Cita kedua pada hari ni cita tak berapa best. Dua hari lepas aku EL sebab Cik Batrisyia ni demam pulak. Tinggi tau demam dia sampai ada satu masa time tengahari tu sampai 39.3 dah. Cepat-cepat aku basahkan kepala dia dengan towel dan pasang air-cond. Alhamdulillah sehari je dia demam. Semalam aku pulak mc sebab tetiba kat leher aku ada biji-biji. Aku pegi doktor Kok, doktor tu cakap macam thyroid ke cyst ke dia pun tak pasti. Dia cakap macam besar jugak. Dalam 3cm. Tapi memang rasa sakit kat biji yang bengkak tu. Nak makan, nak menguap, nak berpaling boleh kata apa-apa aktiviti yang melibatkan tengkuk tu memang sakit le. Rasa macam tegang semacam. Doktor tu suruh aku tengok camana sampai Isnin depan. Kalau tak surut dia suruh datang balik ambik refer letter untuk ke hospital. Aku dengar-dengar cyst tu rasa macam hapa je takutnya. Semalaman aku tak boleh tidur. Aku fikir kata le kena operate camana dengan Batrisyia. Boleh ke dia tidur malam kalau aku kena tahan kat wad. Huhu.. macam-macam aku fikir.
Pagi tadi disebabkan rasa tak puas hati tu, aku pegi le terus ke specialist. Disebabkan tak pasti apa dia, aku pegi le buat appointment dengan ENT kat Columbia Asia Puchong. Doktor Megat tu baik sangat. Walaupun tunggu lama tapi sebab dia baik terus tak jadi nak marah. Bagus le doctor tu. Dia tengok-tengok je tengkuk aku dia terus cakap dia rasa macam thyroid. Tapi untuk confirmkan dia suruh scan dulu. Pas scan memang betul ada cyst kat thyroid glands aku. So kena le pegi doktor lain sebab thyroid bukan under dia. Dia referkan aku pada Doktor Muzzamil pulak. Menurut kata doktor tu tak perlu remove pun sebab masa scan memang cakap tak bahaya. Tapi dia nak monitor jugak pada menda tu. Aku cakap aku tak selesa bengkak camni. Pastu dia pun cucuk le kat tempat bengkak sebab nak kuarkan cecair tu. Pakai jarum tu. Macam ngeri je kan. Tapi tak sakit pun. Sakit lagi ambik darah kot. Rasa macam buat facial time dorang buang blackhead tu je. Tapi tak ada dapat banyak pun cecair yang kuar. Agaknya kecik sangat jarum dia guna kot. Pastu doktor tu cakap tengok le camana. Kadang-kadang dia boleh surut sendiri tanpa apa-apa treatment pun. Huhu.. harap-harapnya macam tu le. Amin..