Lepas habis cuti raya yang panjang tu, semua staff melayu kat LSSB decide le nak organise Jamuan Raya. Mula-mula kononnya nak buat pot luck tapi ramai le pulak yang malas nak masak so last-last order je semua. Kuih raya je yang masing-masing bawak. Mula-mula sekali kenalah perkenalkan apa jenis makanan. Kalau tak, tak sah le jamuan raya atau aktiviti makan-makan ni. Dari kiri barisan atas - ayam goreng, lemang, rendang daging. Barisan bawah pulak dari kiri - Dalca, acar timur, pepedom, kuah masak merah. Mana nasik dengan ayor???? Opss.. ada kat meja kecik.. Tak lawa le letak semua kat meja besar.
Hah.. Ni pun nasinya. Tapi tak leh tengok sebab tutup dalam rice cooker tu. Wah.. hebat tak kitaorang.. ada rice cooker kat ofis? Sebenarnya rice cooker ni hadiah untuk family day minggu depan sponsor by Securiforce. Tapi kitaorang ni dah pening kepala nak letak rice cooker ni tempat nombor berapa dalam list hadiah, last-last kitaorang bukak dan guna untuk office. Ok kan.. Tapi ntah camana Dato leh perasan pasal rice cooker ni. Dia tanya sapa yang bawak rice cooker sebab dalam ofis punya fixed asset tak ada pun. Hahahaha.. Kantoi beb!!!!
Tengok le dema ni tak sabar-sabar nak makan dah. Tak tunggu Dato' datang pun. Aku je yang sabar sebab aku pose enam. Buktinya aku tak ada pun dalam picture ni. So tak leh le cakap aku makan banyak kan..
Alamak.. sapa pulak le yang dengki ambik gambar aku tengah ambik makanan ni. So tak jadi le nak tipu yang aku pose. Muka aku ke pose kalau ada makan-makan camni?? Tak ada le kot.. Mana boleh. Rugi besar. Lepas dah sudah makan nasik, TY datang bawak kek pulak. Hahahaha.. Belasah kek pulak kitaorang. Pasni semua pegi gym.. Ms Lim suh tu.. bukan aku. Heheheheh

