Monday, December 24, 2007

Hari Raya Aildiladha 2007

Overall raya haji tahun ni okay aje. Tak pegi mana pun. Bawak baju kurung balik sampai dua pasang tapi tak pakai pun. Hari raya pertama tu masak nasi tomato, ayam masak merah (macam sama je dengan menu tahun lepas), popia goreng, ketupat palas, dan rendang. Kak Semah datang pulak bawak mihun goreng, nasi impit dan puding apa ntah. Tak sempat nak ambik gambar sebab semua orang dah bedal. Tak ada pun tetamu yang datang so semua makanan tu consider kitaorang jelah yang belasah. Hehehe.. Tengok body le kan. Pak We balik juga raya kedua dengan Mak We dan Abang Mid sebab dorang masuk korban. Petang raya Nyah nak pegi Sitiawan sebab nak cari baju sekolah Caca so kitaorang pun semua le ikut. Bayangkan aku, Wan Chu Ma, Tikah, Fidah, Nyah, Abang Majid, Caca, Malik dan Iman naik satu keta. Kitaorang 4 dara pingitan ni dah le "halus-halus" belaka. Agaknya kalau keta Naza tu leh cakap.. mesti dia cakap.. BERATNYAAAA!!!!! Nyah pun satu hal juga. Punya le banyak shopping mall kat Klang Valley alih-alih beli baju sekolah kat Sitiawan. Kat Kamdar lak tu. Macam le KL tak ada Kamdar. Tapi kata orang aku pun beli gak kain kat Kamdar sepasang. Hehehe. Macam le KL tak ada Kamdar.. Yang paling kelakar nak balik ke Bota boleh sesat sampai ke Jalan Pantai Remis. Bangang giler. Dalam semua-semua tu tak ada sorang pun pass jalan. Pegi Sitiawan pun boleh sesat.

Malam raya kedua pulak, lepas Isyak baru le ada korban. Selalunya dorang buat raya kedua. Tapi sebabkan raya kedua jatuh hari Jumaat, so dorang takut tak sempat nak kejakan semua tu sebelum solat Jumaat. Tu sebab dorang wat malam raya kedua. Tahun ni emak masukkan nama Wan Chu Ma dalam list yang korban sekali. Tak aci kan. Patut aku dulu pastu baru le Wan Chu Ma. Nyah dah tak kira sebab dia dah kawin. Tak apa le. So Wan Chu Ma kenalah pegi tengok sebab nama dia ada. Tahun ni dengan Ustaz Ismi, ada 4 ekor korban. 3 lembu dan sekor kerbau. Dorang buat korban ni tepi dewan emak tu je. Khemah pasang depan dewan tapi lecah giler sebab hujan je kat kampung. Esoknya, raya kedua baru le dapat agihan daging dan dapat nasik kenduri tu.

Lembu yang bakal dikorbankan

Yang pakai baju putih tu Wan.. dia tengah tension sebab kononnya nak tunjuk skil melapah daging lembu tapi pakcik-pakcik tu tak bagi. Tu yang posing macam gitu tu...

Pakcik-pakcik yang giler kuasa.. Orang nak tolong pun tak bagi. Hahahahaha. Mak cakap maybe sebab dorang ni dah ada bahagian bayaran jadi kalau ada orang lain tolong, payment dorang dapat sikit je. Kena bagi kat orang lain. Hala... Ntah apa-apa kan..

Dah siap korban. Tunggu esok untuk diagihkan ajer. Daging korban ni dorang buat masak kari. Sedap jugak. Aku bukan suka sangat makan kari tapi consider sebab juga le. Dagingnya pun lembut. Yang tak bestnya dorang wat nasi briyani pening kepala pulak. Kalau buat nasi minyak kan best.