Tajuk tak boleh blah. hehehehe...Insyallah esok kitaorang sefamily akan bertolak ke Bali selama 5 hari 4 malam. Teruja sangat. Sebenarnya hari ni ada 2 jemputan open house dan kenduri. Satu open house Taska Umina, lagi satu jemputan kawin dari audit staff Dahlan kat Shah Alam. Satu pun tak pegi sebab buzy mempacking barang. Start dari malam semalam packing sampai ke malam ni baru siap. Huhu.. Tu pun tadi dah kelam kabut sebab lepas siap packing timbang-timbang beg sekali terlebih 25kg. Nak beli tambahan serius tak berbaloi sebab bukan boleh tukar dari 25kg ke 30kg camtu je. Air Asia ni sekali dah bayar, kena tambah bukan boleh tukar. So kalau nak beli additional baggage kena beli minumun 20kg which is RM55.00. Tak berbaloi langsung sebab access 25kg dia sikit sangat. Jenuh pikir camana last-last dapat idea. Buat lagi satu bag hand carry. Jenuh pulak cari bag yang ringan at last guna bag avon aku yang dah berusia lebih 15 tahun tu sebab tu je bag yang tak sampai 500gm. Masuk semua seluar dan kasut dalam tu beg tu cuma seberat tak sampai 5kg. Keluarkan pulak air ribena Batrisyia, so at last dapat le bag nak check in dalam 23kg je. Selamat.
Air Asia itinerary. Tengok siap order makan pegi balik. Makanan dalam Air Asia sedap-sedap. Aku suka so mesti nak order. Lagipun flight 3 jam tak order makan, bosan woo.. Batrisyia punya meal pegi paling mahal sebab ada kit kat dan air ribena. Tapi tambah RM3.00 je dari normal meal. Air ribena dalam flight pun dah RM6.00 biasanya. Kali ni dapat jimat sikit untuk booking seat sebab untuk pegi just book seat untuk aku. Balik booking seat untuk aku dan Dahlan. Auto arrange seat pisah-pisah banyak masa balik Tengok date itinerary ni. 28 Februari tu. Lama betul yer aku booked tiket Bali ni. Total semua flight ticket dan mak nenek semua RM1,283.00. Ok le juga.
Kat Bali kitaorang dah booked Hotel Eden. Four star hotel. Katanya dalam 500 meter je dari Discovery Mall. Dekat le tu kan. Aku jalan dari LRT KLCC ke office pun lebih dari 500 meter. Kitaorang booked hotel ni melalui Agoda dua bulan lepas kot so dapat le murah jugak. Total RM590.69 lebih kurang RM147.67 je semalam.
Ok dah nak tidur. Esok pagi kena bangun pukul 4.30 pagi. Dah booked Teksi Exora 1Malaysia pukul 6.15 pagi. Saja nak pegi awal sebab aku nak jalan-jalan tengok KLIA2. Sebelum tu nak list dulu nombor telefon Teksi Exora untuk future reference incase kertas tu hilang.
1) Uncle Wong Kun Ching - 016-3810734 - Kitaorang booked dia sebab ni je nombor telefon yang aku dapat dalam tempoh seminggu sebelum pegi Bali. Aku dapat nombor dia masa keja kat USJ. Uncle charge RM80.00 ke KLIA2 dari PJ
Masa aku course kat Armada Hotel hari Khamis Jumaat lepas, tetiba terdapat pulak 2 lagi nombor teksi Exora.
1) Mohd Nafi - 011-28022132 - RM90.00 ke KLIA2 dari PJ
2) Norasmah - 016-6559023 / 010-5153551 - RM80.00 ke KLIA2 dari PJ