Friday, November 2, 2007

Malam Penghargaan JTI

JTI ni salah satu daripada kitaorg punya big customer. Dalam senarai semua customer Lembah Sari consider diaorang ni no 2 le lepas BAT. Every year diaorang akan buat Majlis Malam Penghargaan JTI ni untuk orang-orang gomen yang terlibat dengan diaorang dan entah apa-apa lagi le. Sebab tu le diaorang buat bulan Syawal so ala-ala jamuan raya le. Tahun lepas pun diaorang buat juga tapi aku tak ada le pegi sebab masa tu baru sangat-sangat join company ni. Tahun ni sebab aku dah hampir setahun so aku pun di invite le oleh boss aku untuk pegi sekali. Actually yang confirm nak pegi mula-mula 8 orang daripada LSSB tapi last-last minit 3 orang tak datang. Tak tahu le apasal kan. Yang pastinya Fiza sakit. Yang lagi berdua tak tau le kenapa. Dorang buat majlis ni kat Hilton KL Sentral.

Aku dengan Miss Lim sampai paling awal. Kitaorang berdua je yang ada dalam ballroom tu. So boleh le aku pilih tempat yang dekat dengan stage sebab aku nak tengok show. Miss Lim cakap tempat yang aku pilih jauh dari makanan. Hehehe.. Pikir makan je boss aku tu. Aku yang penting nak tengok show. Sebabkan dah duduk maleh le nak tukar tempat pulak. So semua orang duduk jelah kat meja yang aku dah pilih. Food dia boleh le tahan. Alah.. hotel punya food, sama je rasanya. Bukan sedap sangat pun. Tapi variety le juga. Tak ada le semua malay food je walaupun ala-ala jamuan raya. Show start pukul 8.30 kot. Artisnya Aznil dan Adibah Noor. Adibah punya voice memang salute abis le. Show dia pun memang best. Aznil memang tak boleh lawan le. Tapi bila dia menyanyi memang sumbang habis. Nasib dia nyanyi 4 lagu je. Kalau tak mesti sakit telinga. Hehehehe... So malam tu aku dapat le RM51.00 sebab jawab soalan-soalan bodoh dari Aznil. Boss aku le punya pasal. Masa Aznil tanya sapa nak duit raya.. dia boleh tunjuk aku.. cis.. tak pasal-pasal aku kena naik pentas. Mula-mula aku cabut cuma dapat RM1 je. Punya le tak bertuah. Agaknya sebab dia kesian tengok muka aku yang dah bersusah payah naik pentas, dia suruh aku cabut lagi sekali angpow tu so dapat le RM50. Boleh le kan. Mamat yang selepas aku tu sekali cabut je dapat RM100.00. Dah le soalan dia lagi le bodoh. "Di manakah anda bersembahyang raya pada tahun ni". Menci betul le. Anyway dapat le dok sebelah Aznil lama juga. Ada le rasa macam peserta AF juga. Hahahahah.....

Tapi malam tu aku happy-happy je dapat RM51.00, esoknya aku pegi mid valley, wallet aku kena copek.. Huhuhuhuh.. Sedihnya. Hilang RM132.00. Ralat habis. Memang bukan rezeki aku le sebenarnya. Dapat RM51.00 hilang RM132.00. Tapi syukur le kena copek bukan kena ragut. Kurang-kurang aku tak cedera. Tak ada le trauma yang melampau-lampau dan yang paling penting aku dapat balik wallet aku dan semua benda-benda penting macam Mykad, lesen, atm kad, insurance kad etc..etc.. semua masih ada dan elok je dalam wallet tu. Kiranya pencopek tu berhati perut le juga. Dia ambik duit je yang lain-lain dia biar je dalam wallet tu dan dia letak wallet tu kat dalam Jusco kat atas rak-rak tu. So boleh le orang jumpa dan pulangkan balik. Kalau tak dah le tengah sengkek giler lepas raya, nak buat Mykad lagi. Nak buat atm kad lagi. Adeh..... Lagi sakitkan. Syukur le cuma duit je hilang.