Friday, September 30, 2016

Summary Cerita Melbourne Trip

Alhamdulillah.. sudah kembali ke rumah dengan selamatnya. Mendarat di KLIA2 pukul 6.15 pagi tadi. Very smooth landing. Kapal terbang beso kot. Lain rasanya dengan AK flight. 

Trip boleh kata agak berjalan lancar cuma hari pertama di Melbourne dan semalam (hari last) agak tak mengikut jadual. Hari pertama baru sampai. Penat sangat dalam flight 8 jam. Pertama kali selama tu dalam flight. Semalam agaknya dah terlalu penat 5 hari jalan non stop. Nak ikut semua itinerary tak berkesempatan. 

Selain daripada itu, ada pertukaran itinerary jugak sebab Melbourne Australia Tours yang mintak tukar. Tapi tukar tak percuma. Dapat diskaun. Of course grab. Mula-mula sehari sebelum bertolak tu dia mintak tukar Great Ocean Road Tour (GOR) dari hari Isnin yang kami book ke hari Ahad. Agak menganggu jadual sebab aku dah siap budget untuk myki cuma AUD6.00 pada hari Ahad berbanding myki AUD7.80 hari Isnin. Tapi offer MAT lebih mengujakan. Dia bagi AUD75.00 untuk adult instead of AUD80.00 (harga like facebook page) dan AUD65.00 untuk child instead of AUD75.00. So total untuk GOR tour jadi AUD215.00 sahaja instead of AUD235.00. Jimat AUD16.40 lepas tolak myki yang kena top up tu

Tup tup sampai sana, dia suruh tukar pulak Philips Island Tour daripada hari Rabu ke hari Selasa. Wah.. memang kacau banyak itinerary ni sebab hari Rabu, Queen Victoria Market tak bukak. So aku kena susun balik itinerary aku. QVM aku pegi pagi Selasa sebelum ke Philips Island Tour sebab tour yang ni pun start lewat. Pukul 11.30am baru dia akan amik kitaorang. Jadi sempat sangat-sangat le nak ke QVM pagi tu. Harga pulak untuk dewasa daripada AUD92.00 (free pizza dinner) dapat AUD90.00 sahaja. Cuma untuk child sahaja yang lain. Suppose AUD73.00 (free pizza dinner) tapi tetiba jadi AUD75.00. Tapi still murah in total sebab dia setuju bagi free pizza dinner. In total kena bayar AUD255.00 instead of AUD257.00. Jadi total dua-dua tour yang aku amik ni cuma perlu bayar AUD470.00 sahaja. Padahal harga asal tanpa diskaun semua AUD513.00. Banyak oo jimat. Nasib tak amik yang Matta Fair punya.

Tukaran RM ke AUD aku dapat dua rate. Mula-mula beli dapat AUD1 = RM2.98. Ikut aku aku nak beli dah semua sebab aku rasa dah ok dah rate tu. Si Dahlan ni le racun-racun aku cakap nanti dapat 2.85 camana. Memang tau. So aku decide tukar AUD1,000 sahaja. Sekali AUD currency rate naik tak turun-turun. Ada satu kali tu dapat rate 2.98 jugak tapi tak tahu le kenapa si Dahlan tak nak beli. So naik balik. End up sampai seminggu sebelum bertolak, aku decide beli je. Kalau lepas ni naik ke turun ke biar jelah. Sebab aku perlukan AUD1,100.00 untuk belanja, aku paksa Dahlan jual AUD100 yang dia dah beli sama dengan aku tu pada aku. Tak kira. Sepatutnya dia kena tanggung kerugian aku semua tau. Lagi AUD1,500.00 untuk tour, transport, entrance fee dan makan tukaran dia adalah AUD1 = RM3.115. Lepas daripada aku beli tu, serius naik mencanak-canak tak turun dah. Sekarang rate beli AUD1 = RM3.16. Fuh.. gila betul

Ok. Sekarang nak kira total expense baru. Pastu baru nak start cerita trip ni. Banyak nak kena tulis ni cepat-cepat. Nanti lupa.