Friday, August 29, 2014

Bali Trip - Part 2 (Eden Hotel)

Kerja memilih hotel di Bali bukanlah satu perkara yang mudah sebab hotel kat Bali ada baaaannnyyyyaakkk giler. Kat area Kuta ada ada beratus hotel dari yang tak ada bintang sampai le yang berbintang-bintang. Naik pening aku nak pilih hotel mana nak duduk. So kena le tetapkan kriteria kalau nak pilih hotel ni. Mula dengan nak area mana, nak budget berapa, nak fasiliti apa bla.. bla.. bla..

Setelah dicongak-congak sebab aku nak hotel dekat Kuta, hotel tu ada pool, hotel tu ada coffee maker dekat dengan pantai Kuta dimana boleh jalan kaki je ke Hard Rock Cafe ke mall etc dan paling penting harga tak lebih RM200.00 semalam termasuk tax. Kalau kurang lagi bagus. Maka aku akhirnya memilih Eden Hotel sebab hotel ni agak baru bina juga. Tahun 2013 so sure kelengkapan masih elokkan. 

Aku dapat harga hotel ni termasuk tax total RM590.69. Semalam tak sampai pun RM150.00. Best sungguh. Tapi aku tak amik breakfast sebab rata-rata kengkawan yang dah ke Bali cakap hotel dia punya breakfast pun sure tak halal. Ada serve pork. So daripada rugi boleh makan roti je tapi kena bayar extra RM30.00 semalam baik aku beli je roti kat mana-mana kedai. Sama je kan. Aku pun bawak cereal jugak untuk Batrisyia breakfast.

Lokasi Eden Hotel ni dengan airport alamak dekat yang teramat. Rasa cam tak berbaloi je bayar Pak Supir IDR50,000 untuk sejauh tu. Tapi termasuk dia menunggu semua kira ok le kan.


Open concept reception area. Kawasan depan hotel ni pun kecik je. Boleh masuk singgah drop orang macam tu je. Nak parking-parking memang tak boleh le. Masa check in nasib baik sekejap je. Dorang mintak deposit sebanyak IDR300,000

Kitaorang pilih bilik ditingkat atas. Kalau pool access harganya lebih mahal. Tak ada balkoni pulak tu. At least ni ada balkoni kurang-kurang boleh le sidai-sidai baju lembap lepas mandi pool kan.

Bilik Eden ni nak kata kecik sangat pun idak le nak kata besar lagi le tak. Cukup le untuk kitaorang melepak waktu malam je pun sebab siang-siang seharian keluarkan.

Bilik ni tak ada sofa tapi ada bench. Kecik je bench tu. Nak tidur tak muat tapi kalau badan besar Batrisyia muat sesangat le. Cuma tak best sebab bench tu bentuk cam gitu. Ntah hapa-hapa. Kenapa le tak buat tegak elok-elok. Beg kitaorang satu je letak atas bench. Satu lagi letak bawah dan aku kena unpack semua baju nak pakai sebab serius tak ada tempat nak letak beg.

Toilet ada shower room sahaja. Tapi ok bersih. Toiletries ada semua dari sabun ketul, shower gel, shampoo, berus gigi, sikat, cotton buds, facial cotton semua ada le. Complete. 


Ni pulak mini bar dia. Aduhai.. kecik yang amat. Dah le dia pegi supply sekneka mak nenek air dalam tu. Nak letak barang-barang sendiri pun susah. So Dahlan menggunakan kreativiti dia, bawak keluar satu para dan susun balik barang-barang dalam tu. Baru le muat nak bubuh susu kotak dan ubat Batrisyia. Huhu..


Hotel ni ada 2 unit. Unit 1 dan unit 2. Bentuk dia 4 segi semua balkoni dia menghadap kolam renang. Kalau unit 1, menghadap kolam renang kanak-kanak. Unit 2 adult swimming pool termasuk pool bar pun kat sini juga. Bilik kitaorang di unit 2, tingkat 3

Pemandangan dari bilik. Pool terselindung dek atap pool bar so tak nampak le orang pakai bikini tengah mandi. Kurang sikit dosa. Muhahahahaha..

Sebelahnya pulak ada aktiviti macam untuk main pool, main dart etc


Yang agak mengagumkan aku, hotel ni ada peninjuk arah kiblat. Alhamdulillah.. senang aku nak bersolat tak payah terkial-kial mencari arah kiblat. Balik KL, check rupanya CEO dia muslim patut le ada kiblat. Tapi tak tahu pulak hotel lain ada ke tak ada.


Ha nak tunjuk bentuk sabun buku hotel ni bagi. Cute kan bentk daun. Konsep hotel ni memang hijau, daun-daun, pokok-pokok gitu




Lif hotel touch screen. Canggih weh.. 

Pool budak. Aku tak sempat pun nak merasa swimming pool hotel ni. Kitaorang keluar pagi dan balik malam. Hari pertama sampai dah pukul 4.00 petang check in. Solat lepas tu terus keluar jalan-jalan sampai malam. Hari kelima baru le Dahlan dengan Batrisyia mandi kat pool. Aku tak ikut sebab sibuk packing barang.

Kat hotel ni ada kids club jugak. So kalau nak letak anak dekat kids club sementara mak bapak keluar merayap memang boleh sangat. Aktiviti kids club ni ada setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5 petang.


Hotel ni ada surau. Kan aku dah cakap CEO dia muslim. Surau kat tingkat paling atas di unit 1. Situ ada conference room jugak. Surau masih berkonsepkan hijau sampai telekung dan kain pelikat di sediakan pun hijau. Seperti biasa surau di Indonesia campur laki perempuan. Syukur le ada dari tak ada kan. Aku solat kat sini pun hari last je sebab masa tu dah check out dari bilik. Risau aku kat airport tak ada surau dan aku tak tahu sebenarnya airport dia ada surau ke tak ada.


Cafe jugak dia unit 1. Tingkat 1. Kitaorang pegi sini hari last jugak masa redeem welcome drink. Welcome ke menda kalau dah hari last. Aku tanya jugak kat reception cafe dia halal ke. Reception cakap halal. Sekali lepas minum, tanya pada waiter dia cakap masak-masak semua halal. Yang ada cuma pork bacon je sebelah lain waktu pagi. Cheh.. tak halal le namanya. Kalau darurat boleh le terima. Ni tak darurat. Ada pilihan makanan yang 100% halal, buat apa nak makan situ kan.

Bali Trip - Part 1 (Shopping)

Semalam baru balik dari Bali. Serius cakap hatiku tertinggal di Bali. Muhahahahaha... best sangat rasa nak pegi lagi dan lagi tu memang ada. Untuk part 1 ni just cerita barang-barang yang sempat di shopping di Bali. Tak ada banyak beli barang sebab Bali betulnya bukan le syurga membeli-belah sangat pada aku. Tapi depends jugak le. Orang yang minat barang-barang kraf atau baju untuk surfing etc banyak pilihan. Ok tipu jugak sebenarnya aku pun ada banyak jugak menda nak beli tapi ada beberapa kejadian menyebabkan sikit je benda yang aku beli. Balik serius menyesal.

Trip Bali ni aku cuma beli untuk aku sendiri rantai manik dua. Satu beli dekat Pasar Seni Sukawati, satu beli kat Tanah Lot. Aku beli untuk nyah jugak kat Tanah Lot. Tetiba aku whatsapp nyah dan Ely, dia nak pulak rantai manik. Hari last bila masa nak pegi shopping dah. Aku cari jugak dekat Kuta Town tapi kedai-kedai yang aku pegi dah tak banyak pilihan. So rembat jelah mana-mana yang kena dengan budget. Actually kalau nak beli rantai-rantai manik ni tak payah le beli dekat Pasar Seni Sukawati or Krishna or Kuta. Beli kat Tanah Lot murah. Aku mula-mula beli yang kaler hitam kat Pasar Seni Sukawati hari ketiga di Bali. Design sama dengan yang putih cuma kaler je berbeza. Penjual tu letak harga IDR35,000. Aku tawar kaw-kaw jugak sampai IDR15,000. Dah separuh harga kan. Takkan aku nak tawar lagi. So dapat. Sekali esoknya which was hari keempat di Bali, pegi Tanah Lot, harga letak je baru IDR15,000. Cis.. tertipu aku. Kat Tanah Lot ada kedai yang terus jual IDR10,000 tapi kedai tu semua harga pas maknanya tak boleh tawar dah. Huhu.. tak pelah rezeki orang tu. Cuma yang terkilan kenapa le aku tak beli banyak-banyak rantai tu semua warna. Baru IDR10,000 sama dengan tak sampai RM3.00 satu. Hadoi. ni semua gara-gara Dahlan.. nanti cerita.

Hari kedua ke Pasar Badung adalah tempat pertama aturcara. Serius silap besar pegi sana dulu sebab bila pegi sana dulu banyak le benda yang dishoppingkan. Aku siap tempah langsir lagi. Hahahahaha.. tapi murah langsir tu dan memang dalam budget. Kalau di Jakel, kain sahaja paling murah RM25.00 semeter. Di Pasar Badung aku beli kain baru RM17.00 semeter. Total langsir tu campur upah jahit baru IDR980,000. Tak sampai RM300.00 pun. Yang jadi lari budget tu sebab aku beli kain lace dua pasang. Sepasang warna turquoise pink dan sepasang warna biru tua. Gatalkan. Tapi cantik-cantik kain lacenya. Dua pasang aku beli kain lace untuk baju jelah which is 2 meter setengah IDR450,000. Ha amik.. dah beli terpikir alamak cukup ke duit ni. Dah terpaksa berkira-kira nak shopping barang lain dah.

Hari ketiga kitaorang singgah kat Ubud. Nasib singgah tempat silver je. Gamaknya kalau singgah tempat batik, tempat lukisan semua kot aku shopping. Kat tempat silver aku beli subang sepasang. Tak murah jugak. Harga asal IDR250,000 after less 15% dapat IDR212,500. Dahlan beli pembuka surat harga seratus ribu lebih juga. Masa nak naik kereta nak gerak, ada pulak orang jual basikal kecik. Cantik basikal tu. Tawar punya tawar dapat IDR50,000 je. Pak Ujang cakap murah sangat dah tu sebab biasanya orang dapat paling minimum harga IDR70,000 je.

Apa lagi yer aku beli untuk aku.. fridge magnet di Tanah Lot. IDR10,000 FM berbentuk Pulau Bali. Lulur di Krishna satu IDR13,500 untuk aku dan souvenir untuk Kak Yati dan Kak Aishah. Aku beli lima so dapat free satu. Key chain di Krishna IDR7,000. Tak tahu nak bagi sapa

Untuk Batrisyia, aku belikan dia topi di Tanah Lot IDR20,000. Dress batik di Pasar Seni Sukawati RP20,000 dan sepit bunga tu pun di Tanah Lot sebab dia sibuk suruh petik bunga kat sana dia nak pakai. Buat kena marah je so aku terus beli sepit tu. Sepapan IDR10,000. Dahlan belikan Batrisyia selipar bunga tu di Krishna IDR13,500 dan baju mandi Barbie di Factory Outlet dengan harga IDR50,000 je. Sangat murah.

Untuk souvenir tak beli banyak jugak sebab risau budget lari. Aku cuma beli untuk Ina shot glass Hard Rock standard price tak boleh tawar.. muhahahaha IDR150,000 = RM42.45. Kat Bali ni barang import memang mahal lepas convert. Kalau kat Malaysia shot glass tu sampai RM30.00 pun. Kopi Luwak untuk bapak punya le mahal. 100gm IDR230,000. Nasib untuk bapak. Kalau orang lain pesan jangan harap kot aku nak beli. Dahlan beli jugak kopi tapi kopi Bali. Mahal sangat nak minum Kopi Luwak lagi. Kopi Bali IDR40,000 je untuk 100gm.

Itu sahaja barang yang aku beli. Sikit je kan. Actually masa kat Tanah Lot tu ada plan nak menghabiskan duit rupiah since kat sana dah hari keempatkan. Tapi tetiba Dahlan cakap dia tak kunci peti besi kat hotel. Boleh??? Dalam tu ada duit untuk bayar Pak Supir IDR1,150,000. Ada duit untuk airport tax IDR600,000 dan ada duit RM aku dalam RM500.00 dan duit dia ntah berapa RM. Bayangkan kalau hilang camana nak cover duit supir dan duit airport tax. Duit RM aku dahlah ada kat sana jugak. Nak keluar dari ATM aku tak bawak ATM card. Takkan nak bayar supir pakai credit card kot. So aku terpaksa le reserve kan dalam IDR 800,000 standby incase duit hilang. Balik bilik alhamdulillah duit semua ada. Memang Bali tak ada orang mencuri. So ada le berbalance-balance duit rupiah yang dibawak balik. Tu pun dah jenuh abiskan kat spa malam last tu. Aku bawak balik balance IDR650,000. Dahlan ada IDR700,000 lebih. So since ada banyak balance duit rupiah ni apa kata moh kita plan lagi pegi destinasi lain di Indonesia... hehehehe..

So tipsnya kalau nak beli belah di Bali ni.
1) Pasar Seni Sukawati - Boleh beli selipar bunga. Aku tawar habis-habis dapat IDR15,000. Tempat lain paling murah IDR20,000 je. Baju batik pun boleh beli sini tapi kena tawar habis-habisan.

2) Tanah Lot - Topi, rantai, banyak barang boleh beli dari sini jugak tapi selipar tak dapat murah kat sini. Jenuh tawar tak dapat IDR15,000 pun. T-shirt aku kurang tanya sebab tak berminat nak beli. Menurut kata Pak Supir, Tanah Lot atau Pasar Seni Sukawati memang boleh dapat T-shirt murah tapi kualiti tak sama dengan Krishna. Ntah le sebab aku tengok barang kat Krishna pun tak ada le elok mana. Harga pun tak murah.

3) Krishna - boleh beli barang-barang spa. Murah sini. Tempat lain agak mahal. Lain dari tu aku rasa tak ada apa yang menarik sangat di Krishna ni. Baju pun mahal jugak. Dress batik sama macam Batrisyia punya yang aku beli di Sukawati IDR20,000, di Krishna IDR22,000-IDR25,000. Tapi pada yang tak pandai menawar, sila beli di Krishna aje. Sebab harga dia reasonable cuma tak murah je.

4) Kopi Luwak - Menurut kata Pak Supir jugak, kopi luwak diluar dengan tempat yang mahal nak mampos tu tak sama kualitinya. Kopi Luwak luar dah campur dengan kopi biasa sebab tu dorang boleh jual murah. Mungkin le jugak kan

5) Barang-barang kraf macam silver, lukisan batik - Kalau pencinta seni, beli di Ubud. Lukisan sana ada pelukis yang ada nama so lukisan dia ada value. Tapi macam aku yang tak reti ni, tak hingin pun nak membeli lukisan. Silver pun sama. Kalau beli di Sukawati, kemungkinan bukan silver tulen tu ada. Ye benor ke idak aku pun tak tahu. Kena tunggu le beberapa ketika kita tengok hitam tak subang silver aku. Kalau hitam kita claim balik dari kedai tu sebab dia cakap gurantee tak hitam.

Note : Tukaran RM ke IDR aku dapat campur-campur so lepas kira tambah tolak lebih kurang IDR1,000,000 = RM283.00

Saturday, August 23, 2014

Bali Aku Datang..

Tajuk tak boleh blah. hehehehe...Insyallah esok kitaorang sefamily akan bertolak ke Bali selama 5 hari 4 malam. Teruja sangat. Sebenarnya hari ni ada 2 jemputan open house dan kenduri. Satu open house Taska Umina, lagi satu jemputan kawin dari audit staff Dahlan kat Shah Alam. Satu pun tak pegi sebab buzy mempacking barang. Start dari malam semalam packing sampai ke malam ni baru siap. Huhu.. Tu pun tadi dah kelam kabut sebab lepas siap packing timbang-timbang beg sekali terlebih 25kg. Nak beli tambahan serius tak berbaloi sebab bukan boleh tukar dari 25kg ke 30kg camtu je. Air Asia ni sekali dah bayar, kena tambah bukan boleh tukar. So kalau nak beli additional baggage kena beli minumun 20kg which is RM55.00. Tak berbaloi langsung sebab access 25kg dia sikit sangat. Jenuh pikir camana last-last dapat idea. Buat lagi satu bag hand carry. Jenuh pulak cari bag yang ringan at last guna bag avon aku yang dah berusia lebih 15 tahun tu sebab tu je bag yang tak sampai 500gm. Masuk semua seluar dan kasut dalam tu beg tu cuma seberat tak sampai 5kg. Keluarkan pulak air ribena Batrisyia, so at last dapat le bag nak check in dalam 23kg je. Selamat.


Air Asia itinerary. Tengok siap order makan pegi balik. Makanan dalam Air Asia sedap-sedap. Aku suka so mesti nak order. Lagipun flight 3 jam tak order makan, bosan woo.. Batrisyia punya meal pegi paling mahal sebab ada kit kat dan air ribena. Tapi tambah RM3.00 je dari normal meal. Air ribena dalam flight pun dah RM6.00 biasanya. Kali ni dapat jimat sikit untuk booking seat sebab untuk pegi just book seat untuk aku. Balik booking seat untuk aku dan Dahlan. Auto arrange seat pisah-pisah banyak masa balik  Tengok date itinerary ni. 28 Februari tu. Lama betul yer aku booked tiket Bali ni. Total semua flight ticket dan mak nenek semua RM1,283.00. Ok le juga.

Kat Bali kitaorang dah booked Hotel Eden. Four star hotel. Katanya dalam 500 meter je dari Discovery Mall.  Dekat le tu kan. Aku jalan dari LRT KLCC ke office pun lebih dari 500 meter. Kitaorang booked hotel ni melalui Agoda dua bulan lepas kot so dapat le murah jugak. Total RM590.69 lebih kurang RM147.67 je semalam.

Ok dah nak tidur. Esok pagi kena bangun pukul 4.30 pagi. Dah booked Teksi Exora 1Malaysia pukul 6.15 pagi. Saja nak pegi awal sebab aku nak jalan-jalan tengok KLIA2. Sebelum tu nak list dulu nombor telefon Teksi Exora untuk future reference incase kertas tu hilang.

1) Uncle Wong Kun Ching - 016-3810734 - Kitaorang booked dia sebab ni je nombor telefon yang aku dapat dalam tempoh seminggu sebelum pegi Bali. Aku dapat nombor dia masa keja kat USJ. Uncle charge RM80.00 ke KLIA2 dari PJ

Masa aku course kat Armada Hotel hari Khamis Jumaat lepas, tetiba terdapat pulak 2 lagi nombor teksi Exora.

1) Mohd Nafi - 011-28022132 - RM90.00 ke KLIA2 dari PJ
2) Norasmah - 016-6559023 / 010-5153551 - RM80.00 ke KLIA2 dari PJ

Tuesday, August 19, 2014

Gambar dari AEE Magicam S70

Sabtu lepas ada open house rumah kawan Dahlan kat Seksyen 27 Shah Alam. Saja je bawak camera baru nak test-test. Kang terus bawak pi Bali haram tak tahu pakai naya je. Casing agak berat untuk monopod cikai RM10 so kena bukak casing. Bila bukak casing tak fix pulak lubang dia jadi bila selfie, berpusing-pusing camera tu.. Ceh.. So kena bersabar ajelah memegang monopod cikai dengan camera berat.

Outdoor picture. Aku tak reti lagi nak ambik gambar lawa-lawa. Aku tengok gambar orang lain pakai camera camni lawa je.. ke camera aku cikai so gambar tak lawa? Ntah le. Tak kisah le janji dah ada camera jenis ni.

Indoor picture. Kat One Utama masa dinner. Comel pulak aku rasa Batrisyia kat gambar ni. Hahahaha.. puji anak sendiri. Sapa lagi nak puji yer tak..

Thursday, August 14, 2014

Merit Bonus 2014

Bulan Ramadhan lepas, masa pegi PMI evening talk pasal GST awareness dengan Miss Lim, dia ada bagitau aku pasal Dato' setuju bagi merit bonus untuk team yang terlibat dengan tender MEAL. Tak sangka juga tak pernah-pernah dapat tetiba je dapat. Rezeki aku le kan. Aku dapat sebulan gaji tapi untuk bayaran kali ni semua orang dibayar separuh je dari amount yang dapat. Seminggu sebelum raya bonus ni dah pun masuk dalam akaun bank tapi aku tak ada le keluar-keluar sebab belum ada plan nak beli apa pun. Nak belanja untuk hari raya aku dah provide duit dah. So simpan jelah dulu sampai rasa perlu.

Aku memang dah decide duit ni aku memang tak akan saving. Aku nak beli something dengan duit ni. Mula-mula aku ada tanya Dahlan nak tak beli tv baru, tapi dia cakap tak payah lagi sebab tv lama elok lagi walaupun dah outdated sangat-sangat. Lepas dia cakap tak payah, aku ada rasa macam nak beli basikal exercise tapi yang jumpa kena dengan budget macam tak best je. Yang best semua 3-4 ribu. 

Lepas tu masa raya ritu ada janji dengan bapak nak bagi dia handphone baru hadiah raya. Plan mula nak bagi Nokia je. Sekali masa nak pegi beli bapak cakap dia tak Nokia sebab dia boikot produk yang support Israel so delete Nokia. Aku cakap beli Samsung le. Korea brand. Bapak pun setuju. Masa gathering raya rumah nyah ritu aku terus ajak bapak pegi beli kat Tesco Puchong. Kat Tesco tu ada 3 je kedai telefon dan pilihan telefon dia pun limited. Aku suruh bapak pilih je mana dia nak. Kalau bapak pilih S5 aku beli je sebab aku dah niat nak beli bapak tepon baru. Tak cukup duit bonus aku tambah duit lain. Tapi bapak idak le pilih S5. Dia pun tahu kot tak guna beli mahal-mahal tapi tak pakai sangat. Bapak pilih Samsung Galaxy Trend Plus. Dapat harga RM399.00 je. 

Lepas beli handphone bapak, ada lagi balance duit bonus aku. So aku pun decide beli action camera. Mula-mula teringin nak beli GoPro Hero 3+ sebab tengok gambar Yus, gambar Tomok.. aduh cantiknya. Aku pegi le Digital Mall hari Ahad lepas balik dari open house rumah Adi. Sekali tengok harga GoPro umak.. camera aje dah RM1,499.00. Salesman tu cakap kalau abis murah pun dia boleh bagi RM1,350.00 je. Tak masuk display screen. La.. baru aku tahu yang display screen tu kena beli asing. Tambah tu tambah ni dekat RM2,000.00 jugak harga camera tu. Isk tak jadi le aku beli. Salesman tu suggest aku satu camera lain. AEE Magicam S70. Brand china je tapi distributor dia memang Malaysia. Ada dua tahun warranty. Orang tu cakap kualiti gambar semua sama je. Dia bagi RM1,299.00 Tapi aku tak ada le beli terus sebab Dahlan suruh balik pikir dulu.

Dah beberapa hari pikir, aku pun tak ada le reti sangat nak compare-compare. Lagipun aku memang nak camera ni, jadi aku decide beli jelah AEE Magicam S70 sebab tu memang bawah budget aku. GoPro memang dah luar kemampuan dah tu. Lagipun aku tak ada le nak bawak camera ni untuk action sangat pun. Saja nak syok-syok je. Hari ni aku ada course GST kat Concorde Hotel. Course habis pukul 5.00 petang so cepat-cepat balik ajak Dahlan beli terus hari ni. Tak mau pikir-pikir dah nanti aku tukar pikiran lagi. Pegi kat kedai yang sama. Rezeki aku kot tawar-tawar dia bagi best price RM1,199.00. Wah.. memang betul-betul bawah budget. Happy sangat.  


Ni le rupa cameranya. Tak try lagi pun camana. Tadi kat kedai, salesman tu dah ajar dah camana nak guna tapi aku kena belajar balik. Nampak macam senang je.  Macam compact camera je. Boleh kot. Yeah.. boleh bawak camera baru gi Bali.. 

Monday, July 28, 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Raya tahun 2014 ni sekali lagi bapak tak nak raya kat Bota. Memandangkan tahun ni turn nyah balik JB maka aku le kena jadi tuan rumah.  Nasib le yer rumah sempit. Ely dan Ikram datang tidur kat PJ hari Sabtu malam Ahad lagi. Dah tengah malam dah pun baru sampai. Aku dah tidur dah pun.Yong datang semalam dekat-dekat nak berbuka. Pagi semalam lepas sahur aku dengan Ely dok bertungkus lumus memasak. Ceh macam banyak sangat menda masak pun. Cuma buat rendang daging, ayam masak merah dan nasi tomato je. Jelatah Yong buat lepas dia datang. Lemang kirim Yong beli kat area rumah dia.


Macam biasa le acara pagi raya lepas semayang raya mesti mengambil gambar family. Kali ni tak payah pakai tripod sebab ada ramai cameraman tolong amik gambar.

Muka Batrisyia toya betul. Asal mulanya suruh bangun tidur tak nak bangun. Nak tidur. Dah gerak bangun, Dahlan dah balik dari semayang raya tak sudah lagi mandi. Dah siap mandi satu hal lagi tak nak pakai baju raya. Nak pakai baju Frozen.. eee.. geram betul. Tahun depan aku buat baju kurung gambar Frozen. Last-last suruh Tasya pujuk, nak jugak le dia pakai baju raya dia. Rayyan sampai ke sudah tak pakai baju melayu. Lagi best. Elok sangat perangai deme berdua. Pastu dah elok pakai baju bagai angin apa ntah nak duduk je bergambar. Masa tu turn family Yong, dia pun sibuk nak jugak. Aku last-last tarik jugak dia. Tu muka dia toya je tu. Patung Frozen tetap tak lepas.

 Girls only

Amik gambar dengan bapak pun susah jugak Bapak tak abis-abis dengan cerita channel Bella dia. Hadoi.. masa nak ajak pegi rumah Mak Nyah pun, kena tunggu dia abis tengok citer Filipina baru boleh keluar. Sabar jelah.

 
Food hari ni ada lemang semalam, rendang masak sendiri, rendang tok beli kat pasar tani, serunding ayam dan daging. Pastu extra masakan untuk hari ni laksa. Yong masak. Lepas bergambar, salam-salam raya, makan sikit aku beraya kat rumah MIL. Bawak laksa je dengan kek. Mak masak mee di pagi raya. Dan ketupat beras le macam biasa. Aku tak reti nak makan ketupat tu dengan rendang. Rasa tercekik aku dibuatnya. 

Balik dari rumah mak, pegi rumah Pak We kejap. Tak minum pun. Betul-betul salam-salam raya tengok Pak We kejap pastu balik. Tak ada sapa pun kat rumah tu kecuali Yong Yan. Lepas solat Zohor, plan nak pegi rumah Mak Nyah tapi delay sebab tunggu bapak tengok tv. Bapak kalau dah tengok tv, makan pun sampai kena beranto baru makan. Huhu.. Tu jelah cerita raya pertama tahun 2014 ni.

Monday, July 21, 2014

Ramadhan 2014

Tahun ni tiga kali berbuka puasa buffet hotel. Jarang berlaku ni. Tu pun atas ikhsan achik. Kalau aku nak bayar idak le kot. Bazir sangat rasanya.




Mula-mula sekali achik ajak kat Dewan Perdana Felda. Makanan dia serius fuh.. baaaanyaakkk sangat. Tak terkira banyaknya. Dari dalam dewan, sampai ke lobi dewan sampai ke luar dewan. Macam-macam ada. Nak makan apa pun sampai tak larat-larat dah. Selain dari kitaorang sefamily, bukak puasa kali ni dengan Ita dan family. Terima kasih achik

Buffet Ramadhan kedua anjuran LSSB. Aku yang beli voucher buka puasa ni kat groupon. Pilihan hotel Seri Pacific Hotel KL. Oklah berbaloi le dengan makanan. Semua wanita-wanita je kali ni kecuali Dahlan dan husband Kak Aishah yang lelaki.

Ketiga, ikhsan achik jugak. Kali ni kat Mandarin Oriental. Best tempatnya sebab selesa. Tapi food tak banyak pilihan macam Dewan Perdana Felda. Kalau bayar sendiri, dari segi harga memang berbaloi le Dewan Perdana Felda. Kali ni achik ajak akak pulak bukak puasa selain aku. Anyway terima kasih le pada achik dan LSSB sebab belanja buka puasa tahun ni. Kalau harap aku bayar sendiri, memang tak lah.

P/S Gambar Dewan Perdana Felda cilok dari Ita Kayrol FB. Gambar Seri Pacific Hotel dari Kak Aishah dan gambar Mandarin dari achik