Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tinggal 2008

Macam jiwang je tajuk entry aku kali ni kan. Hehehe.. sesekali pe salahnya kan. Entry ni sesaja nak recall beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2008.

1) Bulan Januari best sebab aku dapat bonus. Banyak.. tak sangka dapat bonus banyak tu. Ni le pertama kali aku dapat bonus sekaligus macam ni.

2) Tapi yang tak bestnya increment aku 5% je. Huhu.. Sedihnya. Aku expect at least 7%-8%.

3) Bulan March dapat berita sedih. Dapat tahu mak kena sakit leukemia. Rasa nak runtuh perasaan masa tu. Tak boleh nak cakap camana rasa sedihnya

4) Tahun ni juga dapat free trip pegi Langkawi. Bestnya. Boleh bawak mak dan bapak lak tu. Yang penting 100% tanggung. Satu sen tak payah kuar duit. Cuma untuk shopping je.

5) Tahun ni juga pertama kali aku dapat naik kapal terbang. Hahaha.. ni benda paling lawak ni. Sebab orang lain kecik-kecik dah merasa naik kapal terbang. Aku dah masuk umur 32 tahun baru merasa naik kapal terbang. Kesian aku.

6) Apa lagi ek?? Yang lain-lain tu menda kecik-kecik kot. Aku pun dah lupa. Kalau ada nanti aku update lagi.

Friday, December 26, 2008

Overnya Dorang

Tiap-tiap hari aku memang tunggu Yatie kat lobi building Rohas Perkasa ni tapi kadang-kadang dia sampai dulu dan kena tunggu aku jugak. Hehehe.. Kalau time-time hujan, lama le sikit aku melepak kat lobi tu sambil tengok macam-macam gelagat orang lalu lalang. Hari tu ada le dua orang mamat ni, yang aku rasa dorang ni memang tourist le tengah ambik gambar kat kaki lima depan office aku. Sebab ambik gambar dari situ memang boleh nampak KLCC. Memang aku selalu tengok tourist ambik gambar KLCC dari sini. Tapi yang ni punya le over. Aku rasa dorang ni dari India kot sebab cara dorang bergambar tu macam dalam filem hindustan je. Hahaha.. Pastu yang bergambar tu memang dah over. Yang mengambik gambo tu lagi le over. Siap menongeng lagi. Pe le masalah kena tonggeng-tonggeng macam tu. Ambik elok-elok bertinggung ke tak boleh ke? Sebab pelik sangat, aku ambik pulak gambar dorang tapi tak berapa nak clear le sebab gambar kelam kabut. Takut lak nanti dorang perasan aku candid gambar dorang, dorang pegi belasah pulak aku. Mampos.. Hehe..

Tuesday, December 23, 2008

Makan-Makan @ BBQ Chicken

Malam ni aku dengan Yati balik agak lewat so kitaorang decide nak pegi makan je terus. Pikir punya pikir last-last kitaorang decide pegi kat Jaya One je yang terletak depan rumah aku je. Kat Jaya One ada banyak sangat restoran-restoran baru. Macam-macam ada. Pilih je yang mana nak dan pada kali ini kitaorang memilih makan kat BBQ Chicken

Restoran ni ok memang cosy sangat. Kalau nak buat gathering dan lepak-lepak kat Jaya One ni actually memang best place. Lepas pukul 7 malam, parking pun free.

Tengah tunggu order. So ambik gambar dulu.

Ni le hidangan aku order. Namanya Teri-Q Stick. Berharga RM13.70. Ada dua ketul drumstick, coleslaw dan boleh pilih sama ada nak french fries atau mash potatoes. Aku pilih mash potatoes sebab ayam dah deep fried cam tak best lak semua benda nak goreng. Hidangan ni nampak macam ayam goreng biasa tapi rasanya lain sebenarnya. Tak ada le sama macam ayam goreng biasa pulak. Sedap juga le.

Yang ni pulak Yati order. Namanya Jerk BBQ. Grilled chicken. Serve dengan coleslaw dan pilihan french fries atau mashed potatoes. Harga RM14.50. Very tasty tapi quite pedas. Sapa tak tahan pedas tak recommend ambik meal ni. Selain dari ni Yati order Cream of Corn soup. Tapi aku tak suka sebab rasa jagung. Haha.. nama pun sup jagung mestilah rasa jagung. Bengong betul.

Lepas habis makan kitaorang ambik gambar kat area-area situ. Lawa dorang design untuk x-mas. Picture ni Pak Guard situ yang ambik sebab tu tak terang dan goyang-goyang. Tambah pulak guna handphone Yati je. Camera aku tak bawak hari ni.

Nak bagi seluruh Christmas Tree masuk dalam picture so kena ambik jauh-jauh. Tapi nasib baik le aku besar so picture aku tak ada le nampak kecik sangat. Hehe..

Tagging Game

Actually malas betul nak buat posting baru tapi disebabkan Yati dah tagged aku dan dia cakap aku "The bestest akak in the opis" (cam bodek je..hahaha), so aku pun buat le juga. Moh kita tengok soklan-soklan tagging game kali ni.

1. Do u think u are HOT?
HOT??? Never. Selalu kepanasan ada le kot. Hahaha...

2. Upload a favourite picture of you


3.Why do u like this picture?
Sebab picture ni lawa, tak macam aku. Kulit pun halus gebu sebijik parut tak nampak. Picture ni picture pertama make over yang aku penah buat. Kalau le setiap masa kulit lawa macam tu.. best nyer.... Kalau tak favourite aku tak letak nyer kat blog picture ni. Hehehe...

4. When was the last time u ate pizza?
Lama dah. Bulan puasa 2008 hari tu. Domino's New York Crust Pizza. Sedap giler..

5. The last song u listen too?
CUBA from Faizal Tahir. Hope lagu ni menang Anugerah Juara Lagu 2008.

6. What are u doing right now besides this.
Having my breakfast. Huhu.. Perkara wajib sebelum buat keja kat office mesti le breakfast.

7. What name u prefer besides yours?
IZA. Masa kecik-kecik aku selalu hope kalau nama aku tukar jadi Iza. Hehehe.. Ntah hapa-hapa.

8. People to tag:
Kena letak 5 orang ke? Pembaca blog aku ni rasanya tak ada blog sendiri so kalau nak buat tagging game ni tulis atas kertas pastu tampal je kat mana-mana yer.. Hehehe..
1) Noryusnita
2) Kak Semah
3) Lorna
4) Kak Hariati
5) Macam Yati juga.. sesapa yang sudi nak membuat tagging game ni

9. Who is no.1
Orang yang bertanggungjawab membuat aku menceburi blogging ni. Tapi dengan yakinnya aku cakap dia takkan buat tagging game ni sebab blog dia sendiri dah lama giler tak update.

10. No.3 is having relationship with?
Sapa ke nama tunang dia.. Khairil kot. Eh.. dorang belum bertunang lagi. Akan bertunang pada 28 December 2008. Selamat Bertunang.

11. Say something about no.5
Aku sendiri tak tahu sapa pembaca blog aku.. camana nak cita ek??? Must be manusia. Ada dua mata, dua telinga, satu hidung. Lain-lain tak pasti.

12. How about no.4?
Kalau Yati tulis no. 4 is the bestest akak in the opis, so aku pun boleh tulis sama juga le. Selalu kongsi rahsia dengan dia dan sangat baik hati.

13. Who is no.2
Satu-satunya my family member aka kakakku yang rajin membaca blog ni.

Saturday, November 29, 2008

My Birthday Celebration

Happy Birthday to me.. Happy Birthday to me.. Happy Birthday to Ismi.. Happy Birthday to me. Hari ni birthday aku yang ke 32. Tuanya aku dah. Malam ni pegi makan kat Uptown celebrate birthday aku dengan bapak sekaligus. Yang ada malam ni celebrate birthday, aku, bapak, mak, Wan Chu Ma, Kak Semah, Abang Harun, Wan, Tikah dan Pidah.

Bluberry Mousse Block Cake. Hadiah dari Wan Chu Ma. Mak dan Bapak pulak belanja makan. Camana pulak bapak leh belanja. Dia kan celebrate birthday juga. Yang tak bestnya baru snap picture 3 keping, battery camera abis pulak. Huhu.. Kesian betul.

This year birthday aku dapat hadiah daripada Kak Yati. Dia bagi aku subang dan hair clip. Lawa. Thank you Kak Yati. Nyah pulak hari tu bagi clutch beli dari Sabah. Aku ingat tu souvenir dari Sabah sekali dia cakap merangkap hadiah birthday. Apa le Nyah ni.

Friday, November 28, 2008

Gathering Rumah Desa Serdang

Dayang datang dari Sabah sebab bawak anak-anak dia jalan-jalan kat KL sempena cuti sekolah. So disebabkan lama dah kitaorang tak gathering, hari ni semua setuju berjumpa di KLCC. Semua ada kecuali Ani, Ala dan Mahani.

Sebabkan masa tu dah malam so kitaorang terus le dinner kat Secret Recipes. Masa ni Joe belum sampai sebab dia sangkut dalam jem kat Bulatan Kg Pandan. Sabar le Joe. Hari Jumaat, KL memang le macam tu.

Dayang dan Enjang. Kat rumah Desa Serdang dulu ada 4 bilik. Mula-mula Dayang dok dengan Mahani. Lepas tu bila Mahani keluar, Ala masuk. So Ala jadi roommate Dayang. Enjang pulak dok dengan Ani. So hari ni kiranya roommate dorang berdua je yang tak ada.

Picture atas Yati, Cah dan Fidah. Bawah aku dan Ninie. Aku dulu roommate dengan Yati dan Cah. Fidah pulak dengan Ninie dan Joe. So bilik kitaorang je yang dok bertiga.

Joe dah sampai pun. So kena le ambik gambar beramai-ramai sekali lagi. Yang lain-lain semua dah kawin kecuali yang masih available cuma aku, Yati dan Joe je. Sapa-sapa nak boleh le isi borang. Hehe..


Monday, November 24, 2008

Lunch Treat By Encik Rozlan

Sejak dari raya hari tu En Rozlan janji nak belanja kitaorang kat HQ ni gi makan-makan tapi yang peliknya kena tunggu kereta baru dia sampai. Apa saja le En. Rozlan ni. So akhirnya hari ni dia menunaikan juga janji dia. Mula-mula dia nak bawak kitaorang makan Kari Kepala Ikan kat satu restoran kat Taman Wahyu. Tapi Ms Lim ni mengada-ngada tak nak drive. Ada ke dia boleh suggest makan kat kopitiam je. Ntah apa-apa le dia tu. Nak kedekut, kedekut sensorang dah le. Tak payah le melibatkan En. Rozlan jugak. Last-last setelah Kak Aspa volunteer nak drive so kitaorang pegi makan kat Sentul Curry House.

Nampak sangat dah lama betul tak pegi Sentul Curry House sebab sekarang dah lawa. Dah ada fountain kat entrance. Ni salah satu fountain yang ada. Ada lagi satu kat belah depan.

Gambar atas tu Kari Kepala Ikan. Aku makan sikit je. Balik office memang pening. Ntah apa le yang dorang letak sampai boleh jadi pening macam tu. Kas-kas kot. Yang lagi satu tu my all time favorite Ayam Madu.