Tuesday, October 5, 2010

Baby Gifts


Baby belum lahir tapi aku dah dapat dah hadiah untuk new born. Hehehe.. macam biasa le orang yang bagi hadiah awal-awal ni dah semestinya Kak Yati le. Dah bagi hadiah bagi pulak duit lagi. Adoi.. pemurah betul Kak Yati ni. Naik segan aku dibuatnya. Anyway tima kasih banyak-banyak sebab bagi hadiah untuk baby aku. Moga bertambah murah le rezeki Kak Yati sekeluarga. Amin.


Hadiah kedua pulak aku dapat dari Tasya, anak bongsu Yong. Yong cita dia excited sangat nak tunggu baby kuar tu yang dia beli hadiah siap-siap. Dah le guna duit belanja sekolah dia. Terharu aku dengan susah payah budak ni. Tima kasih banyak-banyak jugak le. Murah rezeki orang-orang yang bagi ni seperti murah rezeki baby aku nanti. Insyallah..

Sunday, October 3, 2010

Raya & House Warming Ely

Hari ni Ely buat open house raya cum house warming kat rumah dia. Semua family belum pernah datang rumah dia lagi so dia buat le open house. Tapi khas untuk family je. Aku tak tahu nak bawak apa so sebabkan Nyah kata dia nak masak pulut kuning (house warming kena le ada pulut kuningkan) aku pun cakap le dengan Ely aku akan masak rendang ayam.

Gigih tu pagi-pagi Ahad dah bangun nak masak rendang. House warming dia start pukul 2.00 petang ke atas. Barang-barang masak rendang semua aku dah mintak Dahlan belikan kat pasar tani hari Khamis lepas so memang tinggal nak masak jelah.

Dah siap rendang ayam setelah di QC oleh Dahlan. Kenkonon suruh rasa je, tapi dibantainya makan berketul-ketul. Apa le Dahlan ni. Nak pegi open house pun makan siap-siap kat rumah.

Rumah Ely kat Taman Desa. Tak sesat pun pegi sebab Nyah penah duduk area ni. Sampai sana Yong dan anak-anak dia dah ada. Ely pegi amik dia pagi-pagi tadi. Kitaorang sampai sama time dengan adik Ikram. Menu Ely banyak jugak. Ada nasi minyak, ayam masak merah, dalca, jelatah, spaghetti, kuih-kuih dan macam-macam lagi le.

Lama jugak le lepak kat rumah Ely ni sambil makan tengok tv. Dia pun jemput sikit je orang sampai Wan pun dia lupa nak invite. Masa ambik gambar ni Nyah tak sampai lagi. Dia datang kejap sangat. Makan-makan terus je balik. Dahlan dah lama ajak aku balik tapi aku cakap aku nak tunggu pulut kuning baru nak balik. Ekekeke..

Saturday, October 2, 2010

Open house 2010

Tahun ni tak banyak pegi open house walaupun jemputan banyak. Minggu pertama lepas raya tu sibuk pegi forum pregnancy so semua jemputan minggu tu tak dapat pergi. Minggu lepas pulak kaki bengkak teruk dan sakit kat paha so memang tak larat nak pegi mana-mana pun open house. Minggu ni kaki tak berapa bengkak, tapi tetap le bengkak jugak so gagah jugak le pergi beraya. Tak syok pulak tak pegi mana-mana kan.

Petang tadi pegi rumah Adi (adik Dahlan) kat Shah Alam. Rumah dia udah le kat tingkat 4. Adoi.. jenuh memanjat tangga. Tapi tak pelah exercise sebelum nak bersalin ni. Kat rumah dia makan semua masak sendiri. Ada laksa dan lontong. Tak sempat nak snap pix pun sebab ramai jiran-jiran dia segan nak ambik gambar.

Balik dari rumah Adi dah pukul 5.30 petang. Lepas Asar je terus je gerak pegi Ampang. Konon pegi awal sebab tak tahu venue open house "kedai" Yusnita. Ekeke.. Lawak le minah ni. Orang nak serbu rumah dia, dia tak bagi datang dia boleh divert pegi kedai. Tapi bagus gak idea dia tu. Lain kali boleh buat macam ni jugak. Yus buat open house dia kat Satay Station. Walaupun dah keluar awal tetap jugak sampai dah pukul 7.45 pm sebab sesat dan jalan jammed teruk. Tapi still awal le masa kitaorang sampai cuma ada tuan rumah dan co organiser je.

Yang kelakarnya kat sini, macam-macam hal. Namanya Satay Station tapi tak boleh order satay. Ada limit. Mula-mula limit satu family 10 cucuk, lepas tu limit satu group 10 cucuk. Adoi.. lawak le restoran ni. Pe hal meniaga camtu ada limit-limit. Macam makan kat open house rumah PM plak ada limit satay berapa cucuk sorang. Yang organiser bengang sangat tu sebab hari sebelum dorang nak booked tapi owner kedai cakap tak payah book. Nanti walk in je sebab satay banyak. Alih-alih datang hampeh. Nasib le aku tak mengidam. Ekekeke.. tapi merasa jugak le 2 cucuk. Satay dia sedap. Rasa fresh tak macam satay Samuri yang rasa dah recycle 3-4 hari. Cuma kuah dia aku tak berapa suka. Mee rebus pun sedap. Aku bantai makan 2 mangkuk. Tapi mangkuk kedua share dengan Dahlan. Kacau daun je Dahlan ni. Dah le mangkuk pertama tu banyak taugeh so potong stim sikit. Baru nak menikmati mangkuk yang tak ada taugeh dia kacau daun pulak. Hehehe.. Anyway.. aku rasa ni le open house paling happening. Seronok walaupun buat kat kedai dan macam-macam hal.

P/S : Picture cilok dari FB abang Syam Fandi

Tuesday, September 21, 2010

35 Minggu 3 Hari

Picture from sini

Today macam biasa monthly check up. Eh.. sekarang tak boleh kata monthly dah sebab aku dah pegi check up 2 kali sebulan. Hari ni dah masuk 35 minggu 3 hari dah. So far doktor cakap baby dah ada di kedudukan yang betul. Alhamdulillah. Lega aku dengar. Tapi yang tak bestnya doktor cakap dia nak induce aku di minggu 38. Kira-kira ada 3 minggu lagi dari sekarang. Alahai takutnya rasa. Betulnya sama je. Takut jugak. Tapi bila dah tau date ni macam rasa takut dia lebih-lebih pulak. Kalau sakit natural tu lain le kan. Dah le nanti masa nak pasang IV line tu dalam keadaan yang tak sakit tak apa. Mesti sakit giler. Huwaa.. camana ni.. Anyway masa doktor scan baby, dia tengah aktif sangat. Susah nak ambik gambar dia. Tapi last-last dapat jugak le doktor ambik gambar dia. Aku tengok muka dia banyak rupa Dahlan je. Ok le sebab orang cakap kalau girl ikut muka bapak sejuk kan cuma tak ada le muka comel cam aku. Ekekeke....


Saturday, September 18, 2010

Healthy Mum, Healthy Child Forum

Hari ni aku dan Dahlan attend satu forum yang dianjurkan oleh Dutch Lady kat Boulevard Hotel, Mid Valley. Sepatutnya kena bayar RM20.00 se0rang atau RM25.00 per couple tapi sebabkan kitaorang register dengan Shary kat Columbia Hospital, kitaorang bayar RM15.00 per couple. Murah je. Harga hi-tea yang kitaorang dapat hari ni pun lagi mahal dari tu. Belum masuk free gift dan info yang dapat. Berbaloi-baloi le. Rugi tak attend forum macam ni dari awal-awal pregnant.

Forum start pukul 1.00pm tapi register start dari pukul 12.00pm. Kitaorang sampai dalam 12.15pm macam tu so awal lagi boleh le pilih seat yang best-best sikit. Pilih duduk depan-depan kot ada luck dapat lucky draw senang nak kuar ambik hadiah. Hehehe..

Ni le hadiah lucky drawnya. Boleh kata best-best jugak. Hadiah pertama storage cord blood. Pastu ada hadiah stroller dari Combi dengan My Dear. Lain-lain tu ada macam-macam hampers dari penaja-penaja.

Forum ni ada 4 topic dan 4 speaker. Mula-mula "Management of Labour & Birth" oleh Dr. Ng Kok Chong. Topik ni best dan sangat useful cuma tak bestnya sebab dia kejap cakap English kejap cakap cina. Pening aku dengar. Pastu laju pulak tu sampai tak terkejar cerita dia.

Forum kedua "A Picture Paints A Thousand Word" oleh Dr. Eric Lee Kim Hor. Masa forum ni start aku terlepas sikit 10 minit pertama sebab pegi semayang Zohor so tak berapa nak tahu best ke tak. Boleh le kot sebab dia cuma cerita pasal penyakit kanak-kanak, vaksin etc.

Forum ketiga "Alpha-Generation Kids - Are They Eating Right?" oleh Lim Ai Leng. Speaker ni ok le sebab dia macam energetic sikit. Topik pun ok jugak le.

Topik last "Pregnancy Nutrition" oleh Loo Mei Fong. Yang ni topik pun tak berapa best dan speaker pun bosan sikit. Nasib baik kejap je.

Last sekali sebelum balik baru ada lucky draw tapi kitaorang tak lucky. Tak menang apa-apa hadiah pun. Masa lepas forum kedua ada hi tea break. Banyak makanannya sampai tak termakan semua. Memang kenyang sampai malam. Sebelum balik kitaorang semua dapat goodies bag yang dalam tu ada macam-macam hadiah. Berbaloi sungguh. Kat atas ni picture hadiah yang dapat dari dalam goodies bag tu. Ada majalah, gripe water, sample diapers, vitamin, spenda pregnant, minyak telon dan macam-macam lagi. Tak larat nak sebut satu-satu. Enjoy le pegi forum macam ni. Lain kali kalau pregnant lagi nak sign up awal-awal forum macam ni le.

Wednesday, September 15, 2010

Hari Raya 2010

Ada le beberapa orang bertanya aku macamana rasanya tahun pertama beraya dengan suami. Jawapan aku biasa je. Tak ada le apa-apa benda yang luar biasa sangat. Cumanya selalu sebelum raya aku le orang pertama kat office ni yang dah bercuti raya tapi tahun ni sampai ke raya eve pun aku tak cuti.

Sebab utama aku tak beria-ria bercuti sebab tahun ni turn rumah Dahlan dulu. Betulnya aku nak amik cuti sehari sebelum raya sebab dari awal memang plan nak tolong MIL masak le kenkononnya. Tapi masa aku pegi buka puasa kat rumah MIL ritu, dia cakap dia tak masak dan dia sendiri tak cuti hari memasak. So pikir-pikir baik le tak payah amik. Kalau bos tak bagi half day baru le isi borang dan apply half day. So memandangkan bos dah bagi balik awal (bukan half day pun) so tak payah le apply cuti langsung.

Raya eve tu aku pergi jugak le rumah MIL. Hantar kuih raya, hantar ketupat dan serunding. Semua pun aku beli je. Tak larat nak masak-masak. Memang betul le apa yang mak mertua aku cakap ritu memang dia tak masak. Stail dorang lain kot. Kalau rumah aku dari pagi sampai le ke malam sibuk buat macam-macam. Kitaorang kan suka menyusahkan diri sendiri. Hehehe..

Malam tu Dahlan ajak aku berbuka kat luar je. Ceh.. penat je aku pakai baju kurung bagai ingatkan malam tu dah start nak raya-raya dah dengan MIL. Kitaorang berdua bukak puasa simple je. Beli air kotak, roti pastu bukak puasa dalam kereta kat parking lot masjid Subang sebab nak solat dulu pastu baru nak pegi tengok barang kat Carrefour Subang. Pertama kali le dalam sejarah hidup aku bertakbir raya pada malam raya kat masjid tu. Hehehe.. macam syok pulak rasanya..

Pagi raya awal-awal pagi masa orang pergi sembahyang raya aku suruh Dahlan drop aku kat kubur mak. So duduk le aku sensorang kat sana sampai le Dahlan abis semayang. Dah le hujan. Iskk.. macam-macam. Lepas tu baru le kitaorang pegi MIL. Mak mertua aku ada masak macam-macam jugak. Nasi briyani, ayam masak merah, dalca, ayam rendang, kuah lodeh pastu family adik ipar aku pun ada bawak macam-macam makanan so macam-macam jugak le jadinya makanan raya. Ooo macam tu rupanya stail dorang. Masak masing-masing kat rumah lepas tu bawak makan ramai-ramai. Dorang tak gotong royong masak macam family aku kat kampung.

Balik dari rumah mak mertua baru le kitaorang merayap-rayap pegi rumah Pak We. Petang baru pegi rumah Pak Nyah. Malam lepak je kat rumah sambil kemas-kemas barang nak balik Bota.

Raya kedua balik Bota. Raya kedua kat Bota dah tak berapa rasa beraya dah. Malam buat BBQ je. Raya ketiga kitaorang sibuk buat kenduri tahlil untuk arwah mak dan doa selamat untuk aku so sibuk le memasak dari pagi sampai le ke tengahari. Petang dah sibuk mengemas pulak. Raya keempat baru plan nak jalan-jalan dengan family Nyah tapi kereta dia buat hal pulak so kitaorang dapat jalan ke sebuah rumah je. Lepas tu lepak je kat rumah. Raya kelima dah nak balik ke PJ semula. Sampai PJ dah petang. Basuh baju dan kemas rumah je. Raya keenam aku dah kerja.. Huhu.. Tu le cita raya 2010 kali ni. Tak banyak berjalan raya. Tak kisah le sebab baju raya pun aku tak ada pasal tu agaknya tak ada mood nak amik gambar raya..

Jadi le ada gambar tengah BBQ ni kan. Dah le gambar candid muka tak mandi plak tu. Hehehe...

Monday, September 6, 2010

My beloved Bapak & Emak

Ni gambar bapak dan arwah mak aku masa muda-muda. Tahun 1962. Arwah mak baru umur 20 tahun. Bapak pulak umur 23 tahun. Tak sangka handsome sungguh bapak aku masa muda-muda. Patut le arwah mak selalu pesan suruh cari suami macam bapak. Ingatkan sebab baik dan bertanggungjawab je. Rupanya sebab hensem gak.. hehehehe..