10 November 2007 - Family Day Lembah Sari, Ratus Bayan, Impian, Kesturi, Ekovest, Pembinaan Abd Hamid dan Pembinaan Sahabat Jaya yang di adakan di A'Famosa Resort, Melaka. Family day ni dipanggil "7 Wonders" sebab ada 7 company yang join tapi semua pun ada kena mengena dengan Dato' le. Sapa-sapa yang naik bas kena tunggu kat Rohas Perkasa termasuk le aku. Aku dengan Ely awal pagi dah bangun dan kitaorang dah naik cab pukul 6.45. Pukul 7.05 dah sampai depan Rohas dah. Memandangkan awal sangat kitaorang pun pegi le melantak dulu kat kedai mamak kat Lorong Perak tu. Pukul 7.30 tengok-tengok.. haram sapa pun ada. Tengok le picture ni. Ely sorang je sebab aku dah ambik gambar camana nak masuk dalam gambar. Hehehehe... Tapi Gurvir cakap dia dah sampai pukul 7 cuma dia naik office dulu sebab nak buat "keja pagi" yang memang wajib dia buat hari-hari.

Pukul 7.30 aku dengan Wan Chu Ma je yang ada kat depan Rohas. Gurvir pun sampai awal tapi naik ofis kejap. Hari Sabtu pun keja ke Gurvir.
Tak lama lepas tu abang Izhar, driver Dato' datang dengan anak-anak dia tiga orang. Nurul, Ratus Bayan sampai pulak dengan mak dan adik dia. Lepas tu baru Kak Rad sampai dengan 3 orang anak dia. Pastu jenuh pulak menunggu Kak Aspa. Apa ni Kak Aspa. Organiser datang lambat. Janji 7.30 tapi pukul 8.00 baru Kak Aspa muncul dengan husband dan 4 orang anak dia. So dah ready le nak bertolak. Sekali baru sedar yang Herman tak ada. So apa lagi. Kitaorang pun start call Kartini. Kak Kartini pulak le yang call Herman.. Rupa-rupanya mamat tu dah ada dalam bas. Lorrr... yang borak-borak dengan Nurul tadi tu rupanya Herman le. Mana le kitaorang kenal. Ingatkan boyfriend Nurul. Sabar jelah. So pukul 8.10 baru le bas bertolak. kat highway Sg Besi menghala ke KL, jalan jam giler. Dengar kata ada perhimpunan haram sebab tu le polis buat road block. Nasib le belah kitaorang tak jam.
Dalam bas. Janji nak bagi Transnasional tapi ntah bas apa yang dorang bagi.. hampeh giler
Pukul 10.20 kitaorang dah sampai kat A'Famosa Resort. Hujan renyai-renyai pulak. Camana nak buat Telematch ni. Harap-harap kejap lagi cuaca dah ok. So sampai-sampai je agak kelam kabut sikit sebab orang A'Famosa lembab nak mampos bagi tiket makan, tiket masuk Safari, Water Wolrd etc kat kitaorang so kena le kitaorang delay sikit registration. Aku seperti biasa diaorang suruh jaga door gifts. Muka aku ni muka door gifts ke?? Door gift dapat trolley bag, tuala, payung, fordable bag dan mug. Tapi aku dah ambik awal-awal hari Rabu lepas sebab malas nak angkut sana sini.


12.30 - Makan tengahari delay sebab ramai yang sampai lambat. Diaorang kata kat KL memang jam teruk. Dalam jadual sepatutnya makan pukul 12.00. Memang dah kebulur habis ler. Food untuk lunch boleh le tahan. Agaknya sebab dah lapar sangat kot. Lepas lunch ada presentation pulak daripada 3 company iaitu En. Shaharuddin untuk Kesturi, Mr. Liew untuk Impiana dan Tuan Haji Rushdi untuk Lembah Sari. En. Shaharuddin buat presentation punya le lama. Orang kata 10 minit je dia pegi bantai buat sampai 1/2 jam. Semua orang dah dok bangun ambik makanan, ambik air sebab dah tak larat nak dengar dah. Budak-budak pulak semua dah start lari-lari dah. Pukul 3.00 baru le semua gerak pegi ke padang telematch kat Condo Field. Kitaorang yang datang dengan bas naik trak A'Famosa. Ngeri le naik benda tu. Rasa macam nak jatuh je. Dah le tak ada dinding. Lupa plak nak ambik gambar trak tu.
Makan time... Best sebab duduk semeja dengan Mr Benny dan wife yang suka berborak