Lama tak update blog ni sampai ada orang marah naper tak update. Tak ada cita nak update camana. Disebabkan permintaan orang tu, maka aku pun cita le benda yang terbaru sekali. Pagi tadi pukul 6.47am, Kak Rad sms aku cakap dia nak belikan aku nasi lemak. Wah.. Bestnya. Actually ni dah kali ketiga dah Kak Rad belikan nasi lemak tu tapi yang sebelum-sebelum ni tak sempat nak tangkap gambo sebab aroma nasi lemaknya sungguh menggiurkan. Hehehe..Kat area office aku ni memang susah nak dapat nasi lemak sedap. Mula-mula aku keja kat buidling ni ada le satu minah ni jual. Tepi jalan je tapi nasi lemak dia memang boleh tahan sedapnya. Baru je dalam 2-3 bulan alih-alih dah tak ada. Orang lain pulak ganti berniaga tempat dia tapi orang tu punya nasi lemak tak sedap. So aku tak ada le beli dah kat tepi jalan tepi bangunan Rohas ni dah. Lepas tu ada le pulak orang jual nasi lemak kukus dan sambal paru kat Lorong Perak tu. Sedap juga. Tapi sebulan je kot orang tu dah tak ada. Kejap giler orang tu berniaga kat situ. Sekarang gerai tu dah ada kedai mamak yang ganti. Apasal ntah orang berniaga nasi lemak sedap-sedap ni tak pernah lekat kat area office ni. Tak ada ong kot. Tension betul.
So pada pagi ini masa breakfast tadi dapat le lagi makan nasi lemak yang superb giler. Sedap sangat. Nasi lemak ni Kak Rad beli kat Stesen Monorel Raja Chulan. Dia cakap memang ramai giler orang beratur beli. Maknanya memang sedap betul le kan. Tapi nasi lemaknya tak murah sangat. Nasi lemak telur mata RM2.00 satu. Tak pelah. Mahal sikit pun tak pe asal sedapkan. Bestnya dapat nasi lemak sedap camni pagi-pagi. Hehehe.. Terima kasih le pada Kak Rad kerana sanggup susah payah berenti tepi jalan tu tolong belikan aku nasi lemak ni.P/S: Gambar blur sebab ambik dengan hp aku yang tak berapa nak canggih tu. Camera tak bawak hari ni.