Saturday, April 21, 2012

Camana nak hantar susu ke nursery

Update



Dah amik gambar dah. Camni le cara nak rendam susu tu malam sebelum nak hantar susu ke taska. Rendam dalam air dan letak ke dalam fridge. Esoknya susu tu sure mencair semulajadi perlahan-lahan.




Esoknya letak le susu siap-siap dalam botol sebanyak mana anak kita nak minum satu kali. Bubuh label siap-siap supaya pengasuh kita tahu mana nak bagi dulu. Tak payah nak pesan-pesan mana susu baru mana susu frozen yang nak kena abiskan dulu.
 _______________________________________________________________

Alhamdulillah.. hari ni genap umur Batrisyia 18 bulan. Dan genap jugak le aku menyusukan Batrisyia secara exclusive selama 18 bulan. Tak ada campur tau. Hihi.. Sempena hari ni aku nak buat satu entry special berkenaan penyusuan kot-kot le ada kengkawan aku mencari camana nak hantar susu ke pengasuh dah jenuh google tapi haram tak jumpa camana caranya. Cita Singapore kita postponed dulu yer. Sebab cita ni aku memang dah berhajat nak tulis lama dah.

Dulu masa aku tengah jahil pasal penyusuan susu ibu sepanjang pantang aku jenuh blog walking cari camana le cara aku nak hantar bekalan kat nursery. Berapa banyak nak hantar etc. Ada yang tulis camni ada yang tulis camtu sampai aku pening mana satu nak ikut. Alhamdulillah aku jumpa blog Ayu yang membolehkan aku berkenalan dengan dia. Sikit banyak dia dapat membantu terutama bila dia cadangkan aku pegi ke Moms Little One PJ. Masa tu ada lagi MLO PJ. Kat sana aku jumpa Kak Ajui dan Aishah. Pun syukur sangat-sangat. Dengan dorang segala macam menda yang aku musykil semua terjawab. So nasihat aku, pada sapa-sapa yang ada masalah penyusuan seeloknya pegi le jumpa pakar laktasi. Sila jangan tanya kawan-kawan je sebab pendapat kawan lain-lain. Ada yang boleh pakai ada yang tak boleh. Doktor pun tak digalakkan sangat sebab ada doktor yang tak pro bf. Pakar laktasi adalah orang terbaik yang korang kena jumpa sebab dia ada jawapan untuk segala pertanyaan kita. Ok balik pada tajuk asal. Ni aku nak cerita dari apa yang aku dapat le dari pakar laktasi yang aku jumpa.


Berapa banyak EBM yang nak hantar ke pengasuh
Cara dia camni. Pada hari Sabtu/Ahad, letak sikit dulu EBM dalam satu botol. Dulu aku buat 50ml je sekali minum. Last bagi baby direct feeding pukul 7.00 pagi katakan. Sebab time tu kita hantar dia ke pengasuh. Lepas tu jangan bagi dah sampai time kita amik dia kelak. So kata le baby dah lapar pukul 9.00 pagi. Bagi dia menyusu 50ml tu dulu. Biasa 50ml dia boleh habiskan. Lepas tu tengok cukup tak baby bertahan 2 jam untuk next feeding. Kalau dalam sejam dia dah nangis nak susu so maksudnya tak cukup. Tambah sikit lagi maybe dalam 60ml (2oz). Terpulang pada budi bicara kita. So try lagi. Kalau cukup 2 jam dia bertahan untuk next feeding kira dah ok. Kalau tak tambah lagi. Lepas tu calculate berapa botol yang cukup untuk dia sampai petang.

Macam Batrisyia aku bekalkan dia 7 botol x 60ml susu seharian. Actually Batrisyia cuma minum 6 botol je tapi sahaja aku spare lagi sebotol tu kot aku balik lambat pulak. Biasanya susu yang ketujuh tu memang bawak balik rumah je.


Camana cara nak hantar EBM ke pengasuh


Ok ni cara aku le dan aku rasa kebanyakan orang pun buat cara camni. Elok campurkan susu tu. Susu baru diperah dan susu beku yang dicairkan. Macam aku, aku bagi pengasuh 7 botol susu yang dah dicairkan kecik-kecik (brand Mom Little Ones) siap ada puting dan penutup setiap satu botol. Kat penutup tu aku buh siap-siap number 1-7. So biasanya susunan susu tu aku buat macam ni.

1) Susu baru
2) Susu beku dicairkan
3) Susu baru
4) Susu beku dicairkan
5) Susu baru
6) Susu beku dicairkan
7) Susu baru

Aku buat selang-selang macam ni. So dia dapat balance 3 botol susu baru dan 3 botol susu beku yang dicairkan. Susu no 7 biasa dia tak minum aku bekukan bila dah balik rumah.

Setiap botol tu aku dah siap-siap bubuh 60ml dah semua dan dah siap cair bagi susu beku. Puting pun dah bubuh siap. Tinggal dorang nak amik dari cooler bag dan panaskan je. Aku tak suka bagi pengasuh susu beku belum cair sebab tak tahu camana cara dorang cairkan. Kalau kita cairkan sendiri kita tahu apa kita buat. Lepas tu aku bagi botol dan puting 7 biji sebab aku tak nak dorang basuh botol aku. Ntah camana gamaknya dorang basuh. Biar aku basuh sendiri aku tahu apa aku buat. Aku cuma pesan lepas habis menyusu just jirus air paip dan masuk balik dalam cooler bag.


Camana cara nak cairkan susu bekuMalam sebelum tu kira-kira dalam pukul 10.00 malam keluarkan berapa banyak yang cukup je untuk bekalan esok. Pastu rendam dalam bekas yang ada air paip dan letak balik dalam peti ais bahagian bawah. Insyallah nanti susu tu akan cair perlahan-lahan. Esok paginya baru transfer siap-siap dalam botol yang dah siap ada puting dan bernombor sebanyak yang diperlukan untuk sekali penyusuan. Kadang-kadang walaupun dah rendam semalaman dalam air paip susu tu tetap tak mau cair so korang lalukan susu tu bawah air paip. Nanti cair le dia.


Extra tipsWalaupun rumah pengasuh atau nursery anak ada peti sejuk sebaiknya tak payah le tumpang peti sejuk deme. So beli le cooler bag yang elok dan boleh tahan lama. Contohnya macam cooler bag dan ice packs Moms Little Ones boleh bertahan selama 16 jam. So tak payah nak transfer susu kita ke peti sejuk orang. Biar je dalam cooler bag tu sampai balik. Susu kita pun tak ada le tercemar dengan campuran makanan lain yang ada dalam peti sejuk deme tu kan. Brand lain aku tak pasti kena check le berapa lama cooler bag tu bertahan.

P/S Entry ni tak ada gambar sebab aku malas nak tangkap gambar. Nanti le bila aku rajin aku amik gambar aku tepek sebagai update.