Saturday, May 30, 2009

Fish Spa

Hari ni Nyah ajak kuar jalan-jalan sebab dah lama tak bawak bapak jalan-jalan dan makan kat luar. Memandangkan bapak pun sibuk nak cari shower hose dia, so dia pun setuju jelah ikut pegi jalan-jalan. Susah betul tau nak ajak bapak pegi jalan-jalan. Kiranya kalau dia setuju nak ikut tu habis bagus dah le tu, sebijik cam perangai Malik.

So mula-mula kitaorang pegi kat Jusco Home Centre. Bapak sibuk le cari shower hose dia. Si Iman ni pulak sibuk dok bukak semua paip dan tanya kenapa air tak ada kuar.. Hahaha.. Memang le tak ada. Dah sah-sah situ ada kepala paip je. Aku cakap dengan dia sebab orang ni tak bayar bil sebab tu air tak keluar. Dia jawab.. "ooooh" .. Hahaha.. Percaya dia. Lepas tu kitaorang ni mengada-ngada nak pegi tengok fish spa yang ada kat dalam ni. Sebab masa tu tak ada orang so saja-saja le gatal pegi try. RM5.00 je untuk 10 minit. Tinggal le bapak sorang-sorang pegi cari shower hose dia.

Mula-mula aku dengan Chu Ma je nak try. So kitaorang dua pun masuk le kaki. Tapi celum-celum je kaki, ikan-ikan tu berjembik-jembik datang meluru. Takutnya. Kelam kabut aku dengan Chu Ma angkat kaki. Hahaha.. Pastu pelan-pelan bagi tumit je dulu. Takut tengok ikan tu datang meluru. Wan Chu Ma idak jugak turun-turunkan kaki dia.

Lepas tu Caca pulak sibuk nak try. Aku cakap kat Nyah bagi jelah dia try. Dia gelak je sepanjang dia letak kaki dia dalam kolan tu. Memang geli pun sebenarnya.

Dah lama-lama baru le berani nak masukkan semua kaki dalam kolam tu. Actually tak ada le rasa apa pun. Cuma takut je tengok ikan tu menyerang camtu sekali. Kalau tutup mata tak ada le rasa apa pun. Yang gambar atas tu ikan kat kaki aku. Yang ni bawah kaki Chu Ma. Tengok betapa banyaknya ikan yang datang kat kaki dia. Nampak sangat kaki dia banyak daki. Hahaha..


Sebelum balik agenda wajib kalau kuar berjalan mesti le makan. Tu pun Malik dah bising nak donut. Tak ada ler jemu dia makan donut. Pelik aku. So hari ni kitaorang makan kat Pandan Leaf jugak. Nama dia dah tukar jadi Penang Kitchen. Eh.. betul ke? Bantai jelah. Yang penting Penang tu ada le kat depannya.

Dah dapat Nasi Lemak sorang sepinggan baru le dorang ni diam. Malik pun tak ada mintak nak donut dah. Kesian kat Iman tak makan. Dia tidur pulak sebaik sahaja masuk kedai makan. Malik makan banyak betul. Dah habis sepinggan Nasi Lemak, dia boleh habiskan pulak Char Keow Teow Nyah. Huhu.. Caca tu pun sebab Nyah control dia makan. Kalau tak mesti dia makan gak lagi.

Dah abis makan main course tetap jugak nak dessert walaupun kenyang. Huhu.. So kitaorang order cendol dan banana fritters. Wan Chu Ma le nak sangat banana fritters. Macam tak penah makan goreng pisang je dia ni. Bapak dah malas nak melayan kitaorang makan tak renti-renti dia pun bangun pegi jalan-jalan dengan Caca dan Malik. Iman sampai kesudah tak bangun tidur. Hari ni Nyah belanja. Suppose nak sharing-sharing. Sebab bil murah dia belanja le semua kot. Hehe.. TQ Nyah... Moga dimurahkan lagi rezeki..