Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Individu murung didapati mengalami perubahan dalam sistem otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga antara penyebab penyakit ini. Sindrom kemurungan adalah penyakit ‘seluruh jasad’, melibatkan kesihatan badan anda, perasaan dan fikiran. Ia juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir.
Simptom-simptom kemurungan
- Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
- Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
- Cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
- Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
- Perasaan bersalah dan tidak berguna.
- Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
- “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
- Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
- Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
- Simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
P/S: Today adalah birthday my bestfriend Yatie, yang aku kenal sejak masuk UPM dan rapat sehingga sekarang. Happy Birthday Yatie. I'm sooooo glad to have wonderful friend like you..