Tak sempat le nak buat entry satu persatu pasal open house raya kali ni jadi aku kumpul-kumpul semua dah masuk dalam satu entry jelah. Mula-mula sekali minggu pertama after raya ada open house rumah Kak Aspa tapi aku tak pegi sebab malam sebelum tu kereta buat hal. Sekali bateri kong pulak. Huhu.. Minggu kedua pulak 3 & 4 Oktober 2009 ada jugak beberapa jemputan tapi semua terpaksa ditolak gara-gara hehehe... nanti le story mory. Minggu ketiga, 10 & 11 Oktober baru le dapat attend open house. So start dengan 10 Oktober, hari Sabtu aku dapat 3 jemputan. Lepas kira congak tokok tambah rasa boleh kot aku attend ketiga-tiga sekali.
Mula-mula pegi rumah Enjang kat Taman Puncak Jalil. Acara dia, open house merangkap birthday party Qistina merangkap majlis pertunangan adik ipar dia. Majlis start pukul 12.00 dengan birthday party tapi aku sampai dalam 1.00 lebih sebab highway jammed. Ada polis buat road block pulak. Ntah hapa-hapa deme ni. Buat road block tengah-tengah highway.
Gambar kat atas cilok dari Facebook Abang Hisyam Fendi, so jangan le compare dengan gambar lain sebab tau le camera aku tak canggih cam camera dia. Hehehe..Last sekali balik dari rumah abang Sam kena singgah OC ambik projector dan notebook untuk event open house LSSB esoknya pulak. Adoi.. letih tak terkira.
Antara game yang ada masa event nikan game "Jangan Lupa Lirik Raya". Sepatutnya meja-meja lain kena panggil tapi dorang cam buat derk je so Aris panggil aku. Cis.. Dah le kena nyanyi lagu lelaki. Tapi kira menjadi jugaklah lakonan buat-buat bodoh aku tu walaupun aku sebenarnya tahu amenda liriknya. Hehehe.. Dapat le RM20.00 upah naik pentas. Ok le tu sebab lepas tu guna duit tu pegi tengok Papadom pulak.
Lupa plak. Masa event ni jugak ada dua artis jemputan. Isma Alif dan Accapan. Tapi lawak dorang merepek-repek dan dah outdated je. Pada aku cam tak berbaloi je Aris bayar dorang ni. Lebih baik Aris sorang je handle dan libatkan lebih staff. Penghibur cukup setakat Sarah sorang je sebab dorang berdua tak best mana pun.Minggu depannya pulak 17 dan 18 Oktober ada 3 jugak jemputan tapi kena le tolak yang lain-lain sebab kalau layan semua memang tak jadi keja aku. Huhu.. So aku cuma attend open house rumah Kak Yati. Open house Kak Yati aku memang tak pernah miss 3 tahun berturut-turut. Dah le no 2 terawal yang sampai. Tak malu betul. Seperti tahun-tahun sebelumnya, food kat rumah Kak Yati memang sedap dan banyak jenis. Kalah le food kat hotel.