Friday, December 30, 2016

Hari Orientasi Batrisyia

Tahun 2017, Batrisyia akan masuk umur 7 tahun. Dah masuk tahun satu dah anak aku. Besar dah kamu ye anak. Teringat hari kamu lahir kecik je. Nak bagi susu first time tak reti. Melalak-lalak menangis lapar sebab tak reti minum susu. Kelakar. Tup-tup dah masuk tahun satu dah.

Hari ni hari orientasi budak ni. Aku dan Dahlan sama-sama amik cuti sebab takkan nak lepaskan moment penting dalam hidup dia. Pagi-pagi dah bangun dan breakfast. Muka mengantuk dia.. aduhai budak ni. Camana nak pegi sekolah betul-betul minggu depan ni.

Sampai sekolah sebelum pukul 8.20 pagi. Orientasi start pukul 8.30 pagi. Rambut serabai sempat tidur dalam kereta padahal dekat je rumah dengan sekolah. Mula-mula kitaorang semua pegi dewan. Tengok list nama dia dekat kelas mana, pastu beratur amik file etc. 

Duduk dalam dewan kejap, pastu budak-budak ni kena beratur pegi ke kelas untuk amik test nak tentukan dorang ni duduk kelas mana dan boleh amik DLP atau tidak. Tahun Batrisyia ada pilihan nak amik Maths dan Sains dalam English atau dalam BM tapi tetap ditentukan dengan test ni nanti.

Sebab nama dia huruf B, test dalam kelas Neptune. Masa dorang test parents semua kena duduk dalam dewan dengar taklimat daripada cikgu-cikgu pasal Linus le, pasal displin le dan macam-macam lagi. Aku je yang sibuk dengar kot. Dahlan tak ada dengar pun. Habis dorang test, parents boleh bayar yuran PIBG dan boleh order baju sukan, name tag etc daripada cikgu. Masa aku sibuk nak membayar itu ini, masa ni le Batrisyia buat hal. Dia nampak Haidatul, kawan dia kat LC masa test tapi tak sempat nak tegur. Pastu dia ajak aku cari Haidatul. Masa ni Haidatul dah balik dah. Dok menangis-nangis sampai duduk atas lantai. Eee.. memalukan betul budak ni.


Petang, lepas Dahlan solat Jumaat bawak Batrisyia main kat Atria. Itu je cerita hari orientasi hari ni.