Day 2 in Sabah. Hari ni plannya kitaorang akan ke Kundasang tengok gunung Kinabalu. Plan asal mesti breakfast pukul 6.30 dan bertolak seawal 7.00 pagi tapi biasa le kalau dengan Batrisyia tak maunya dapat sharp mesti delay. Nak suruh dia bangun mandi pun susah. Last-last pukul 8 lebih jugak baru bertolak. Perjalanan dari KK ke Kundasang kalau ikut orang cakap dalam sejam-sejam setengah camtu depends traffic jugak sebab jalan dia jalan kampung je. Pulak tu banyak lori dan mendaki bukit. So kalau depan kita lori memang jenuh ler mengekor je lori tu sampai ke kawasan yang luas sikit yang kita boleh potong. Macam kitaorang yang tak biasa ni ambik masa dua jam jugak le nak sampai.
On the way nak sampai ke Kinabalu Park tu mula-mula sekali akan jumpa Pekan Nabalu. Kat sini dah boleh nampak jelas dah puncak gunung Kinabalu. Aku mula-mula ingat tak ada rezeki dah kot nak tengok puncak Kinabalu sebab dorang cakap kalau sampai dah pukul 10.00 pagi camtu memang tak ada chance le nak tengok puncak gunung sebab awan dah tutup tapi alhamdulillah sepanjang berada kat Kundasang sampai petang aku boleh nampak puncak Kinabalu. Hari kitaorang pergi kurang berawan agaknya.
Actually kitaorang berenti kat sini sebab aku nak terkencing hahahaha.. pastu orang tu cakap kalau nak ambik gambar kena pegi depan lagi ada kawasan lapang tu sana memang jelas nampak puncak kinabalu. Toilet kat kedai ni kan kena turun bawah. Air dia umak sejuk ya amat. Air gunung gamaknya. Ni le kereta yang kitaorang guna sepanjang kat Sabah kali ni
Ni le rupa Pekan Nabalu tu. Kecik je. Ada gerai jual souvenir dan ada kedai makan jugak. Tapi tak ada le kitaorang makan apa pun cuma beli fridge magnet kat sini dah monyet untuk Batrisyia. Key chain jugak untuk orang-orang office.
Kat sini le orang kedai first tu cakap cantik untuk amik gambar. Kawasan ni memang cuma padang yang luas. Memang banyak sangat bas pelancong turun kat sini.
Sampai dah kat Kinabalu Park. Kat sini kena bayar entrance fee RM3.00 sorang. Actually fee tu sekali dengan fee untuk masuk hot spring dengan apa ntah lagi satu tapi dua-dua tu kitaorang tak pegi sebab tak cukup masa. Kat dalam Kinabalu Park ni tak ada apa pun. Ada pokok-pokok jelah. Dapat tengok suasana yang tenang je. Dan kalau nak naik gunung Kinabalu pun memang dari sini le. Aku ambik gambar jelah. Nak naik jangan harap le kot. Jalan nak pegi betul-betul ke entrance nak naik gunung tu sangat le kecik dan menakutkan. Isk.. seram betul aku rasa.
Keluar je dari Kinabalu Park kitaorang terus pegi Pekan Kundasang nak cari lunch dan solat sekali. Sampai je kat Pekan Kundasang serius aku terkejut.. macam ni je ke pekan dia. Nak makan kat mana pun tak tahu dibuatnya. Hari kitaorang pegi tu hari Jumaat so atas bukit tu nampak le ada masjid. So kena le tunggu orang abis solat Jumaat dulu kalau nak solat pun. Sementara tunggu tu, nak pegi le lunch dulu. Pusing-pusing pekan kecik dia yang ada dua row kedai tu je (rasa macam lebih kurang pekan Bota je besarnya) nampak le ada KFC. Wah canggih jugak pekan ni. Buruk-buruk gitu pun ada KFC, ada bank. Last-last decide makan KFC jelah. Confirm sedap dan halal. Lepas makan nak cari tempat solat pulak. Naik le ke masjid tadi tu tapi bila naik macam tengah construction. Takut pulak nak masuk. End up aku cakap kat Dahlan kita solat tempat lain le.