Monday, October 27, 2008

Langkawi - Part 5 (3rd Day)

Hari ketiga dan last day kat Langkawi, pagi tu free & easy lagi. Kanak-kanak yang di bawah 15 tahun kena attend birthday Omar, anak Dato'. So yang dah dewasa ni, ambik le kesempatan pergi bershopping lagi. Kali aku pegi dengan mak, Kak Yati dan husband dia. Bapak dan anak-anak Kak Yati semua lepak kat hotel. Kitaorang pegi naik keta sewa semalam. Pagi ni aku tak dapat nak shopping banyak sebab Jeff le pesan decanter le.. macam-macam le dia ni. Mak beli bekas lauk yang boleh pusing-pusing tu. Tak tau le namanya apa. Kak Yati pun dah bawak banker kemain banyak pulak dia menambah shopping. Hehehe..

Balik dari Kuah dah pukul 12.00 tengahari. Pack semua barang dan pegi lunch. Lunch tak sedap langsung. Dah le mahal RM60.00 seorang. Kitaorang 5 family iaitu family aku, Kak Yati, Lorna, Kak Aspa dan Alfian balik lewat flight pukul 6.35 petang. Rombongan lain balik flight 3.40 petang. So kitaorang berlima family dapat check out hotel lambat pukul 2.30 petang.


Pukul 2.30 petang kitaorang dah siap-siap tunggu bas kat entrance hotel. Banyak tak barang aku? Bukan aku sorang punya. Mak dengan bapak ada sekali. Kitaorang pegi 4 beg termasuk beg sandang bapak dan balik 11 beg dan kotak. Wah.. banyaknya beranak. Nasib baik pegi 3 hari je. Kalau 5 hari mesti 20 beg.

Sebelum ke airport Langkawi, kitaorang sempat singgah kat Beras Terbakar lagi sekali. Hari tu family aku dengan Kak Yati je pegi so yang lagi 3 family nak merasa juga. Kat sini mak beli gajus, kain batik dan sotong kering. Nak shopping lama-lama tak larat sebab panas sangat-sangat.

Kat Langkawi Airport dah. Masa nak check in beg, punya le risau takut aku punya barang lebih 60kg. Last-last beg-beg Kak Aspa pun semua masuk bawah aku. Ceh.. tak ada le banyak mana pun barang yang dibeli. Tu pun Frankie, Mayflower dah perli-perli aku. Dia cakap aku macam travel pegi Europe. Ek eleh.. kalau pegi Europe tak ada le shopping banyak sebab tak ada duit. Hehehe..

Ni le flight yang kitaorang naik nak balik ke KL. Datang pun delay balik pun delay juga. Nasib baik balik delay 10 minit je. Masa balik tak pulak pening. Sebab air-cond ok kot.

Ni pulau apa ntah. Langkawi ke bukan, tak tahu le. Gambar ni blur sebab tingkat kapal terbang ni tak cuci. Hehehe.. Bye-bye Langkawi. Esok kena keja.. Letihnya..