Friday, March 6, 2009

Season 3 ke Season 4??

Semalam ada sambungan Heroes. Tapi Heroes season 3 part 2. Isk.. Ada part 2 pulak. Pening.. pening. Masa eposide ke 13 hari tu dah tunjuk dah season 4 - fugitives. So yang ni apa pulak?? Patut le hari Ahad lepas 1.03.2009 Star World buat marathon season 3 dari episode 1 hingga 13. Mula-mula masa dorang war-warkan aku ingat ulangan balik season 3 part 1. Pelik gak sebab baru je habis dah nak ulang balik. Rupanya ada part 2. Tu tak pe lagi. Tetiba episode ke 14 ni Sylar hidup balik pulak. Memang patut le aku tak puas hati dia mati macam tu je masa episode 13 hari tu. Tengok jelah. Kurang-kurang malam Jumaat aku ceria dengan adanya cita Heroes.