Saturday, August 29, 2015

Padang / Bukittinggi Trip Review

Alhamdulillah.. selesai dah percutian tahun 2015 ke Padang Bukittinggi. Keseluruhannya seronoklah. Berjalan mana tak seronok. Cuma penat le travel on the road dari Padang ke Bukittinggi dan Padang balik. Jauh sangat. Jumlah perbelanjaan kitaorang semua sekali termasuk flight, hotel, supir, makan dan souvenir RM3,248.13. Ok sangat le kan. Untuk bertiga all in harga tu

Entry ni just nak tunjuk hasil tangkapan percutian kali ni

Aneka jenis kerepek dan pisang salai

Limau manis yang sedap sangat. Lepas ni kalau pegi Indonesia, wajib beli limau ni. Rendang minang dan kanan bika ambon

Fridge magnet, kacang tanah dan subang silver tulen. Syampu paket pun beli. Hehehehe.. Sini dah tak ada jual syampu paket camtu. Senang nak bawak travel kan



Telekung aku sampai 4 pasang. 2 telekung Siti Khadijah (1 lace 1 getah). Telekung japanese cotton dan telekung cotton biasa.

Kiri tu telekung Kak Yati dan Kak Aishah kirim. Yang bunga purple pun Kak Aishah kirim. Bunga pink Yong punya. Souvenir. Dulu pegi Bandung lupa nak beli untuk dia. Telekung putih kanan souvenir untuk Kak Tun. Ada lagi satu telekung putih macam Kak Tun punya dalam simpanan aku. Belum tahu nak bagi sapa 



Baju daripada kain pelikat. Merah bapak, hijau Dahlan. Jubah sulam hitam untuk mak in law. Baju sulam depan untuk Kak Semah dan kain sulam bulat-bulat aku punya.


Dahlan punya buku. Koleksi CD. Afgan dan Siti Nurhaliza. Opick tu sourvenir untuk Achik Azbarina. Tak tahu nak beli apa untuk dia. Memandangkan dia ada kereta baru, jadi hadiahkan CD Opick biar dia dengar sambil drive.

Lupa nak ambik gambar kopi Tora Bika Mocha. Tu pun beli jugak. Hehehehe...


Padang / Bukittinggi Trip Day 4

Selamat pagi Padang. Itinerary hari ni hanya le city tour bandar Padang dan flight balik ke Malaysia pukul 1.55 petang (waktu Indonesia) so selewatnya pukul 12 tengahari dah kena ada di airport dah.

Awal pagi lepas breakfast, terus check out hotel. Kejap sangat duduk hotel ni sebab semalam sampai dah agak lewat dan pagi ni pun kena check out awal sebab masih ada city tour bandar Padang. Mujur semalam dah siap packing semua barang. Pagi ni just check out je

Bandar Padang ni nampak moden le jugak. Nama pun bandar kan. Ada shopping mall besar. Ada universiti. Mula nak ajak Pak Unchu tengok Universitas Andalas yang popular tempat belajar medic tu, tapi Pak Unchu cakap kedudukan dia agak jauh dari bandar takut tak sempat pulak. Jadinya tengok ajelah pintu gerbang Universitas Negeri Padang. Universiti ni betul-betul tengah bandar.

Lepas tu pusing lagi tengok pelabuhan. Tak singgah pun pantai sebab tak sempat

Kesan runtuhan akibat gempa bumi tahun 2009 yang masih belum dibaiki. Pak Unchu cakap ada banyak juga bangunan yang tak dibaiki walaupun dah 5 tahun berlaku.



Seterusnya Pak Unchu bawak kitaorang pegi rasa Es Durian. Nak makan kat sana masih kenyang nak mampus so Pak Unchu suruh tapau aje. Aku sorang jelah sebab Dahlan tak makan durian. Actually ada banyak kedai jual Es Durian di Padang ni tapi menurut Pak Unchu yang paling sedap kedai ni. Es Duria Ganti Nan Lamo. Kalau pegi sendiri sila pegi ikut name card di atas. Ada alamat kat situ. Actually kedai ni bukan le jual Es Durian semata. Ada je es es lain tapi specialty dia memang Es Durian harus le cuba Es Durian


Ni le rupa Es Durian tu. Aku pun tak tahu le apa menunya sebab Pak Unchu yang order. Ada bubuh coklat kat atas tu. Harganya IDR20,000 (RM6.00). Rasa dia sedap gila gila gila sedap. Untuk pengemar durian, serius rugi besar kalau tak cuba. Sekarang masa tengah menaip ni pun terasa-rasa kesedapannya



Awal-awal dah cakap pada Pak Unchu aku nak beli Bika Ambon. Jadi dia bawak le kitaorang dekat satu kedai yang memang ada jual macam-macam kuih tradisional Indonesia. 


Bika Ambon yang warna kuning tu. Ada jugak warna hijau. Tapi yang tu dah bukan original. Yang tu perisa pandan. Satu bekas Bika Ambon tu harganya IDR30,000 (RM9.00). Aku beli 2. Satu untuk rumah dan satu untuk oiffice. Beli jugak 1 yang slice perisa pandan sebab nak rasa. Harga satu slice agak mahal IDR8,000 (RM2.40). Tapi serius sedap lagi yang original.




Bangunan yang bentuk Minangkabau yang cantik tu adalah Masjid Raya Sumatera Barat. Pak Unchu cakap pembinaan masjid ni lama sangat. Tu pun belum siap habis. Tapi lawa gila kan masjid ni. Aku ingatkan mula-mula library. Kalau banyak masa mesti aku ajak Pak Unchu singgah tengok. Sayang tak cukup masa dah. Perjalanan dari bandar Padang ke airport mengambil masa 30-45 minit jugak.

Dah sampai airport Minangkabau. Ambil gambar kenangan dengan Pak Unchu. Masuk je dalam airport sekali kaunter tak bukak. Jenuh pulak aku menunggu kaunter drop luggage  bukak. Patut 2 jam sebelum dah bukak tapi pukul 1.00 pun belum bukak. Lepas drop luggage, kitaorang terus je masuk ruangan menunggu. Malas dah nak jalan-jalan. Ajak Dahlan makan dia tak nak pulak. Dalam airport ni ada jugak kedai-kedai tapi tak banyak sangat. Sempat jugak beli kerepek belado Christine Hakim (IDR20,000 / RM6.00) sebab aku ada baca review cakap kerepek belado tu paling sedap. Tapi ternyata betul. Sedap lagi kerepek belado tu compare tu kerepek berlado Ummi Aufa Hakim

Kan aku cakap sekarang ni masuk Indonesia dah tak payah bayar airport tax dekat airport kan. Tapi kaunter tu masih ada. Masa aku naik tu sekali ada le imigresen dekat situ panggil-panggil aku. Dia cakap sekarang ni memang tak payah bayar dah tapi dia minta derma. Ehh.. boleh pulak mintak-mintak derma. Tak kuasa aih aku nak bagi. Dah bayar airport tax udah le. Ada pulak nak kena derma ke airport dia.


Flight kitaorang dari Padang sampai ke KLIA2 pukul 4.05 petang. Lapar giler kau. Dalam flight tak ada order food. Sampai-sampai je KLIA2 sempat jugak lagi shopping parfume dan coklat. Lepas tu baru makan dekat Canai 15 Cafe. Balik PJ masih naik bas KLIA2 ke 1 Utama. Baru RM15.00 sorang.

Friday, August 28, 2015

Padang / Bukittinggi Trip Day 3 - Part 4

Selesai melawat Tasik Singkarak kitaorang meneruskan perjalanan ke Padang. Aku ingatkan dari sini dekat le dah nak sampai ke Padang rupanya perjalanannya lagi 2-3 jam jugak. Masak!!

Tengah-tengah berhenti di traffic light tu, tetiba ada le pengamen datang ke kereta. Stail diaorang mengamen macam tu pulak yer. Serius aku cakap suara dorang lagi sedap kot dari buskers kat Avenue K tu. Lepas bagi duit sikit terus dorang blah pegi keta lain. Aku cakap pada Pak Unchu, kenapa tak bagi lambat sikit. Aku nak dengar dorang nyanyi. Hehehehe...


Antara masjid tertua di sini. Unikkan rekabentuk masjid ni.  Perjalanan ke Padang aku rasa macam jauhnya tak tahu nak cakap. Pak Unchu pulak bawak kereta mak aii.. laju giler. Kecut perut aku bila dia memecut. 

Akhirnya pukul 8 lebih malam sampai le ke Padang. Aku mintak Pak Unchu berenti dinner dulu dimana-mana pun tak apa. Pak Unchu berenti dekat Soerabi Bandung Enhaii cawangan Padang pulak.
 
 
Batrisyia tidur tak ingat. Dari dalam kereta sampai ke hotel pun dia tak bangun-bangun. Makanan yang aku tapau untuk dia pun last-last aku dengan Dahlan yang habiskan.



Antara menu yang ada di sini.

Masa kat Bukittinggi malam pertama tu, Pak Unchu dok suggest kitaorang order menda ni tapi kitaorang tak nak. So malam ni decide order soerabai. Kiri tu soerabai keju coklat dan yang kanan tu soerabai ayam keju spesial. Ayam keju spesial tu.. sedap giler kau. Balik aku gugel pasal soerabai ni, rupanya memang dekat Malaysia pun ada. Kenapa aku tak pernah makan ek..

My peberet Es Jeruk Kelapa. Sedap gile air ni tapi kena order di Indonesia je. Kalau order kat restoran Indonesia di Malaysia, belum tentu dapat rasa yang sedap macam ni. Sebab dorang guna limau yang kulit hijau yang aku beli tadi tu.
 


Kitaorang order nasi goreng dan mee goreng jugak tapi tapau. Konon untuk Batrisyia kalau dia bangun nanti dia boleh makan. Tapi dah sampai kesudah tak bangun, aku dengan Dahlan le habiskan. Mee gorang dorang pelik sikit sebab mee dia macam mee manggi dan lagi satu kalau tapau dekat sini pakai kotak. Bagus kan. Total makan dekat sini termasuk nasi goreng untuk Pak Unchu IDR115,000 (RM34.50)







Kitaorang pilih hotel HW. Kelakar masa Pak Unchu tanya kitaorang cakap kitaorang duduk hotel H W.. terpinga-pinga dia. Lupa pulak di Indonesia orang tak sebut macam tu. Kalau H tu bunyinya HA. Dan W tu bunyinya WE.. Nama penuh hotel ni betulnya Hayam Wuruk sebab dia terletak di Jalan Hayam Wuruk. Eee.. buruknya nama. Nasib dah singkatkan jadi HW. Hahahaha...

Hotel ni 3 bintang je tapi aku sangat berpuas hati.  Ada breakfast lengkap. Ada tea coffee maker. Harga semalam kitaorang dapat RM117.78. Tak murah sangat untuk hotel 3 bintangkan. Sebenarnya ada je hotel lagi murah tapi aku tak nak duduk hotel yang terlalu murah nanti tak ada lif le, busuk le. Hehehehe.. Gambar hotel tu tentunya gambar pagi esoknya le kan. 

Breakfast dekat sini ok le jugak. Banyak pilihan. Masakan lebih kurang je macam makanan Malaysia. Ada nasi goreng, mee gorang. Ada satu makanan tu nama dia karedok. Macam gado-gado tapi nama lain. Aku pun tanya le dekat waiter dekat situ. Apa bedanya karedok dengan gado-gado. Menurutnya gado-gado ni makanan dari asal Jawa. Sayur-sayurannya direbus. Kalau karedok sayur-sayurannya mentah dan makanannya pulak asal dari keturunan Sunda. Pastu ada le lagi few sayur yang beza. Aku pun tak paham apa menda sayur yang dia sebut.
 


Padang / Bukittinggi Trip Day 3 - Part 3

Lepas lunch kitaorang meneruskan perjalanan untuk melawat Rumah Gadang Istano Basa Pagaruyung di Batu Sangkar. Entrance fee untuk masuk sini untuk pelancong sebenarnya IDR12,000 (RM3.60) per person. Masa beli tiket aku yang beli. Aku cuma cakap untuk dua orang sebab Pak Unchu cakap Batrisyia tak payah bayar. Aku pun hulur le duit IDR20,000 dua keping. Sekali cashier tu amik sekeping je IDR20,000 dan pulangkan balance IDR6,000 pada aku dan bagi aku dua tiket warganegara iaitu IDR7,000 (RM2.10) sorang. Aku tak cakap apa amik je tiket tu.  Dah masuk dalam baru aku cakap dekat Pak Unchu, cashier tu bagi aku tiket warganegara. Pak Unchu cakap agaknya cashier tu ingat aku orang Jakarta sebab biasanya kalau Malaysian yang datang bertudung. Kalau tak bertudung tu orang Jakarta. 


Istana Basa Pagaruyung. Bapak!!!! memang besar.  Rangkiang dia sahaja dah saiz besar sebji rumah.  Menurut cerita dalam tu, istana ni bukan istana yang asal dah. Ini cuma replika daripada istana asal. Istana asal terbakar masa perang. Dibina bali terbakar lagi sebab perang jugak rasanya. Pastu bina semula pun terbakar lagi sekali. Kali ini disambar petir. Yang ni macam baru lagi tahun 2007 je. 


Besar gila kan. Ni gambar kitaorang dekat entrance ni je ni baru.  Ambik dari jauh sebab nak nampak keseluruhan istana. Batrisyia macam biasa le tak nak bergambar. Boring le dia ni. Tak sporting.
 
Rankiang yang bapak punya besar. Memang besar sebiji rumah. 

Tetiba je budak ni mood bergambar dia datang lepas Pak Unchu keluar. Dia malu dengan Pak Unchu agaknya. So kena le aku melayan pulak dia nak bergambar dekat setiap ceruk istana ni.

Dengan rankiang

Dengan ukiran tiang istana

Dekat tangga entrance istana.  Nak masuk istana ni kena bukak kasut. Ada penjaga akan bagi plastik bag untuk bubuh kasut-kasut tu semua. Nampak tak plastik-plastik atas tangga tu? Tu semua kasut guest. Satu group dia bagi satu plastik so bubuh le dengan group masing-masing.


Dengan kobau. Ni Dahlan yang amik sebab aku malas jalan jauh


Dengan model-model dalam istana

Dekat pelamin

Istana ni ada tiga tingkat. Tapi aku naik takat tingkat dua je sebab aku gayat. Actually aku tak tahan le duduk dalam istana ni. Aku rasa bau kain ke bau hapa ntah.. macam bau hapak. Tersumbat pening aku duduk dalam tu.

View halaman istana dari tingkat 3. Definitely le gambar ni Dahlan yang amik
 

Selepas keluar dari Istana Pagaruyung, perjalanan di teruskan. Kami singgah pulak di Tasik Singkarak. Tasik ni adalah tasik kedua terbesar di Sumatera. Masa mula-mula tengok aku kata betul ke tasik. Kenapa aku tak nampak langsung yang sebelah sana. Macam laut kan tak ada penghujung. Tapi bila dia teliti betul-betul nampak cuma jauh sangat sebab besar betul.



Masa Pak Unchu berhenti tu, dia parking dekat satu rumah makan. Tapi tak ada le nak makan. Nak tengok Tasik Singkarak ni je. Rumah makan tu ada kat atas tinggi sikit. Kalau nak sampai betul-betul dekat air, kena turun. Aku macam biasa, malas nak turun. Tengok dari atas je.