Wednesday, July 3, 2013

Saya Susah Hati

Jumaat ni company trip pegi Bandung. For the first time nak kena berpisah dengan cinta hati selama 3 hari dua malam. Huhu.. hati saya rasa sangat sedih. Camana ni??? LSSB ni lah. Tahun ni kedekut sangat tak cover anak. Nak bayar sendiri macam tak berbaloi langsung dengan harga yang dorang charge tu. Tambahan pulak, banyak feedback yang cakap tak payah le bawak pegi Bandung sebab tempat dia tak berapa ok untuk budak-budak lagi-lagi kalau company trip. Tapi betul le jugak sebab masa trip Singapore tahun lepas, aku rasa macam kesian sangat kat Batrisyia. Tengah-tengah sedap tidur kena bangun mandi sebab nak ikut itinerary. Dan bila dia meragam, aku pun jadi tak enjoy langsung.

Hari tu masa bapak sakit ada le semalam aku tidur kat hospital teman bapak tapi masa tu dia tinggal dengan Dahlan. This time dia tinggal dengan Nyah dan Ely je. Hopefully dia ok le. Tapi aku berat cakap dia ok je duduk rumah Nyah sebab ada Iman, Malik dan Caca. Yang tak ok nyer sekarang aku ni. Waaa.. sedihnya tak dapat peluk cinta hati tu 3 hari nanti..