Tahun ni profit LSSB kurang memberangsangkan so nak mintak pegi trip jauh-jauh daripada Dato' memang nan hado lah kan. Mula-mula GM suruh buat quotation semua pegi Langkawi. Naik bas. Aku kata biar betul dorang ni nak pegi Langkawi naik bas. Jauh kot.. Dah le naik bas budget pulak tu kat sana. Aku come out suggestion pada GM cakap jom le pegi tempat lain yang lebih mudah perjalanan tak payah nak salin feri bagai. Naik bas je cukup. Dan lagi cuba le cari tempat yang tak perlu bagai travel ejen. Kita buat je sendiri. Mula-mula bangkang terus cadangan aku. Belum dengar dah cakap tak nak. Tapi dia biasa le.. bila explain baik-baik kenapa aku suggest lain, dia pun boleh terima. So dia suruh Afiza dan aku buat proposal pada Dato'. Tak disangka-sangka 7 April tu Dato' bagi approval. Dah le kitaorang propose date 6-8 May 2016. Kira-kira ada sebulan je lagi nak prepare.
Petang 7hb tu terus whatsapp GM dulu yang Dato dah approve. GM terus suruh aku, Fiza dan Rihlah buat committee. Aku masukkan Kak Yati dan Kak Aishah sekali dalam committee group ni.
First committee meeting dekat Rohas 8 April 2016. Agak rushing jugak le kitaorang semua. Rihlah busy dengan training SM-45. Aku tengah busy dengan Bank Guarantee. 11 & 12 April pulak aku ada training payroll dekat Eastin Hotel. So nak tak nak kena finalise itinerary hari Jumaat tu jugak-jugak. Kemudian tinggalkan kerja-kerja recce ni pada FIza, Kak Yati dan Kak Aishah. Orang yang confirm nak pegi pun belum tahu berapa orang sebab pagi Jumaat tu baru hantar borang berapa orang nak pergi. So hari tu dapat le siapkan itinerary. At last kitaorang berempat je meeting sebab Rihlah kalau dah sampai Rohas dia kena meeting dengan Audrey pulak. Huhu.. Siapkan itinerary. Confirmkan makanan apa. Berapa RM nak bagi voucher etc. So 2 hari depan sementara aku pegi training, Fiza kena dapatkan harga bilik hotel dengan lengkap dan bas. Kak Yati jaga Legoland dan dinner LC Catering. Kak Aishah akan buat KFC lunch hari pertama. Yang kecik-kecik lain aku akan survey harga
Masa training 11 & 12 April tu whatsapp message masuk tak berenti jugak le update daripada group committee. Dengan melayan Quah HLBB lagi. Kalah menteri busy aku ni. Hahaha.. Hari Rabu 13 April 2016 tu pagi-pagi aku pegi HLBB PJ Trade collect BG. Pegi stamping dan terus bawak pegi USJ. Dah bagi BG pada GM aku dengan Fiza terus finalise room dan berapa nak beli voucher etc. Kitaorang decide nak kerja hari Sabtu 16 April 2016 untuk siapkan banyak menda.
16 April 2016. Tak banyak pun kitaorang dapat siapkan. Kak Aishah pun datang lambat. Tak bawak spek pulak tu. Aku design tiket bas. Kak Aishah siapkan nama dekat goody beg. Nak tolong buat itinerary tak bawak spek so aku kena taip jugak itinerary. Afiza kena siapkan bilik hotel semua.
30 April 2016. Hari ni memang hari busy sedunia. Kena siapkan semua dengan cepat sebab minggu depannya dah nak pergi. Pack semua goody bag. Nasib baik semua tiket bas, tempat duduk dalam bas, voucher makan semua Kak Yati dah tolong gunting dan print dekat Rohas. Kak Yati memang tak datang hari Sabtu sebab dia pun sibuk dengan preparation kawin anak dia. Kami pun paham tapi dia banyak tolong masa office hour. Hari ni kami akan packing je siap-siap semua voucher, tiket, itinerary dan t-shirt. Sehari sebelum event akan pack roti dan air sahaja
Hari ni lagi sekali aku dan Kak Aishah datang USJ. Lambat sikit datang sebab roti yang aku order dari Kedai Kamal sampai lambat. Serius nasib baik dah siap packing yang lain-lain hari Sabtu lepas. Tinggal bawak turun semua barang dan pack air dan roti je. Lepas tu kitaorang buat lucky draw untuk nombor bawah-bawah. Sekali nama aku dah tercabut awal dar.. Alhamdulillah dapat jugak voucher Giant bernilai RM100.00. Kat atas ni itinerary kitaorang untuk esok sampai Ahad. Harapnya semua berjalan lancar.
Ni le menda yang ada dalam goody beg kitaorang. Ada yang tak ada dalam gambar sebab tak muat nak letak. Semua orang akan dapat ticket Legoland kecuali yang tak nak pegi Legoland. Voucher makan Legoland RM10.00. Anak-anak tak dapat. Memang tak cukup tapi nak buat camana takut terlebih budget. Tiket bas dan aturan tempat duduk dalam bas. Voucher makan dekat Mohd Shah. Voucher KFC RM15.00 setiap sorang. Anak-anak dapat RM10.00. Itinerary dan map hotel. Yang tak ada dalam gambar. Roti gardenia krim dan ikan bilis dan mineral water. Tak sabar nak pegi esok ni. Pukul 5.00 pagi kena ada dekat USJ dah sebab committee kena duty.








































