Friday, August 28, 2015

Padang / Bukittinggi Trip Day 3 - Part 2

Dari Lobang Jepang, itinerary hari ini memang akan terus gerak dari Bukittinggi. Tapi sebelum tu singgah beli kerepek dekat Ummi Aufa Hakim. Tak ada gambar dekat sini sebab aku excited sangat gamaknya tengok banyak kerepek. Banyak kerepek ada tester. Boleh cuba sebelum beli. Macam-macam jenis kerepek ada termasuk le kerepek kulit lembu. Yang tu tak tergamak rasa nak try. Hihihi.. At last beli jugak le kerepek berlado dan few kerepek lain. Dahlan nak rendang minang so beli jugak sini. Total belanja semua termasuk untuk office IDR185,000 (RM55.50) Tapikan tapikan.. jujur cakap kerepek berlado sini tak ada le sedap mana. Kat Malaysia pun berlambak kerepek macam tu yang lagi sedap. So kalau tak nak beli pun tak apa sebenarnya.


Dah habis membeli belah, kitaorang meneruskan perjalanan lagi. Tengah-tengah jalan tu tetiba nampak macam jam sangat. Ingatkan apa menda rupanya ada majlis perkahwinan. Wah.. majlis perkahwinan hari kerja.. hari Isnin. Lepas tu ada le nampak menda macam ni. Rupanya bila ada majlis perkahwinan, memang akan ada pembesar ke sapa-sapa bagi macam congratulatory board dekat pasangan pengantin.

Kalau semalam kitaorang macam pegi belah kanan Bukittinggi kan.. hari ini kitaorang akan meneroka sebelah kiri pulak. Perjalanan belah sini lebih menarik daripada perjalanan Kelok 44 semalam. Jalannya lebih lebar dan pemandangannya lebih menarik. Ada banyak sawah-sawah padi menghijau.. aduh.. segar mata tengok view macam ni
  
Tengah jalan-jalan tu aku nampak banyak gerai-gerak jual limau yang aku suka tu. Aku pun mintak le Pak Unchu berenti sebab aku nak beli. Walaupun gerainya banyak, Pak Unchu pilih jugak nak bagi kitaorang membeli. Dia suruh beli yang besar-besar. Yang besar-besar tu harganya IDR20,000 (RM6.00) sekilo. Rasa macam nak beli berkilo-kilo tapi karang terlebih muatan pulak jadi aku suruh Dahlan beli 1.5kg je. Total harga IDR30,000 (RM9.00)



Dah sampai destinasi kedua hari ni. Rumah Kopi Kiniko Tabek Patah. Tempat ni lebih kurang macam perusahaan kopi le. Tapi best sebab pemandangan dia sangat menarik dan boleh minum kopi percuma


Ni le tempat nak minum kopi percuma tu. Kena bancuh sendiri yang mana percuma tu. Kopi O je. Kalau nak yang fancy-fancy kena beli le. Sini pun boleh order makan kalau nak tapi kitaorang tak ada le nak makan bagai. Duduk melepak kejap je. Dahlan sorang je minum kopi. Aku tak minum kopi-kopi kampung ni. Aku minum Starbucks je. Muhahahahaha..


Pak Unchu dok minum kopi, aku dengan Dahlan posing dulu kat luarnya sebab cantik sangat-sangat tempat ni.  Batrisyia tak nak melayan aku posing. Dia duduk dengan Pak Unchu dekat tempat minum kopi sambil main burung. Oh lupa nak cerita. Selain dari boleh minum kopi percuma, dorang bagi pisang salai percuma jugak. Pisang salai kat sini.. sedap giler... rugi beli sikit.

Masuk-masuk je dalam tempat ni sebenarnya akan lalu area ni dulu baru le sampai tempat minum kopi free tu dan lepas tu baru ada open area tempat aku posing tu. So sebelum balik, harus le membeli belah lagi disini. Kitaorang beli pisang salai 2 paket je.  Rugi kan.. tulah.. masa kat situ rasa macam dah cukup le sebab dah beli kat Ummi Aufa jugak. Tapi yang dekat sini sedap betul dari Ummi Aufa. Jadi ingat.. kalau nak beli pisang salai beli kat sini. Harga pisang salai tu IDR13,000 (RM3.90) sepeket.  

Lepas beli belah tu, aku singgah pegi toilet kejap dekat depan tempat ni. Toilet dorang kat sini kan rendah yang teramat-amat. Lepas tu tak ada flush.. huhuhu..



Lunch hari ni di Rumah Makan Pondok Flora. Tempat ni memang popular lah. Sesapa pelancong mesti akan makan dekat sini even bapak citer dulu dia pegi pun makan dekat sini jugak. 




Rumah makan ni unik sebab didirikan dekat sawah padi. View macam biasa, cantik sangat. Ada kolam ikan, sawah padi. Fuh.. nyaman betul. Tak payah aircond pun tak apa. Dekat rumah makan ni ada banyak sangat binatang-binatang yang menyambut kitaorang. Monyet, burung hantu etc..

 
Batrisyia dengan monyet. Suruh amik gambar dekat-dekat sini tak nak dia. 

Dengan burung hantu helang. No worry. Semua haiwan ni kena ikat. 

Dengan burung hantu pulak. Jangan pelik kenapa gambar ni macam ni. Kitaorang pose tu Pak Unchu yang amik gambar.  Dahlan pulak candid dari side lain

Konsep makan dekat sini.. sama jelah. Nama pun Padang.. nasi padang le. Kali ni kami pilih ikan bakar dan ada daging dendeng. Kat sini jugak ada serve sate Padang. Aku cuba jugak sate Padang kat sini. Total cost makan kat sini IDR140,000 (RM42.00). Kedai nasi padang yang paling mahal kitaorang makan. Tapi banyak pun kitaorang makan hari ni. Dengan sate lagi. Ok sangat le tu tak sampai RM50.00




Ada kolam ikan sebelah meja kitaorang. Batrisyia punya le seronok dapat bagi ikan makan. Sampai dia nak amik menda yang tak berusik nak bagi ikan-ikan tu makan. Aku cakap jangan mengada-mengada. Bagi yang sisa tu dah. Dekat hujung sana tu ada angsa pulak dan ada lagi sekor monyet. Tapi monyet tu aktif sangat. Tak macam monyet yang display dalam kedai. Agaknya belum jinak sangat sebab tu letak dekat luar. Lepas makan, kitaorang solat Jamak kat sini. Sekali Batrisyia nak melepas le pulak. Macam-macam le Batrisyia ni.