Lamanya tak update blog. Nak cerita macam-macam tapi tak cukup time je. Maklum le bulan puasa ni office bagi balik awal. Pukul 4.00 petang dah boleh balik dah. Nak menulis di office kerja banyak so tak sempat nak curi masa. Kat rumah pulak pakai notebook En. Suami.. huhu tak best. Skrin kecik, keyboard kecik sakit mata nak tengok, sakit tangan nak taip. Lagipun bulan puasa ni lepas berbuka je dah rasa letih semacam dah. Tak ada mood nak menulis apa-apa maka disebabkan hal-hal sebeginilah tidak berupdate le blog ini.
Ni nak cerita le sikit kisah bulan puasa ni. Kiranya tahun ni tahun pertama le aku menghadapi perubahan besar. Berpuasa sebagai seorang isteri. Chewah.. Sebenarnya tak ada le beza sangat pun dari puasa bujang-bujang sebab dari dulu aku dah sememang kena bangun sahur. Takat menyiapkan juadah sahur dan berbuka tu tak ada benda besar sangat le pada aku. Lagipun En. Suamiku yang tercinta tak cerewet bab makan. Berbuka dia makan ringan-ringan je. Lepas solat Maghrib baru le nak cari yang berat-berat sikit. Berat dia tak semesti nasi pun. Roti pun jalan. Senang sungguh melayan suamiku itukan. Hehehe..
Cabaran sebenar aku Ramadhan tahun ni sebab aku pregnant. Sekarang dah masuk 30 minggu dah. So far aku dengan jayanya berpuasa. 3 hari berpuasa hari bekerja mak aii.. pagi mengantuk yang teramat-amat terutama nak sampai ke pukul 9 pagi tu. Hari-hari aku sampai office sebelum 7.30 pagi. Duduk-duduk buat keja kejap lepas tu sure mata dah tak boleh nak bukak. Kena le tido kat meja kejap sampai pukul 8.30. Hehehe.. Camana tak mengantuk, malam paling awal dapat tidur pukul 11.00. Tu pun jenuh pujuk mata suruh tidur. Tengah malam kalau tersedar sekali je kira habis bagus le sebab selalunya sure sedar 3-4 kali. Pukul 4.30 pagi dah bangun siapkan sahur. Pastu tak tidur dah sampai le pegi office. Nak tidur camana pukul 6.35 pagi dah keluar dari rumah dah pegi officekan. Rasanya kalau orang tak pregnant pun mesti mengantuk gilerkan nikan pulak aku.
Petang-petang pulak memang letih le sebab panas. Cuma hari Jumaat je mendung nak hujan masa aku nak balik. Jalan kaki dari office ke KLCC tu kira mencabar jugak tu. Sampai rumah kena masak pulak untuk berbuka dan sahur. Hari pertama aku memang tak larat langsung nak masak untuk berbuka. Ni dah hari kelima kira dah stabil dah. Balik keja dah boleh pegi jalan-jalan kat Pasar Ramadhan pastu siap boleh masak lagi. Kira dah kuat le kot. Hopefully boleh le berpuasa sampai habis Ramadhan. Kalau dapat genap 30 hari tak payah ganti.. Yahoo.. bestnya..