Kalau orang lain mesti letak Father's Day atau Hari Bapa kan tapi disebabkan aku memang panggil bapa aku BAPAK, so entry ni kena ler bertajuk Hari Bapak 2009. Mula-mula kena wish dulu le kat bapak aku yang tercinta yang tak ada ganti dan tolok banding iaitu Tuan Haji Umar bin Uda Malik. Selamat Hari Bapa, Pak.. Semoga bapak diberi kesihatan berpanjangan dan diberkati Allah SWT.
My beloved bapakPada aku bapak memang "The Best Bapak" in the world. Kalau tak, takkan le arwah mak penah pesan kat aku, kalau nak cari suami cari ler yang ada ciri-ciri seperti bapak. Seingat aku le, bapak tak penah sekali pun jentik kitaorang. Cubit ke, pukul ke, piat telinga ke, semua bapak tak penah buat kat anak-anak dia. Tapi kitaorang semua memang respect sangat-sangat pada dia walaupun dia tak garang. Bapak tak pernah menghampakan apa saja permintaan kitaorang. Tu pasal masa kecik-kecik kalau nak duit belanja banyak mintak kat bapak. Kalau mintak kat mak dapat sikit. Hehehe... Pasal tanggungjawab bapak tak penah kurang bagi pada mak dan kitaorang. Bapak sanggup pegi hantar anak-anak dia ke mana-mana pun kalau nak belajar. Contohnya dulu bapak sanggup hantar Ely pegi tuisyen English kat Ipoh setiap minggu semata-mata nakkan dapat pelajaran yang terbaik. Bab makan pulak, bapak tak penah bagi kurang pada kitaorang. Tu pasal le anak-anak dia semua gemuk. Hehehe... Aku rasa ler peti ais kat rumah tu memang tak penah kosong. Bapak sentiasa je beli lauk pauk sampai kadang-kadang mak terpaksa cakap cukup le beli ikan. Sekarang aku pulak yang kena cakap kat bapak, bapak jangan beli apa-apa, peti ais tak muat. Sampai sekarang habit dia macam tu. Arwah mak penah cakap pada aku, bapak tak penah mintak satu sen pun duit dia. Dulu masa mak ada keta sendiri, minyak keta mak pun dia isikan sampai penuh setiap kali. Ada ke lelaki lain yang macam ni wujud lagi? Kalau aku nak cita pasal bapak tak tercerita kot kat sini tapi cukup le aku dan adik-beradik tahu kebaikan yang ada pada dia. No one can replace him.
Panjang pulak le intro aku pasal hari bapak ni. This year mula-mula aku, Nyah dan Ely plan nak makan-makan dengan bapak tapi disebabkan abang Majid balik so Nyah tak dapat join hari ni. Dia nak celebrate minggu lain pulak dengan bapak. Anyway tak kisah le kan sebab memang suppose hari bapak ni bukan celebrate sehari je. Memang patut tunjuk hari-hari we really care and love him. Tapi hari ni aku nak jugak celebrate walaupun dengan Ely je. Sebabkan Ely keja hari Ahad, so terpaksa le celebrate lepas dia habis keja. Kitaorang pilih dinner kat Paddington House Of Pancakes kat Mid Valley. Nasib baik bapak jenis tak kisah nak try apa-apa type of food pun. Kitaorang ambik masa lama jugak le nak buat pilihan sebab dah le menunya tebal nak mampos. Pastu ada pulak cerita macam-macam.
Aku nak share le benda yang memalukan sikit. Hehe.. Selama ni aku tak tahu pulak ada macam-macam jenis pancakes. Aku tahu pancakes ni memang jenis yang tebal-tebal tu yang biasa tengok omputih makan dalam tv tu. Aku tau tu je pancakes. Rupa-rupanya ada banyak type. Crepe pun salah satu type of pancakes jugak. Hehehe.. Bangang jugak aku ni rupanya. Lain-lain negara lain-lain rupa pancakesnya dan namanya jugak of course le lain. So kalau orang Melayu ni kiranya lempeng tu boleh consider as pancakes le kan. Hahaha...
Antara jenis-jenis pancakes ni Dollar Pancakes (macam pancakes selalu tengok dalam tv tu tapi kecik-kecik), yang macam aku selalu kata tu je jenis pancakes tu nama dia American Flapjacks kot. Isk ntah aku pun lupa. Tak sempat nak baca habis sebab dah nak balik dah masa tu. Next time aku pegi aku ambik gambar page by page supaya aku boleh baca kat rumah.


Pilih punya pilih last-last we all decided ambik dua je type yang savoury dan satu type sweet. Huh.. baru pilih type mana. Belum pilih jenis pancake lagi. First time kan mana le nak tahu. Jadi ini le pilihan aku dan Chu Ma. Bapak ikut je. Dia kata dia nak tengok menu tu pun tak nampak. Aku suh dia tengok gambar pun dia malas. Hahaha..

First pilihan kitaorang adalah pancake yang terkenal di Holland. Kiranya ni ala-ala Dutch Pancake le. Namanya ialah pennekoek. Nak sebutnya bukan pen-ne-ko-ek tau.. Sebutnya pan-ne-kook. Hahah.. Macam-macam. Jenuh aku dan Ely practice sebut. Macam lucah pun ada bunyinya. So yang ni Pennekoek San Francisco. Serve dengan dory fish, mashed patato, sos apa ntah masam-masam je rasanya macam tomato kot. Pastu dalam pennekoek tu pulak letak lettuce yang diracik. Sedap gak le. Bapak pun suka.

Dah abis makan yang tu kitaorang try pulak second pancake. Yang ni type pancake burger yang mana pancakenya type yang biasa kita tengok tu le. Selama ni aku ingat orang makan pancake ni dengan benda manis-manis je macam syrup ke, honey ke, whipped cream ke tak sangka pulak ada menu camni. Nama burger ni Grilled Chicken Burger. Ada hash brown dan ayam kat tengah-tengah. Pada aku le pancake ni cam tak berapa sedap je makan savoury. Ke sebab aku dah kenyang? Ntah le kan. Hahaha..
Seperti biasa walaupun rasa nak termuntah dah kekenyangan, tetap jugak nak order dessert. Aku plak paksa bapak rasa sesuap. Hahaha.. Yang ni pancake yang paling simple kat sini. Harga pun paling murah kot. Pennekoek with lemon, sugar and butter. Pastu dia bagi juga cinnamon syrup. Huh.. Sedap giler. Ada lagi satu tu lagi nampak sedap. Serve dengan peach, cinnamon dan aiskrim. Lain kali cuba le. Kali ni dah buntat giler so tak leh nak try yang tu dah. Overall aku rasa ok makan kat sini. Kena cuba le kan sesekali lain dari yang lain.