan mee sotong kitaorang terus ke Batu Feringgi. Nak tengok-tengok aje campur nak try char keow toew yang dikatakan best di sana.


Mula-mula singgah solat dulu kat Masjid Tanjung Bungah. Ada orang cakap masjid ni terapung. Actually bukan terapung, cuma tiang dia terletak di gigi air. Kotor sikit kat bawah tu.

Entrance masjid. Belah kiri tempoat wuduk lelaki. Kanan wanita. Dewan solat wanita di tingkat atas.


Satu lagi pintu masjid. Pintu ni terus menghadap laut. Syok juga. Kat kawasan masjid ni ada macam pagola yang ada kerusi-kerusi. Seronok jugak lepak dengan Batrisyia sambil menikmati pemandangan laut sementara menunggu Dahlan pulak solat.

Dewan solat  utama which is tempat solat lelaki. Masjid tak besar sangat. Cukup le kot menampung penduduk sekitar situ. Masa aku sampai pun dewan wanita tak ada sapa solat. Aku sorang je. Lelaki ada 3 orang. Lepas dorang balik kitaorang je dalam kawasan masjid tu. Ha lagi satu unik le aku rasa, tiang-tiang actually kipas. First time tengok tapi Dahlan kata kat masjid Shah Alam kot ada macam jugak.

Dewan solat wanita yang kosong. Masjid ni tak ada aircond yer.

Pemandangan dari masjid. Bestkan view ni. Aku rasa tenang je.

Lepas dah abis solat, kitaorang sibuk beli air tekan-tekan kat situ. Murah air tu. Yang panas mula dari 70 sen je. Dahlan punya 70 sen sebab dia beli air panas. Aku beli coffee sejuk 80 sen. Batrisyia punya paling mahal. Air chocolate RM1.00. Hehehe.. pun murah kan. Kat masjid pun budak kecik ni memetik bunga jugak.


Lepas tu terus je gerak ke Feringgi. Sampai je gerai Mady, sekali tutup pulak. hadoi.. frust sangat tak dapat rasa char keow teow dia. 

Sebab teringin nak makan char keow teow, beli jelah kat sebelah gerai Mady tu. Biasa-biasa je rasa keow teow dia. Banyak lagi kot gerai yang best kat KL ni dari gerai ni. Kitaorang tapau je sebab nak sampai ke hotel semula cepat.


Ini ada plan awal kitaorang. Konon nak early dinner char keow teow sebab nak rasa nasi kandar beratur yang orang cakap sedap sangat tu tengah malam nanti sebab gerai ni hanya bukak pukul 10.00 malam ke atas. Gambar aku amik masa siang sebab malam mana nampak kedai dia kan. Yang payung-payung tu bukan kedai beratur tu yang bukak tapi gerai sebelah tu. Lokasi kedai ni sangat senang sebab dia terletak betul-betul sebelah Masjid Kapitan Keling. Jumpa masjid confirm jumpa kedai ni. 

Pilihan lauk yang ada. Masa aku sampai tak ramai orang. So tak ada le kena beratur. Aku tak pandai nak pilih nak makan lauk apa. Last pulih udang dan ayam goreng. Batrisyia sibuk nak telor rebus.

Tapau satu je sebab dah tengah makan takkan nak makan sorang satu. Tapi bodoh-bodoh macam ni pun harga nasi kandar ni RM14.20 termasuk telor rebus Batrisyia. Mahal ke murah aku tak tahu sebab tak penah makan nasi kandar di KL. Sedap jugak kuah campur tu. Last-last Batrisyia pun makan sekali nasi ni.