Sunday, October 16, 2016

Ipoh Short Trip

Hari Selasa lepas on the way balik rumah dari LRT, Dahlan bagitau yang dia kena pegi Ipoh hari Sabtu tu sebab ada kerja. So dia ajak aku ikut dia dan bermalam di Ipoh satu malam. Nak balik Bota pun tak ada sapa dekat rumah since boleh claim hotel, duduk le hotel. Dahlan pilih Heritage Hotel kali ni sebab ritu dah duduk jauh sikit dari town. Kali ni nak duduk betul-betul dalam town. Aku pernah duduk hotel ni tapi lama dulu. Dah lebih 10 tahun dah. Dah tak ingat dah camana interior dia. 

So pagi semalam (15.10.2016) terbangun lambat le pulak. Suppose nak keluar rumah pukul 6.30 pagi. Terbangun pukul 5.45 pagi. Dah le semalam penat gila tak sempat packing dan iron baju. Bangun-bangun je kelam kabut masukkan semua baju yang nak iron dan nak pakai dalam beg. At last keluar rumah sejam lewat. 


Pukul 7.30 baru le dapat keluar rumah. Perjalanan ok je. Kitaorang berhenti sekali je pergi toilet. In between exit Tapah dengan exit Gopeng jam pulak. Ada lori tumpah minyak gamaknya sebab masa lalu tu nampak pekerja PLUS Highway tengah bubuh pasir atas tempat tu. Sampai Ipoh pukul 9.45 pagi. Lewat sikit sebabkan jam tu. Dahlan terus hantar aku ke Ipoh Parade. Baru bukak je masa tu. Macam rasa aku jadi first customer je dalam Parkson sebab semua orang greet selamat pagi dan selamat datang kat aku. Hohoho..

Lama tak datang Ipoh Parade ni. Mau dekat 20 tahun gamaknya. Rasa aku last aku datang sini masa tengok show 4U2C dengan Che-En. Hahahaha.. kelakar.. sanggup tu ajak dia temankan aku semata-mata sebab kalau aku gi sorang-sorang nanti tak ada sapa nak tolong tangkap gambar aku dengan 4U2C. Pulak tu suruh dia bawak camera. Kelakar betul. Kenangan semua tu. Tapi masa tu 4U2C dah batch yang kedua yang mana Joe dah tak ada dalam group tu dah. Dorang promote album Kembalilah Fiona yang ada lagu best Kenangan Cinta tu.

Ok back to cerita trip. Melalut pulak cita pasal 4U2C. Sampai je Ipoh Parade ajak Batrisyia breakfast sebab dalam kereta tadi dia tidur sepanjang PJ-Ipoh. Dahlan dah beli kuih kat pasar Seksyen 17 siap-siap. Kitaorang berdua dah makan dah kuih dalam kereta. Sebelum tu pergi Jaya Grocer belikan dia air coklat.



Lepas tu kitaorang pun cari port nak makan kuih. Kat floor atas depan bowling ada pulak kerusi so lepak situ. Ok jugak lah Ipoh Parade ni. Banyak jugak kedai yang best-best dekat sini. Cinema pun ada, karaoke pun ada. Kitaorang jalan pusing-pusing je dalam tu sambil melayan Batrisyia nak bergambar sana sini. Pastu kat stage tu ada le pulak persembahan dari tadika mana ntah sempena children week gamaknya. Layan le kejap. 

Kemudian masuk Mr DIY sebab macam biasa Batrisyia mesti nak mengepau aku. Daripada dia mengepau aku benda mahal-mahal baik le dekat Mr DIY je. Confirm bawah RM10.00.




Pusing-pusing lagi nampak le pulak kedai CD. Masuk le beli CD baru Anuar Zain. Mahal kau. 8 lagu harganya RM44.90. Dek pasal aku memang ada semua CD abang nuar, cam tak best je kalau tak ada yang latest. Pejam mata bayar jelah. Kemudian tanya Batrisyia nak makan apa. Mula dia cakap nak makan nuggets sekali dia nampak Chicken Rice Shop dia nak makan situ pulak. Aiseh.. malam tadi kot baru makan nasi ayam. Aku just tapau je untuk dia makan kat hotel. Pastu aku makan kat food court atas sekali. Dah pukul 1.30 petang, gi solat dulu sebab tahu kalau check in nanti kena tunggu Dahlan sampai tak tahu pukul berapa. Telekung semua ada dalam kereta.

Siap solat pegi le amik teksi. Lupa yang teksi dekat Ipoh ni tak pakai meter. Main naik je. Dalam teksi baru tanya berapa RM. Memang kena ketuk le aku. Malas nak bising sebab driver dia India. Bayar jelah RM10.00 padahal dekat je Ipoh Parade dengan Heritage Hotel. Aku rasa kalau pakai meter dalam RM5.00 je gamaknya. 


 
 
 
Sampai hotel, terus check in. Dapat bilik dekat tingkat 9.  Elok je aku nak masuk bilik, Dahlan call tanya kat mana. Eh eleh..kata habis kerja pukul 4.00 petang. Kalau aku tahu pukul 2.30 petang dia dah habis, baik le aku tunggu dia je. Tak ada le aku kena pau RM10.00. Huhu.. Hotel ni biasa-biasa je. Tak ada pool pun. Lepas je check in, kitaorang lepak-lepak je. Dalam pukul 4.00 petang aku mintak Dahlan belikan aku popia SS Ali. Sementara tu aku iron le baju. Sekali Dahlan call cakap tak siap lagi. Dalam pukul 5.30 petang baru ada. So Dahlan decide balik hotel dulu. Nanti masa nak keluar dinner baru le beli.


 
Lepas Maghrib kitaorang pun keluar dinner. Nak makan dim sum dekat Greentown Dim Sum Cafe. Pegi sana dulu sebab takut dorang tutup awal sebab dalam website tulis tutup pukul 9.00 malam. Sampai-sampai je dorang cakap awal lagi boleh je order semua. Ok kat sini sampai le pukul 9.00 malam tu tak kisah nak order semua boleh order lagi sebab masa kitaorang nak balik pukul 8.45 tu ada lagi family yang baru masuk. Tak macam sesetengah kedai tu lagi setengah jam nak tutup dah tak boleh order dah. Tu yang aku cuak tu. Kitaorang order 3 White Coffee, BBQ Chicken Pau, Seeweed Mai, Prawn Dumpling, Spinach Mai, Fried Prawn Dumpling, Deep Fried Radish Cake dan Chinese Fried Rice untuk Batrisyia. Order juga Prawn Chee Cheong Fun tapi sampai pukul 4.00 petang je available. Ala.. frust le sikit masih belum ada rezeki nak rasa prawn chee cheong fun dekat sini. Lagi satu sebenarnya aku nak order spinach dumpling tapi terorder spinach mai. Nasib le sedap jugak. Nampak macam banyakkan. Memang banyak pun sebab makan berdua. Batrisyia boleh tertidur pulak on the way datang. Sepanjang kitaorang makan langsung dia tak bangun. Sudahnya kena le habiskan semua berdua. Kalau tau dia tak nak bangun makan, memang aku tak order nasi goreng tu. Total bill kitaorang cuma RM57.90. Murah gila kan. Kalau kat KL confirm beratus-ratus


Habis je makan terus balik. Pergi Mc Donalds dulu sebab nak belikan Batrisyia dinner. Lalu Taman Kanak-Kanak tapi dah sengkak nak makan popia dah. Lupakan je hasrat beli popia tu. Lepas beli Mc D terus balik hotel. Sampai kat hotel sebab malam ni aku dengan Dahlan pakai t-shirt Melbourne matching-matching, suruh Batrisyia amikkan gambo. Hahaha.. berkali-kali lastnya dapat le gambo yang ok sikit. Malam kitaorang just lepak tengok tv je. Lepas tu tidur jelah.



Esok paginya pukul 6.00 dah sedar. Rasa melekit-lekit sebab malam tadi balik dari dinner tak mandi. Mandi petang je. Terus mandi dan solat Subuh. Pukul 7.30 turun breakfast. Ok le buffet brekfast dia. Ada pulak kolam ikan kat situ maka sibuk le budak ni nak tengok ikan je kerjanya. Lepas tu naik bilik balik. Pukul 11.30 kemas-kemas dan check out. Ajak Dahlan lalu belakang hotel tengok Kelab Ekuestrian. Sekali ada pulak Jom Kuda Antarabangsa. Free entrance. Ajak Dahlan singgah tapi tak ada parking dekat. Malas pulak rasa nak jalan, balik jelah



Sampai R&R Tapah berhenti solat dan Dahlan beli jambu. Pastu jalan terus je sampai le dekat-dekat Rawang Dahlan cakap mengantuk. Berhenti dekat R&R Rawang. Boleh tidur sekejap pulak. Huhu.. dekat je pun nak juga tidur. Tak pelah biar dia rehat. Sambil dia tidur aku dengan Batrisyia main camera dan makan-makan.  Lepas tu bila Dahlan dah bangun terus balik dan keluar dekat tol Kota Damansara sebab dia nak claim rebate balik kampung raya ritu.

Sebabkan tadinya kitaorang tak lunch kerana kekenyangan breakfast, kitaorang decide dinner terus je. Pukul 5.00 petang dinner. Restoran pilihan untuk dinner adalah Nasi Kukus Ilham di Mutiara Damansara. Famous nasi kukus ni tapi ni le first time aku makan. Lepas makan aku tahu kenapa aku tak pernah cuba walaupun selalu je datang area ni kan. Sebab aku tak suka nasi kukus campur-campur kuah kari macam ni. Setahun makan dua kali boleh le kot. Kuah kari campur dia ada 3 jenis. Pertama kali rasa tak tahu mana yang sedap so bubuh semua. Ayam ada ayam goreng berempah je. Sambal dia memang pedas tapi sedap jugak. Total makan sini bawah RM20.00 masuk air dan keropok. Ok le jugak sesekali kalau nak ubah angin. Itu jelah cerita short trip Ipoh. Esok baru sambung balik cerita Melbourne. Ok nak tengok GV3.