Sunday, November 2, 2014

Jalan-jalan F4 - Part 2










Jalan-Jalan F4 - Part 1












Saturday, October 25, 2014

Batrisyia 4th Birthday Party

Tahun ni aku rasa semua budak pompuan memang birthday partynya tema Frozen. Termasuk le Batrisyia yang tengah gila Frozen. Dia yang nak sangat tema ni. Ikutkan aje le. Nasib baik le aku tak wajibkan orang yang datang pun ikut tema Frozen. Hahahaha..


Kek ni aku tempah macam biasa dekat aunty Asmah. Idea kek pun tiru dari orang. Hehehe.. Aku order kek sahaja dan patung-patung tu aku beli dekat Tesco Puchong. Satu set RM15.00. Kek RM80.00. So total kek RM95.00 je. Suppose kek ni setingkat je tapi sebab hari tu aku tempah kek, kek tu macam bantat sikit aunty ganti balik tambah setingkat lagi untuk kek Batrisyia. Fuh jadi le keknya beso gila macam ni. Orang nak makannya tak ada le ramai mana.



Macam aku cakap dalam post lepas, sebab rumah aku masih kelam kabut di renovation dapur, maka aku buat dekat luar. Aku pilih KFC Taman Tun Dr. Ismail dekat Petronas tu. Masa pilih tempat jenuh jugak nak cari. Mula aku nak buat dekat KFC Kota Damansara. Sekali tengok tempat dia sempit. Kalau tak order party package dengan dorang, dorang tak boleh reserve tempat pun. Nak order party package macam tak best sebab package dia lebih untuk tetamu kanak-kanak. Aku mana de ramai sangat tetamu kanak-kanak. Sekali datang TTDI tengok KFC dia ok. Dua tingkat. Kat atas tak ada orang pun. Masa kitaorang datang memang kosong. Aircond pun tak bukak dan kitaorang mintak bukak airocond baru dorang bukak. Best sangat sebab tempat yang besar ni kitaorang yang punya.

Aku jemput adik beradik aku je. Adik beradik Dahlan pun aku tak invite. Nyah pun tak ada hari ni sebab dia pegi Italy. Nak buat minggu depan dah masuk bulan lain. Tak pelah nak buat camana dah tak ada rezeki dia nak berparty. Selain adik beradik, aku ajak Kak Yati dan Kak Aishah. Ajak Azbarina jugak tapi dia tak dapat datang.


Sian Batrisyia hari ni dia ada ulcer. Tak lalu makan dia. Nak makan kek pun tak boleh. 

Thursday, October 23, 2014

Projek Make Over Dapur - Part 4

Macam lama sangat nak sambung cerita make over dapur kan. Tapi memang lama le pun sebab lepas dah siap pasang dapur semua hari tu Ujang senyap je pulak. Ada keja kot dia. 17.10.2014 hari tu baru dia wasap aku gambar pelan kabinet yang dia dah lukis. Bab ni aku memang cerewet. Banyak kali jugaklah dia terpaksa ubah pelan dia sebab aku nak pintu untuk bawah dapur dan sinki tu kena tengah-tengah. Benda tu aku dah kabo ke dia sebelum buat apa-apa hari tu dan dia kata semua boleh buat. So sebab aku sangat cerewet pasal menda tu je jenuh jugak le dia mengadjust sana sini. Hehehehe.. After 3 hari adjust, maka pelan pun siap. Dah puas hati semua, aku dah bayar deposit cabinet pada 20.10.2014. Sekarang dorang tengah buat cabinet-cabinet tu sebelum pasang. Tak sabar nak tengok hasilnya.


Tuesday, October 21, 2014

Batrisyia 4th Birthday

Hari ini genap 4 tahun aku jadi mak. Yeay!!!!.. Batrisyia dah 4 years old. Hari ni just celebrate simple-simple je. Macam biasa dekat Secret Recipe Tropicana City Mall. 

Beli satu slice cake je. Batrisyia suka chocolate indulge ni. Aku pun suka jugak sebab ada rasa macam aiskrim cake sikit. Hari Sabtu ni baru ada birthday party untuk dia. Buat kecik-kecik jugak. Invite adik beradik je. Sebab dapur belum siap, jadinya birthday tahun ni kita buat dekat luar.


Thursday, October 9, 2014

Projek Makeover Dapur - Part 3

Lama tak cerita pasal update renovation dapur. Aku ingatkan lepas dah remove table top lama dan pasang table top baru, kejap je dah siap le. Tapi tidak.. lama jugak weh baru siap. Cuma dapur tu dah boleh pakai le lepas tu. Tapi aku tetap tak memasak. Tak lalu aku nak memasak dalam keadaan yang macam tu.
 
 
Dua hari lepas dorang buat table top baru, dorang datang balik pada 1 Oktober 2014. Kali ni dah start keja pasang dapur pasang sinki pasang tiles baru etc


Letak tiles situ je. Kawasan yang tak ada tiles tu akan dicat dan lepas tu cover dengan kabinet. 


Akhirnya tadi siap seluruh dapur aku. Tinggal nak pasang kabinet je lagi. Actually kan kalau buat dapur aje, tak ada le lama sangat. Dahlan le ni. Dah elok cat semua, tetiba dia cakap dekat bilik air tu jadi kotor balik bahagian bawah sebab kena air kotor. Dia minta pasang pulak tiles dekat bilik air. Remove pulak kolah dalam bilik air lagi. Banyak benda tokok tambah sebab tu jadi lama. Cost aku pun dari sikit makin bertambah-tambah sebab Dahlan nak macam-macam.. 
 

Monday, September 29, 2014

Projek Makeover Dapur - Part 2

Hari ini Ujang dah start buat renovation dapur aku. Mula-mula dorang akan remove table top lama, ganti table top baru. Pastu akan cat balik semua. Kawasan yang buruk-buruk tu akan letak tiles. Dah siap semua baru akan pasang kitchen cabinet

Barang-barang dapur yang tak tahu nak letak kat mana. Tengah rumah letaknya. Serius rumah aku bersepah gila.

Proses remove table top lama dan buang tiles lama. Kejap je dorang buat kerja ni.

Lepas dah remove benda-benda tu terus letak simen nak buat table top baru. Kena amik masa dua hari baru boleh buat keja seterusnya. Bertahan le Ismi oiii dapur macam ni. Huhu...