Sunday, May 27, 2012

Balik kampung, Arnie Kawin & TKK Ipoh

Sabtu lepas balik kampung sempena Arnie kawin. Balik dengan Ely dan Ikram sebab kereta aku tu dah semacam je. Takut pulak nak jalan jauh. Tak sangka pulak Nyah pun balik sekali minggu lepas. Meriah jugak le ramai-ramai. Malam Sabtu tu kitaorang dinner kat luar tepi longkang kat Sri Iskandar. Muhahahah..Fun jugak le. Ahad Nyah dah balik KL. Cuma tinggal kitaorang je.

Pegi wedding Arnie tak bawak Batrisyia. Dia tinggal dengan Tikah Pidah. Masa aku sampai ngam-ngam pengantin sampai. So bestlah dapat tengok Arnie makan beradab. Tak ada jumpa sapa pun masa wedding dia. Aku pun nak kena balik cepat sebab Batrisyia tinggal. Ngam-ngam sampai rumah, Tikah Pidah dah nak keluar nak balik UUM dah. Nasib baik.

Lepas semua orang dah cabut balik, agenda kitaorang merayap le pulak. Konon nak pegi ke Aeon Station 18 kat Ipoh yang baru bukak tu. Tak reti kat mana betulnya. Hadoi le. 5 tahun duduk Ipoh pun boleh sesat tau kalau drive kat Ipoh. Abang Harun dah bagi guide camana nak pegi tapi macam tak betul je. Boleh masuk ke Batu Gajah pulak. Ikut maps aku le tu. Tapi last-last sampai le jugak

Tak ada apa yang lain pun Aeon sini. Sama je macam Aeon lain. Gatal nak tengok je. Sempat jugak le membeli sehelai baju. Baju tu aku memang aim nak beli kat KL tapi tak ada size. Tengok kat sini ada terus le beli.

Dari Aeon Station 18, pegi makan pulak kat Taman Kanak-kanak Ipoh. Nasib baik tak sesat. Tapi park jauh jugak lah sebab dah masuk jalan lain. Tempat banyak kenangan ni. Dari zaman kecik sampai le ke zaman remaja. Gerai Ah Yoong ni memang port family aku le kalau datang TKK. Beli air kat sini. Sebelah dia ada jual kerang rebus yang superb. Sekarang dah tak ada dah gerai kerang rebus tu. Sebaris tu ada satay Endut dan paling superb kat sini Popia SS Ali. Lantak le orang cakap popia Section 14 tu sedap, pada aku tak ada tempat boleh lawan popia SS Ali Ipoh ni.

Melampau betul kitaorang order popia banyak giler. Makan popia je kat sini. Dahlan je yang order nasi share dengan Batrisyia.

Ikram mesti le makan sate. Sate Samuri. Dia sorang je boleh habis semua sate ni. Ely tumpang secucuk dua je. Huhu.. Gambar popia superb lupa nak amik. Next time balik pegi lagi boleh amik gambar popia pulak

Ni pulak ABC kat gerai Ah Yoong. Sedap sangat ABC dia. Dah bertahun-tahun aku try pun tetap rasa sedap ABC sini.