Monday, May 12, 2014

Melaka Trip 2014 - Day 3

Day 3 - Melaka Trip. Pagi ni kemain awal Batrisyia bangun sebab semalam dia tak bangun makan. Pagi ni dia makan banyak jugak. Serius aku puji hotel ni selain breakfast dia ada macam-macam  jenis pilihan, dorang tak repeat menu yang sama. Menu pun bertukar-tukar. Baru le tak bosan kan.




Lama kitaorang breakfast hari ni sampai tutup le. Lepas tu melepak amik gambar sekeliling hotel dari tingkat 20 ni. Boleh nampak Dataran Pahlawan dengan jelasnya.  Balik ke bilik, Dahlan dengan Batrisyia pegi mandi pool lagi. Aku tak pegi sebab sibuk kemas-kemas barang.

Pukul 12 check out. Kitaorang terus pegi Pantai Klebang nak pegi ke muzium Kapal Selam. Sampai kat sana agak blur sikit kat mana letaknya muzium ni. Rupanya jauh ke dalam lagi. Dalam GPS tak ada tunjuk.

Jalan nak masuk ke kawasan muzium ni agak teruk sikit. Pelik kenapa le tak tar elok-elok. Kan nak jadikan tempat pelancongan.


Dah sampai ke dalam, ada gate tertutup. Aku cuak jugak pehal pulak tutup ni. Kata bukak hari Isnin. Amik jelah gambar dari luar ni. Sekali baru perasan yang belah sana tu ada pintu boleh masuk park kereta kat dalam.

Nak masuk ke muzium ni kena bayar RM1.00 untuk dewasa. Kanak-kanak percuma. Murah bebenor yer tiketnya. 


Masuk je dalam kapal selam ni aku terkejut betul. Sempit yang amat. Pastu penuh dengan mesin. Eee... camana yer dorang boleh kerja dalam keadaan camni. Untuk crew ada tempat tidur macam pangkin bertingkat. Kecik sangat tempat tidur dia. So sapa-sapa nak keja dalam ni memang kena saiz comel-comel je. 


Kat bawah kapal selam ni, ada tayangan video camana kapal selam ni dibawa ke Melaka ni. Punya le susah proses nak membawaknya. Jadi sesiapa yang datang Melaka ni hargai le sikit pegi tengok kapal selam ni. RM1.00 je bayarannya. 

Balik dari muzium singgah minum Coconut Shake yang mabeles tu. Sedap sangat. Aku siap tapau lagi. Makan nasi lemak jugak dan kuih-kuih. Lepas tu terus balik PJ. Sekian saja cerita short vacation ke Melaka untuk tahun 2014. Vacation seterusnya ke Bali bulan August. Nasib esok cuti.. lega..