Saturday, November 24, 2012

Sepetang Di Bubba Gump

Hari tu ada offer kat Groupon. Beli RM100.00 cash voucher kat Bubba Gump dengan harga RM50.00 je. Murahkan. So aku pun suruh le Dahlan beli dah belanja aku makan sempena birthday aku tahun ni. Hehehe.. tak malu mintak.  Kitaorang pegi Bubba Gump Citta Mall. Masa pertama kali datang, Bubba Gump belum bukak. Besar jugak le bubba gump kat sini. Kitaorang pegi dinner pukul 6.00 petang so tak ada le full sangat.

Aku pertama kali datang makan kat Bubba Gump. Bagi orang yang dah biasa dah tahu kot konsep sini. Mula-mula sekali dorang akan terangkan camana konsep dorang. Dia bagi menu pastu kalau nak panggil waiter untuk apa-apa just tukar sign "Run Forest Run" tu kepada "Stop Forest Stop". Bagus jugak yer sebab tak payah le angkat-angkat tangan kalau nak mintak apa-apa.

Deco yang ada kat dinding Bubba Gump. Ada macam-macam botol dari serata dunia.

Dahlan order Mango Sparkler. Sini tak ada bottomless drink. Aku tak order air. Cuma mintak warm water je. 




Kitaorang order Classic Caesar Salad. Pastu gambar atas tu dari menu appertizer Cajun Shrimp. Sedap sangat udang ni. Lagi satu menu kitaorang order ayam. Sebab Batrisyia suka jagung so kena amik yang ada jagung. Nama menu ni Mama's Southern Fried Chicken. Sedap jugak le. Tapi aku rasa udang tu lagi sedap. Benarnya datang Bubba Gump elok amik menu berudang sebab tu speciality dia. Ada satu menu tu nama dia Shrimper's Heaven. Fuh menarik giler. Next time datang kita try order yang tu pulak yer.


Budak kecik yang suka sangat makan jagung. Hehehe.. comelkan dia makan jagung gitu. Duduk atas meja pulak tu. 

Macam biasa tetap nak order dessert. Ni Alabama Mud Pie. Aku order ni memang lambat. Tak sama order dengan main menu sebab takut kenyang sangat tak larat nak abis. Pulak sebab order lambat staff sini buat hal. Boleh dorang tutup bil so voucher tu tak boleh guna dah. Instead of aku kena bayar dalam RM13 lebih, untuk tampung tak cukup voucher RM100.00 tu aku kena bayar full harga dessert ni sebab dorang dah close bill. Aku tak puas hati aku panggil manager dia. Aku cakap mana boleh dia close bill sebelum aku panggil mintak bil. Manager dia pastu tetiba caka I buy u a dessert, Wah.. patut kena bayar RM13 lebih terus tak payah bayar apa. Best betul. Rezeki rezeki.

Picture ni Batrisyia yang amik. Hehehe.. saja letak je