Hari ni lepas amik kereta baru, belanja Dahlan, Tikah & Pidah makan kat Seoul Garden sempena birthday dorang bertiga bulan Julai ni. Birthday Dahlan 2hb lepas. Tikah & Pidah next week 14hb. Tapi minggu depan deme dah nak balik Bota jadi celebrate in advance. Happy giler budak dua orang tu bila aku cakap nak makan kat Seoul Garden sebab minta benor deme kat K Pop. Hadoi.. makan pun nak kena K Pop ke. Biar le..
Budak ni macam biasa banyak ragam. Makan tak ada nak sangat. Meragam je lebih. Aku dah 2nd time le makan Seoul Garden. First time makan kat Singapore dulu. Sama je kot rasa dia. Tapi rasa macam kat Singapore banyak lagi dia punya choice.
Ambik gambar tengah-tengah makan. Kalau suruh aku review Seoul Garden ni, aku betulnya tak berapa nak suka makan jenis-jenis makan yang macam ni. Tapi untuk lepak-lepak, makan sambil masak sambil borak-borak, tempat macam ni ok sangat.