Tahun 2011 kitaorang sefamily tak ada pun jalan-jalan bercuti ke mana-mana. Awal tahun tu aku sakit mata le, sakit leher ada biji le dan macam-macam lagi. Tambahan pulak Batrisyia kecik dia pun kejap-kejap tak sihat. So balik-balik kalau apply cuti tu memang jaga dia sakit je sampai tak ada masa nak merancang percutian. Company trip pun tak ada lagi tahun ni, pastu masa pegi Sunway Lagoon pun tak dapat nak join sebab Batrisyia demam teruk. Sian sungguh..
Disebabkan macam-macam hal aku ajak le Dahlan pegi bercuti dekat-dekat yang tak amik masa lama dalam keta sebab aku memang malas jam-jam ni. Dahlan mula ajak aku pegi Melaka tapi aku tak nak sebab Melaka tu tak ada le dekat mana. Tambah-tambah cuti sambung 3 hari mesti jam giler. Aku ajak Dahlan pegi Shah Alam je. Hehehe.. bunyi macam kelakar je bercuti ke Shah Alam kan. Tapi suka aku le. Duit aku. Mana aku nak pegi kome sibuk apa. Hahahahaha...
So kitaorang pegi hari Sabtu lepas 31.12.2011. Konon-konon nak sambut new year le kat sana. Dahlan suruh aku pilih hotel antara Concorde, Grand Bluewave ataupun Quality Hotel. Antara tiga tu paling murah Quality. So aku pilih yang tu tambahan pulak hotel tu depan je dengan kompleks PKNS, SACC Mall dan dekat dengan tasik tu. Ntah hapa ntah nama tasik tu. So kalau nak bawak Batrisyia jalan-jalan kira ok le kan.
Kitaorang bertolak dari rumah pukul 12. 30 tengahari. Jenuh oo packing bag dari pagi mengalahkan nak berjalan 3-4 hari. Hehehe.. Pastu mula-mula Dahlan bawak pegi lunch kat Mc Donald Shah Alam. Lepas lunch terus pegi check in hotel. Bilik dia ok le cuma hotel lama so nampak le buruk-buruk sikit lifnya. Nampak tak toy Batrisyia atas katil tu? Hehehe.. Tu dapat beli Happy Meal Mc D. Dahlan suruh aku beli sebab lupa nak bawak toy dia. Dalam keta ada sekor anak itik je. So jadi le dua toys dia boleh bawak mandi kolam nanti.
Sampai bilik je lepak-lepak kejap. Unpack barang. Solat Zohor. Budak tecik ni sibuk explore macam-macam kat bilik ni. Macam-macam di koreknya. Tong sampah pun di koreknya. Telefon tonggang langgang dibuatnya.. Batrisyia.. Batrisyia..
Dah rileks-rileks, aku ajak Dahlan gi tengok swimming pool sebab plan nak bawak Batrisyia mandi ganti ke"frust"an aku tak dapat bawak dia mandi manda kat Sunway Lagoon. Pastu masa nak naik bilik pun aku nampak ada family karaoke so saja-saja le ajak Dahlan pegi karaoke memandangkan dia tak penah pegi karaoke.
Karaoke ni teruknya yang teramat-amat le. Dah le bilik pertama bagi microphone tak boleh function. Pegi tukar bilik. Pastu pilih lagu tak keluar-keluar. Mula aku nak amik 2 jam. Dahlan cakap sejam dah le sebab petang nak bawak Batrisyia mandi swimming pool. Pastu dah 45 minit dok dalam tu, aku dah fed up dah sebab pilih lagu tak keluar-keluar. Ntah hapa-hapa. Sekali datang le budak bawak bil. Tetiba ada charge titbits. Apa kes??? Titbits pun tak ada nak charge?? Aku pun kuar dari bilik aku cakap pe hal charge titbits tapi tak ada hantar? Pastu dia nak hantar masa tu jugak. Aku cakap aku tak nak bayar sebab aku dah nak balik dah. Kalau nak charge, hantar awal-awal le. Mangkuk sungguh. Rosak sikit mood holiday sebab hal ni. Tapi nasib masa karaoke tu Batrisyia dengan Dahlan macam teruja sebab 1st time dua-dua masuk karaoke kan.. Hehehehe...
Pas habis karaoke, kitaorang pun naik le kat roof top dia nak tengok mana rupa swimming pool sebab kalau ok memang nak mandi manda. Sekali tengok.. hancus.. teruk sangat. Hotel ni memang tak jaga betul facility dia. Untuk mengubat kelukaan, aku dengan Batrisyia berendam jelah dalam bathtub. Bawak itik dengan chipmunks dia mandi sekali. Mula-mula dia macam takut-takut je nak berendam. Sekali dah syok tak nak kuar sampai kecut-kecut.. Lepas je dia dapat main bathtub tu, kejap-kejap dia nak gi toilet.. hehehe..
Pas mandi manda, kitaorang nak pegi jalan-jalan kejap dekat PKNS dan plan nak maghrib kat SACC sebab lepas tu nak terus pegi I-City. Sekejap je pun pegi PKNS tapi sempat le borong tudung sampai 10 helai. Hahaha.. pastu tengok-tengok kat SACC ada pulak sale Bonia & Sembonia. Adoi.. meronta-ronta nak pegi tengok ni. Tambah-tambah belum beli hadiah anniversary lepas, tapi kena le postponed sebab dah plan nak pegi i-city.

On the way nak pegi i-city mak aii... dah jam dah tapi tak ada le teruk sangat. Jam kat jalan nak masuk je. Masa kitaorang balik aku tengok jam dia dah teruk sangat-sangat. Jauh dah jam nya. Nasib baik kitaorang dah balik time tu. Tapi dalam pada jam jalan masuk je tetap kitaorang tak dapat masuk kat entrance biasa. Kena masuk dari jalan belakang. Jauh jugak le berjalan nak sampai ke i-city tu. Kena panjat bukit bagai. Gerun siot.. nasib baik panjat, bila nak balik aku ajak Dahlan ikut jalan Dahlan. Tak kuasa aku nak turun bukit tu.. takut..
Kat i-city orang.. ramai sangat-sangat. Kat situ ada karnival Sayang Selangor dan sambutan tahun baru. Ada konsert le dan ntah hapa-hapa lagi aktiviti. Aku tak turun pun. Tengok dari atas je. Dalam 9.30 malam kitaorang dah gerak balik. Tak seronok sangat sebab ramai sangat orang. Batrisyia pulak tidur je sepanjang kat i-city tu.
Balik dari i-city baru le dinner kat depan hotel tu. Apa kena nama tempatnya aku pun tak tau le. Tapi happening jugak le depan hotel tu. Ala-ala Bintang Walk tu sikit le, tapi tak ada le clubing-clubing macam tu. Kat hotel pulak ada dinner sambutan tahun baru. Ada artis jugak. Masa nak balik ke bilik tu Siti Fairuz penyanyi dolo-dolo tu baru lepas show kat situ siap pegang Batrisyia lagi sebab dia tidur sampai terlentok-lentok.. Sian agaknya.. budak tecik ni memang tidur kaw-kaw sampai ke pagi dia tak bangun-bangun. Penat sangat agaknya explore bilik.
Lepas dinner lepak kat bilik je. Countdown kat bilik sambil tengok konsert kat tv. Hahaha.. akhirnya tetap buat aktiviti sama cuma tukar venue je kat hotel. Ok fun le jugak sebab dari tingkat atas ni boleh nampak jam jalan town Shah Alam ni. Boleh nampak jelas jugak le bunga api sana sini. BTW lupa plak nak cita. Kat i-city tu, Kempen Sayang Selangor untuk sambutan tahun baru yang ada konsert-konsert tu anjuran kerajaan Malaysia. Pastu kerajaan negeri pulak buat sambutan tahun baru dengan solat maghrib jemaah diikuti dengan syarahan agama etc kat dataran shah alam (tu gambar keta jam tu nak pegi sana le). So.. sendiri mau ingatlah.. lu pikir le sendiri.. saya tak campur hal politik hahahaha...
Pagi esoknya pegi buffet breakfast, aku dengan Batrisyia tak mandi. Dahlan sorang je mandi. Hehehe.. Batrisyia lagi teruk siap pakai baju tidur. Aku pakai baju semalam kira orait le jugak. Sejuk le nak mandi pagi-pagi sangat kan Batrisyia. Buffet hotel ni ok le. Biasa-biasa je. Tapi paling sedap cucur bawang dia. Fuh!! sedap.. panas-panas. Dahlan pulak suka bread pudding. Sampai dua kali dia ambik. Batrisyia tak abis-abis dengan pe'el dia yang kunyah dan buang tu. Jenuh ambik macam-macam nak bagi dia makan. Lepas breakfast, Batrisyia jalan-jalan bagai nak rak kat lobi hotel macam hotel tu bapak dia punya. Hahahaha... pastu kitaorang balik bilik, lepak-lepak kejap, mandi dan check out. Sebelum gerak balik PJ, singgah SACC Mall. Nak jugak pegi Bonia sale tu. Tu je percutian tahun 2011. Walaupun dekat dengan rumah tapi aku rasa fun. Seronok sangat. So lain kali boleh buat lagi percutian dekat-dekat macam ni. Pegi Mines pulak ke, KL ke kan.. kan.. Last but not least untuk peminat Batrisyia, terimalah video Batrisyia buat hotel macam hotel bapak dia.. hehehe...