Batrisyia baru beli kerusi makan. Sebelum ni kalau nak bagi dia makan duduk atas lantai atau sorang kena pegang sorang bagi makan. Jenuhlah cara ni sebab dia suka merangkak sana sini. Penat kejar dia. Last-last dia makan sesudu je sebab fokus dia dah kelain.
Masa Tikah & Pidah jaga Batrisyia ritu, dorang bagi Batrisyia makan dalam cot dia. Ok jugak sebab dia fokus makan. Dapatlah suap banyak sikit. Cuma tak bagusnya dia makan berdirilah. Pasal tu aku decide beli jugak kerusi makan.
Kerusi ni beli kat Ikea. Murah je. Kerusi sahaja RM49.00. Pastu high chair tray tu harga RM15.00. Tengok le dia nak ke duduk makan kat sini. Kena paksa jugaklah bagi dia belajar makan kat sini nanti esok-esok kalau pegi makan kat luar senang sikit kalau dah train dia duduk kat high chair ni.