Dayang datang dari Sabah sebab bawak anak-anak dia jalan-jalan kat KL sempena cuti sekolah. So disebabkan lama dah kitaorang tak gathering, hari ni semua setuju berjumpa di KLCC. Semua ada kecuali Ani, Ala dan Mahani.
Sebabkan masa tu dah malam so kitaorang terus le dinner kat Secret Recipes. Masa ni Joe belum sampai sebab dia sangkut dalam jem kat Bulatan Kg Pandan. Sabar le Joe. Hari Jumaat, KL memang le macam tu.
Dayang dan Enjang. Kat rumah Desa Serdang dulu ada 4 bilik. Mula-mula Dayang dok dengan Mahani. Lepas tu bila Mahani keluar, Ala masuk. So Ala jadi roommate Dayang. Enjang pulak dok dengan Ani. So hari ni kiranya roommate dorang berdua je yang tak ada.
Picture atas Yati, Cah dan Fidah. Bawah aku dan Ninie. Aku dulu roommate dengan Yati dan Cah. Fidah pulak dengan Ninie dan Joe. So bilik kitaorang je yang dok bertiga.
Joe dah sampai pun. So kena le ambik gambar beramai-ramai sekali lagi. Yang lain-lain semua dah kawin kecuali yang masih available cuma aku, Yati dan Joe je. Sapa-sapa nak boleh le isi borang. Hehe..