Sunday, September 11, 2011

Moon Cake

Pernah makan kuih bulan? Peberet aku ni tapi ketahui le semua bahawa kalorinya saaaangggat tinggi. Huhu.. Tapi tetap suka gak. Dulu-dulu masa keja kat Nacap selalu dapat free dari supplier. Of course yang halal punya le. Sekarang dah melambak dah kuih bulan ni yang halal. Lepas tu bila dah tak kerja kat Nacap tak ada le dapat free dah makan aku nak makan moon cake ni kena le beli. Dulu harganya tak sampai RM10 seketul tapi la ni.. mak aii mahal. Berbelas-belas ringgit.

Moon cake ni ada pelbagai perisa tambah-tambah yang dah dimodenkan le. Macam kat gambar atas tu belah kiri tu namanya Mango Jackpot.. hoho.. kaya tu kalau makan sebab gudang emas.. yang ni moon cake yang dah dimodenkan le. Dan sebelah kanan tu tradisonal punya. Lotus paste with double yolk lagi. Paling aku suka ni sebenarnya. Aku betulnya tak berapa gemar perasa moden-moden ni macam pandan le.. mango le even red bean pun aku tak berapa. Memang aku paling suka lotus paste tak kisah le ada telor ke tak ada. Ni dua-dua dapat free dari supplier gak ni. Banyak dapat so dorang bahagi-bahagi le yang mana-mana yang halal bagi pada yang Muslim ni.