Friday, January 30, 2009

Blog Paling Gila! Award

Aiyark.. award lagi. Dari Yati jugak. TQ.. TQ.. Blog paling gila ke.. blog paling gila best?? Memana pun tak pe lah ek. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: -

Kali ni nak bagi award kat orang lain le pulak.

1) Abang Mizan. (Blog dia tak gila-gila tapi gila best sebab lepas baca macam ada kesedaran sikit. Tapi cam tak sesuai je abg Mizan nak letak award ni kat blog dia. Ikut suka le nak letak ke idak)
2) Noryusnita (Balik-balik minah ni. Tapi kena bagi jugak sebab dia buat blog aku. Nanti dia cakap aku lupa daratan. Hehe)
3) Maleh nak letak nama
4) Maleh nak letak gak..

2008 Cute’s Blogger Award

Dapat award lagi dari Yati. Kali ni nama awardnya "2008 Cute's Blogger Award". Ni dah abis 2008 dah. Tak pelahkan. AJL 2008 pun buat tahun 2009. Hehehe.. Apa lak kena mengena AJL dengan award blogger ni? Ntah aku pun ntah tahu.

a. Copy Badge ‘2008 Cute’s Blogger Award’ untuk diletakkan di blog anda:


b. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

Yang bagi award ni ada Puan Nurhayati. Dia ni colleague aku kat LSSB tapi dia kat OC. Antara staff terawal yang keja kat LSSB. Maknanya dia dah ada kat LSSB ni masa staff LSSB baru belas-belas orang je dulu. Lama dah tu. Yati ni kecik je orangnya tapi sangat le creative. Anak dia baru sorang bernama Zara dan sungguh le cute. Rasa nak picit-picit.

c. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya:

Amenda hobi aku ek.. 10 lak tu. Campur-campur le kan dengan fakta diri sendiri.

1) Suka tidur
2) Suka muzik
3) Suka membaca
4) Suka tengok tv
5) Tak suka drive. Kalau terpaksa je drive. Kalau tak baik naik teksi je.
6) Tak tahu berenang
7) Takut tempat tinggi aka gayat le.
8) Tak suka taugeh. Benci sangat dengan makanan ada taugeh
9) Tak suka pakai baju kain gatal
10) Tak ada bf.. hehehe.. (macam advertise je ni..) Ni kira fakta juga le kan..

Tag kawan-kawan anda:

1) Yusnita

2) Lorna
3) Fara
4) Wanie (baca ke blog aku dia ni). Dia ajar aku camana nak buh background kat blog ni. Tima kasih le Wanie.

Cukup le 4 orang. Sekian, terima kasih.


Monday, January 26, 2009

CNY at Mid Valley

Hari ni CNY. Sebabkan Wan Chu Ma keja, jadi aku, Tikah dengan Fidah ambik kesempatan ikut dia pegi keja dan kitaorang pegi shopping. Actually dorang yang nak beli kasut, baju etc. Aku tak ada le nak beli apa sangat. Saja je nak berjalan. Demam pun tetap pegi gak. Nyah tinggal rumah dengan mak dan dia suh kitaorang bawak Caca. Masa Tikah & Fidah beli baju dorang aku memang tak larat sangat. Last-last lepak kat toilet dan tidur. Tapi si Caca pulak tergedik-gedik. Aku takut dia hilang so tak dapat le nak tido lastnya.

Lepas dorang berdua habis shopping baju, kitaorang pegi minum kat Dunkin' Donuts. Lepas dah minum baru le rasa segar dan macam tak demam. Hehehe..

Muka Caca dah macam tempoyak basi. Actually dia sakit telinga tapi gatal gak nak ikut. Bila aku tanya nak balik ke idak tak nak lak balik. Pelik betul budak ni.

Pukul 6.00 petang tu nasib baik le ada show acrobatic so tak ada le Caca bising sangat dia sakit telinga. Kitaorang pun singgah le melepak tengok show tu sampai abis. Show ni sebenarnya best juga le dan mengagumkan.

Yang baring atas kerusi tu kan perempuan. Dia boleh angkat pasu seberat 208kg dengan kaki dia. Siap leh pusing-pusing lagi. Lepas tu dorang mintak sorang penonton lelaki, gemuk jugak le dalam berat 90kg masuk dalam pasu tu dan dia angkat guna kaki dia jugak. Kagum.. kagum.. Kuat sungguh kaki perempuan itu.

Lepas habis show kitaorang jenuh berpusing-pusing mencari barang Caca. Nyah bagi dia RM5.00 je sebab tak nak dia beli bukan-bukan tapi dia punya taste barang mak aii.. semua yang mahal-mahal. Dah tu tak tetap pendirian pulak. Kejap nak pen berbulu senyum, kejap nak purse. Pening pala aku. Last-last dia beli purse Hello Kitty. Lepas dapat barang dia kitaorang pegi makan dan lepas tu dia sakit telinga balik dan ajak kitaorang balik. Sabar jelah Caca ni. Nak jalan gi Garden pun tak sempat. So terpaksa le kitaorang balik naik cab. Tak jadi tunggu Chu Ma abis keja kol 10.00 malam.

Saturday, January 24, 2009

Usaha Pertama

Hari tu kat entry ni, aku ada cakap aku nak pandai Englishkan. So hari ni sebagai usaha pertama aku, dengan berkobar-kobar aku pun beli le buku cita Enid Blyton kat MPH, One Utama. Kat MPH memang ada section khas buku-buku tulisan Enid Blyton. Banyak sangat jenis buku tulisan dia sampai tak tau pulak nak pilik mana satu. Pilih punya pilih, aku rasa buku ni yang paling ok kot untuk start. Takkan le aku nak beli buku fairy tales.

Buku-buku siri Malory Towers ni, aku penah baca masa kecik-kecik dulu tapi dalam BM le. Contoh tajuknya "Tingkatan Tiga Di Seri Melur". Rasanya aku dah baca semua dah dan aku suka sangat-sangat buku ni. Sebabkan alasan tu le aku pilih buku ni semula tapi sekarang aku beli pulak English version. Aku cadang nak beli semua set tapi tak ada le pulak. Yang 3 ni je yang ada so aku beli jelah semua. Lepas habis siri Malory Towers ni, aku nak beli collection Famous Five dan St Clare's pulak. Semangat.. Caya le aku..

Friday, January 23, 2009

New Shoes

Update
Aku dah beli kasut dah tapi tak jadi lak beli brand Hush Puppies atas sebab-sebab tertentu. Akhirnya aku pilih kasut Clarks. Design very simple sebab memang nak cari design simple-simple je. Kasut ni harga RM238.00 after less RM214.20. Murah le sikit dari kasut yang aku sibuk nak beli mula-mula. Lawa ke kasut ni? Tak lawa dah. Suka aku le kan duit aku yang beli. Hehehe...



Tadi masa lunch pegi le jenjalan kat KLCC dengan Kak Yati. Aku memang dah lama berkenan kasut kat Hush Puppies tu. Masalahnya aku berkenan banyak. Kalau sepasang tu ok le sebab leh terus grab je. Ni kena pikir lak yang mana nak beli..

Aku nak kasut yang ni. Tapi Wan Chu Ma cakap jangan beli sebab membazir. Dia cakap aku nak gi mana pakai kasut camni.. Ala.. biar le kan. Nanti pegi company outing boleh pakai. Pegi jalan-jalan shopping mall pun boleh pakai jugakkan.

Ok le. Sebab Wan Chu Ma kata toksah beli yang tadi aku kena le cari choice yang lain. Antaranya yang aku suka yang ni. Tapi designnya lain sikit. Ada corak lubang-lubang kat atas. Tadi aku dah try tapi cam susah nak masuk lak sebab ada tali kat atas tu. Kot nanti kalau beli last-last aku pijak je tali tu. Hehehe... Harga asal RM249.00. Ada discount 20% so dapat le RM199.20.

Yang ni lagi satu yang aku berkenan. Rupanya macam kelakar sikit tapi sedap pakai. Ada kaler merah, silver dan hitam. Tapi tadi hitam dah tak ada stock. Kaler silver ada size 7 je. Aku pakai size 6. Merah tak mo le. Cam kelakar je kaler merah ni. Harga yang ni RM269.00. Discount 10% je. Isk.. mahal le pulak.. Adoi.. susahnya nak buat keputusan..

Thursday, January 22, 2009

End Of Volume 3 Villains

Hari ni adalah episode ke 13 atau episode akhir Heroes Volume 3 kat Star World. Macam tak puas hati je ending camtu. Senang sangat pulak si Sylar tu mati. Pastu Peter pulak dapat kuasa dia balik dengan cara macam tu. Ala.. tak thrill langsung.

Volume 3 ni cam tak berapa nak best le. Dengan banyak sangat orang-orang yang ada kuasa, tak kenal lak tu sapa orangnya. Dah le sekali je dapat tengok dalam masa seminggu tu. Star World tayangkan hari Khamis pukul 10 malam. Ulangan kali pertama pukul 2 pagi hari Jumaat. Dan ulangan kedua pukul 12 tengahari hari Jumaat jugak. So memang kalau miss hari Khamis pukul 10 malam tu memang tak ada chance le nak tengok. Ntah apa-apa le Star World ni. Buat le ulangan weekend jugak kan. Pastu selalunya kalau dah nak ending, biasa dorang akan buat marathon tapi kali ni tak ada. Huhu.. sedih sungguh. Agaknya dorang pun rasa volume kali ni tak berapa nak best kot. Apa-apa pun tunggu jelah volume 4 nanti yang to be called "Fugitives".

Syukur Alhamdulillah..

Entry ni kira dah tak panas dah le sebab dah lebih seminggu dapat bonus. Tapi gaji baru je dapat 2 hari lepas. Lepas dah dapat baru le confirm dan boleh tulis apa yang dapatkan. So minggu lepas 14hb January 2009, secara rasminya duit bonus dah pun dibank in kan ke akaun kitaorang semua. Seperti yang Miss Lim dah bagitau hari tu, itu le yang aku dapat. Syukur alhamdulillah. Puas hati dengan apa yang aku dapat. Increment pulak, 2 hari lepas baru masuk salary bulan January dengan gaji baru. Surat tak dapat lagi. So increment pun ok. Tak le seperti tahun lepas yang aku rasa begitu frust dan rasa macam tak nak kerja kat LSSB dah. Walaupun gaji aku tak naik banyak dari orang-orang yang berkenaan, tapi aku kena le belajar bersyukur dengan rezeki yang aku dapat.

So duit bonus tahun ni aku tak ada le plan nak beli apa-apa yang besar. Bila dah dapat tahu amount "tu" yang aku dapat, aku putuskan aku akan bayar hutang pada Nyah habis-habis. Leganya semalam bila semua benda aku dah pun selesaikan. Hutang Nyah, hutang mak, saving dalam ASB, sedekah sikit, belanja family dan tinggal le balance-balance yang mana aku sendiri belum tahu apa nak beli. Ipod Nano?? Tak ada le aku nak beli kot. Aku nak orang hadiahkan bukan beli sendiri. Tak berbaloi le berhabis lebih RM500.00 dengan beli benda-benda mengarut macam tu. Aku bukan budak-budak dah benda tu nak dijadikan priority. Tapi mesti le kena beli sesuatu untuk reward diri sendiri. Setelah setahun bekerja berpenat lelah, maka kena le hadiahkan diri dengan sesuatu. Apa benda tu aku pun belum pasti. Budget dah ada cuma kena pikir le apa yang betul-betul aku puas hati kalau aku beli. Nanti bila dah dapat benda yang nak dibeli boleh le aku update kat sini.