Saturday, June 1, 2013

Versus 2

Dah final dah pun semalam. Gila best realiti TV yang ni. Hehehe.. aku memang minat rancangan nyanyi-nyanyi of coz le aku cakap best. Kilauan Emas pun aku tengok tapi aku tak ada le cakap best gila sebab aku rasa tu sama je macam rancangan realiti pertandingan lain-lain cuma peserta dia orang tua. Hehehehe.. Ok balik pada cita Versus. Cita ni setiap hari Jumaat pukul 9.30 malam kat TV9. Aku adalah orang yang paling jarang tengok citer kat TV9 tapi sebab Versus aku tengok cuma yang tak bestnya clash pulak dengan Sebenarnya Saya Isteri Dia kat TV3 yang Izzue Islam berlakon tu. Tu pasal le kejap tengok ni kejap tengok tu. Tapi kebanyakannya memang tengok Versus le lepas pukul 9.30 tu. Live rugi tak tengok. SSID boleh tengok kat Tonton nanti. Actually tahun ni Versus dah masuk musim kedua. Musim pertama yang Hujan menang tu aku tengok gitu-gitu je. Tahun ni aku tengok betul-betul memang sebab Tomok masuk. Peminat Tomok sejak OIAM 3. Hehehehe.. 

Masa mula-mula keluar aku fikir dengan sapa le yang Tomok bergabung ni. Memang tak kenal langsung. Modread. Ntah sapa-sapa. Aku memang tak minat band underground ni. Tapi minggu ke minggu baru tahu yang Modread tu best jugak lagu-lagu dia. Tu pun sejak aku tengok battle drum solo tu baru tahu lagu dia satu. Sedap pulak aku dengar dan cari le lagu tu kat Youtube. Memang boleh diterima akal le lagu-lagu dia walaupun muzik dia sedikit keras.

Every week aku rasa persembahan Manifesto (Tomok + Modread) memang terbaik. Dalam semua persembahan dia yang aku tak berapa suka minggu mash up Wings & Search. Aku rasa biasa-biasa je show dorang dengan Jacklyn Victor tu. Paling gempak minggu Generasi Pop yang dorang buat dikir tu. Dan lain-lain tu pun best le semua. Semalam masa Manifesto dapat battle akhir, adoi.. seronoknya aku. Ingatkan tak ada harapan nak menang sebab dari awal Manifesto nombor 4 je. Dan bila Manifesto menang aku pulak yang lebih-lebih happy. Muhahahahaha.. Bengang je Dahlan aku menjerit-jerit seronok.

MANIFESTO
 (gambar dari Fanpage FB Modread)

Memang layak sangat Manifesto menang. Dorang kreatif ditambah pulak dengan suara Tomok yang sangat sedap. Tetiba je aku rasa aku ada minat tambahan kat Manifesto selain Tomok. Aku suka drummer dorang, Ainol. Muhahahaha... suka dia sejak dia perform drum solo battle. Memang hebat. Lepas dari tu every week tengok dia je. Dia main dram unik sebab orang lain kalau main duduk diam-diam. Dia idak, kejap bangun kejap duduk. Seronok tengok. Memang patut le dia hebat macam gitu sebab dia main dram sejak umur 10 tahun dengan Kristal. Masa dulu comel je.. sekarang dah berjambang tapi aku rasa tetap comel. Muhahaha..