Saturday, August 26, 2017

Muzium Trip 2017

Sempena pembukaan SBK MRT sepenuhnya 17 Julai 2017 hari tu, PM announce tambang MRT ada diskaun 50% bermula dari tarikh tu sampai le 31 Ogos 2017 ni. Jadi memandangkan dah nak habis promo 50% tu rugi le kalau tak cuba-cuba naik sampai station Kajang kan.

Kitaorang pun decide minggu ni nak pergi jalan-jalan naik MRT. Mula-mula plan nak naik bas ke MRT station tapi fikir-fikir balik karang buatnya balik lambat, bas pun dah tak ada satu hal pulak nak naik grab car. Sudahnya kami parking saja kereta di stesen Phileo Damansara. Hari Sabtu, tak berani nak parking kat TTDI area Naelofar. Kang kena saman naya je. Parking kat MRT Phileo Damansara ni cuma RM4.30 je sehari dengan syarat kena naik MRT le. Kira Park n Ride concept le. Kalau park je tapi tak naik MRT aku tak pasti berapa chargenya.

Mula-mula sekali kami turun di station Muzium Negara. Tapi plan nya nak pegi Nu Sentral dulu makan-makan. First time turun sini jauh juga nak jalan ke KL Sentral cuma tak terasa sebab dalam building. Aku kan hari-hari naik MRT kan.. aku selalu confuse dengan istilah stesen sambungan dan stesen tukaran. Dulu aku ingatkan, kalau stesen sambungan tu kena touch keluar pastu naik plak line lain touch balik. Dan kalau stesen tukaran tak payah touch boleh tukar line. Macam naik line Kelana Jaya pastu tukar line Ampang kat Masjid Jamek tu. Tapi bila kat station Muzium Negara ni pun dia panggil stesen tukaran dengan KTM dan KJ lain. Pelik sungguh.. At last baru aku paham. Yang tukaran tu asalkan tak keluar bangunan pun dikira tukaran. Touch in out berpuluh kali pun kira tukaran juga sebab tak keluar bangunan. Gitu le istilahnya.. pening kan


Ni le tujuan datang Nu Sentral. Sebab nak makan 4Fingers. Sejak dua menjak try 4Fingers ni, aku rasa KFC tu dah tak ada tempat dah dalam list. Hahahaha.. kome yang belum try sila le try. Sedap gila tau ayam ni. Harga boleh tahan. Tak murah sangat dan tak ada le mahal bebenor. Tapi untuk range fastfood consider mahal le juga. Kali ni kitaorang try order set nasi. Kesimpulan aku cakap nasi dia biasa-biasa je. So lenkali jangan order nasi. Order Kimci Fries lagi yummy.

Lepas makan, Dahlan ajak tengok keretapi China yang dipamerkan di KL Sentral. Bila pegi dah tak ada le pulak keretapi tu. So kitaorang pegi pulak tengok keretapi dari Korea. Kat sini ada le satu mesin tu boleh amik gambar kita dan tulis apa-apa pastu kuar gambarnya. Ramai orang buat dan tampal tapi kitaorang bawak balik. Ada juga show teater 4D tapi kena book. So kitaorang book le pukul 6.30pm punya slot.


Lepas tu, kitaorang pegi balik ke MRT Muzium Negara. Solat Zohor dan pastu pegi ke Muzium Negara. Aku tak ingat aku pernah sampai ke tak pernah ke Muzium Negara ni sebenarnya. Bayaran masuk untuk warganegara RM2.00 je. Kanak-kanak bawah 12 tahun FOC. Kalau masuk pukul 5.00 petang pun FOC juga. Tapi dapat tengok apa sejam je kan.


Ada bas mini dalam ni. Teringat zaman dulu-dulu tengok Wan Chu Ma kat SSP naik bas mini no 12 sampai The Mall. Bayar 60 sen je tapi journeynya jauh nak mampos. Berbaloi kan. Lagi satu yang best pasal bas mini ni dulu, kalau dah terlepas satu bas tak risau langsung sebab tak sampai 5 minit, mesti ada bas baru datang. Cuma tak bestnya bas mini ni suka rempit. Kalau duduk dalam bas tu kalau tak pegang elok-elok boleh tercampak bila dorang corner.. hahaha..



Kebetulan sekarang ni sukan SEA so ada pameran sempena sukan SEA sebelah bawah. Best kat sini boleh tengok macam-macam sejarah sukan SEA.

Bila dah nak tutup, baru le tak ada orang kat tangga ni. Tadi masa datang susah gila nak ambil gambar kat sini.




Habis Muzium Tour, cepat-cepat pegi MRT Muzium Negara balik. Solat Asar pastu kitaorang terus pegi naik keretapi 4D yang di book tadi. Nampak tak dia cakap maximum boleh try menda ni 85kg je. Mujur dia tak ada penimbang. Kalau tidak tak tahu le lepas ke idak. Hahaha.. Sekejap je naik menda ni. Dalam 5-10 minit show je. Kena pakai spek 3D tu. Pastu naik le keretapi. Dorang buat dialog cakap BM.

Suka benar Batrisyia dengan RIMAU ni. Ni le maskot Sukan Sea tahun ni. Comelkan. Kat Pavilion lagi comel. Dorang letak 1000 ekor patung RIMAU kecik-kecik kat depan entrance tu. Batrisyia suka bebenor dengan patung RIMAU tu. Lepas tengok show, kitaorang balik ke stesen MRT, solat Maghrib, pastu terus naik MRT ke Kajang. Jauh gila journey dari Muzium Negara ke Kajang. Lebih sejam. Dah le MRT penuh. Kitaorang singgah station Stadium Kajang. Plan nak dinner sate Kajang tapi orang ramai gila. So tak jadi. Naik MRT balik ke arah stesen last Kajang, pastu patah balik ke Phileo Damansara. Sampai Phileo ajak Dahlan dinner kat Uptown sudahnya. Itu saja trip kami ke Muzium Negara tahun ni.