Raya tahun ni kitaorang semua dah setuju akan beraya di kampungku yang aman sentosa iaitu Bota Kanan, Perak. Bangga tu nak sebut nama kampung sendiri. Hehehe.. So kitaorang semua pakat-pakat le balik hari Jumaat dua hari sebelum raya. Rupanya Kak Semah ni udah plan macam-macam benda nak masak. Aiseh.. suka wat keja menyusahkan diri le deme ni. Padahal bapak dah siap-siap beli Rendang Tok kat Pasar Tani Section 17. Bapak cuma suruh Kak Semah masak rendang campur je sebagai tambahan. Datang Kak Semah ni pulak nak masak rendang ayam lagi. Oklah tu..Pastu nak buat ayam kampung pulak.. Masih ok lagi tu. Yang tak ok tu nak buat sembelih ayam pulak.. Isk.. saja je nak menambah keja.. Tapi fun le jugak sebab dah lama sangat tak tengok sembelih-sembelih ayam ni.

Nak ambik ayam dari rumah Wak kat belakang, tak ada sapa pun berani nak pegang ayam hidup termasuklah Along. Apara Along budak jantan pun penakut. Hehehe.. Iman esok bila dah besar berani kot sebab nampak sekarang dia dok usap-usap ayam tu macam teror je. Hehe.. Last-last Kak Semah kena bawak 5 ekor ayam tu sorang-sorang dia sebab yang lain ni berani tengok je. Hahaha..

Bila dah selesai keme semua ambik gambar dengan ayam, baru le bapak dengan Abang Harun datang nak sembelih ayam. Hehehe.. Bapak marah sebab kitaorang melambatkan keja dia. Sibuk semua nak ambik gambar.


Dah siap semua sembelih-sembelih ayam, kena le pulak proses pembersihan. Lawak le Caca dengan Iman. Sibuk nak menolong cabut bulu ayam tapi lepas tu bising busuk.. busuk..

Lepas tu Nyah bagi deme berdua pakai mask. Hahaha.. Tak busuk dah!! Tapi idak gak menolong mencabut bulu ayam. Menyibuk ada le kot. Dah siap-siap semua proses pembersihan aku buat final touch up. Tapi bulu ayam tu cam tak mau tercabut semua. Geli aku nak makan. Last-last seketul pun aku tak makan ayam tu. Alasan sebab kesian tengok ayam kena sembelih padahal geli betulnya. Keh.. keh.. terorkan aku mencipta alasan.
Pagi raya seperti biasa le.. lepas kaum lelaki balik dari masjid, ada acara salam-salam. Tapi sedih sikit tahun ni sebab bapak sorang-sorang je duduk kat kerusi.

Iman suka over bila salam raya. Mesti dia je peluk cium melebih-lebih dari orang lain. Nak bodek duit raya lebih le tu..

Lepas habis salam raya baru le ada acara ambik duit raya. So semua kanak-kanak kena Q tapi ada beberapa orang tak Q dapat gak duit raya.. Patut jangan dibagi pada deme yang tak Q kan.. Hehehe..

Nyah dan Abang Majid sambut wedding anniversary yang ke 10. Siap beli kek kat Secret Recipe lagi semalam. Abang Harun dan Kak Semah pun tumpang semangkuk sebab this year dorang punya wedding anniversary yang ke 25. Wah.. Jubli Perak dah tu.. Tahniah for dua-dua couple ni.
Keseluruhan raya tahun ni sangat-sangat sederhana. Terasa sangat arwah mak tak ada. Dekat-dekat nak raya hari tu memang tak ada semangat langsung nak beraya. Nasib jugak le beraya di kampung. Cumanya kitaorang tak dapat le nak menziarah pusara mak di pagi raya. Tak pelah. Sebelum balik ritu aku dah pegi dah dan lepas balik ke PJ nanti aku pegi le lagi.