Day 2 in Langkawi. Pagi breakfast. Biasa-biasa je breakfastnya. Tak banyak mana pun. Nak expect camana 3 star hotel kan. Lepas breakfast mandi pool kejap. Ala.. kecik je poolnya. Batrisyia menjerit-jerit takut. Last-last tak jadi mandi. Naik je atas. Tinggal Ely dengan Ikram je berendam. Sepatutnya plan asal pagi ni kitaorang pegi island hopping. Tapi ntah camana aku rasa risau sangat nak bawak Batrisyia naik bot so aku cancel pegi. Aku suh Ely dengan Ikram je pegi sebab dari hotel ni ada perkhidmatan transport bawak pegi jetty naik bot tu tapi tak mau pulak deme. Kata tak best tak pegi ramai-ramai. Pulak.
Dalam pukul 11.00 kitaorang gerak keluar pegi Langkawi Fair Shopping Mall sebab nak beli air minum untuk Batrisyia. Karang dia nak ikut Dahlan pegi jenjalan sementara aku nak pegi shopping so camana nak bagi dia tek. Dah siap beli-beli semua, kitaorang pegi Idaman Suri. Hadoi.. masuk Idaman Suri satu hapa tak ada Corningware. Set pinggan pun sikit sangat. Macam kurang stok barang-barang dia. Last-last aku cuma beli bekas melamin dengan deep pan je. Lepas tu kitaorang lunch kat Restoran Zainas sebelah je dengan Idaman Suri. Boleh tahan jugak lunch kat sini. Banyak pilihan lauk pauknya. Harga pun berbaloi le dengan apa yang dimakan.
Mula-mula sekali pegi Langkawi Saga. Kat sini cari Corningware petite tak ada bunga yang aku nak. Tapi aku jumpa payung murah sangat-sangat. RM16.00 je. Mula macam tak nak beli tapi pikir-pikir balik memang kena beli sebab mana nak dapat payung yang boleh lipat tapi besar tu harga RM16.00. So beli jugak. Lepas tu jenuh menapak dari satu kedai ke satu kedai sebab nak cari Petite corningware bunga plum. Last-last jumpa kat Wira Langkawi. Apa lagi terus grab 2 set. Murah sangat. Satu set baru RM109.00. Separuh harga dengan kat shopping mall KL. Pastu aku beli jugak mangkuk kecik kat sini sebab nak tambah mangkuk aku. Total spend kat sini RM314.00. Aku rasa cam tak penah masuk ke Wira Langkawi ni. Agaknya sebab ingat Haji Ismail je sampai tak penah nak tengok-tengok kedai lain.
Haji Ismail group banyak benda murah-murah tapi semua tak ada stok. Ntah hapa-hapa. Last-last beli sudu dan pisau je kat sini. Pisau tu pun tak ada stok. Beli yang display punya je sebab nak jugak-jugak yang warna hijau.
Mission Corningware aku tak abis lagi. Kali ni nak beli set yang besar pulak. Aku pegi Coco Valley Duty Free, harga 6 biji yang besar tu RM405. Yang 10 biji, RM465.00. Isk macam rugi pulak tak amik yang set 10 tu. Last-last amik set yang tu. Puas hati. Hahahaha.. Pastu bila Dahlan dah datang pegi balik kedai beg. Last-last kitaorang semua membeli beg sorang satu. Habis bershopping balik hotel kejap solat pastu terus pegi Pantai Cenang sebab Ikram nak berenang sangat. Tapi last-last merajuk pulak tak nak berenang. Hadoi.. macam-macam.
Sebab Ikram dah merajuk so bagi le dia pilih dinner kat mana malam ni. Dia pilih restoran apa ntah. Telaga Seafood. Punya le mahal makanan kat sini. Menu pun dorang dua yang pilih. Aku tak nak masuk campur. Karang kena marah lagi. Dorang order ikan pari bakar. Ada sotong goreng. Pastu tomyam. Kesimpulan aku cakap makan kat sini tak sedap langsung. Udah le mahal. Macam tu je sampai RM147.40. Pulak tu aku tak ada order air sebab aku tengok air dia semua meletup harganya. Huhu.. Kalau repeat makan kat Wan Thai balik pun berbaloi. Balik ke Kuah, aku suruh Dahlan singgah beli burger sebab tak kenyang makan. Huhu..
Malam sebelum tidur packing siap-siap sebab esok lepas breakfast nak bertolak balik dah. Tapi kecik ni sibuk betul nak masuk dalam beg. Huhu..