Hari ni Ely buat open house raya cum house warming kat rumah dia. Semua family belum pernah datang rumah dia lagi so dia buat le open house. Tapi khas untuk family je. Aku tak tahu nak bawak apa so sebabkan Nyah kata dia nak masak pulut kuning (house warming kena le ada pulut kuningkan) aku pun cakap le dengan Ely aku akan masak rendang ayam.
Gigih tu pagi-pagi Ahad dah bangun nak masak rendang. House warming dia start pukul 2.00 petang ke atas. Barang-barang masak rendang semua aku dah mintak Dahlan belikan kat pasar tani hari Khamis lepas so memang tinggal nak masak jelah.
Dah siap rendang ayam setelah di QC oleh Dahlan. Kenkonon suruh rasa je, tapi dibantainya makan berketul-ketul. Apa le Dahlan ni. Nak pegi open house pun makan siap-siap kat rumah.
Rumah Ely kat Taman Desa. Tak sesat pun pegi sebab Nyah penah duduk area ni. Sampai sana Yong dan anak-anak dia dah ada. Ely pegi amik dia pagi-pagi tadi. Kitaorang sampai sama time dengan adik Ikram. Menu Ely banyak jugak. Ada nasi minyak, ayam masak merah, dalca, jelatah, spaghetti, kuih-kuih dan macam-macam lagi le.
Lama jugak le lepak kat rumah Ely ni sambil makan tengok tv. Dia pun jemput sikit je orang sampai Wan pun dia lupa nak invite. Masa ambik gambar ni Nyah tak sampai lagi. Dia datang kejap sangat. Makan-makan terus je balik. Dahlan dah lama ajak aku balik tapi aku cakap aku nak tunggu pulut kuning baru nak balik. Ekekeke..