Monday, October 21, 2013

Batrisyia 3rd Birthday

Hari ni Batrisyia genap 3 tahun. Besar dah anak dara sorang ni tapi tek tetap tak lepas. Huhu... Weekend memang tengah potty training. So far boleh kata berjaya. Ada sekali terbabas masa tu dia tidur. Hihi.. 

Kitaorang celebrate kat Secret Recipe je. Dinner biasa dan beli dia satu slice cake kegemaran dia. Apa lagi kalau bukan Chocolate Indulgence. Hari Ahad ni ada kenduri kesyukuran sempena hutang aku habis. Pastu tumpang le sekali birthday dia. Pasal tu le hari ni celebrate kecik-kecik je hari ni.

 Makan jagung pun nak buat muka gedik macam ni..

 
 Ngada-ngada betul le dia ambik gambar sekarang.


Layan video nyanyi happy birthday pulak. Yang pasti kecik dah pandai tiup lilin sampai padam. Bravo.. bravo.. hahahaha..
 

Happy 3rd birthday sayang mak.. semoga jadi anak yang solehah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan belajar rajin-rajin sampai jadi doktor yer..