Hari ni adalah episode ke 13 atau episode akhir Heroes Volume 3 kat Star World. Macam tak puas hati je ending camtu. Senang sangat pulak si Sylar tu mati. Pastu Peter pulak dapat kuasa dia balik dengan cara macam tu. Ala.. tak thrill langsung.Volume 3 ni cam tak berapa nak best le. Dengan banyak sangat orang-orang yang ada kuasa, tak kenal lak tu sapa orangnya. Dah le sekali je dapat tengok dalam masa seminggu tu. Star World tayangkan hari Khamis pukul 10 malam. Ulangan kali pertama pukul 2 pagi hari Jumaat. Dan ulangan kedua pukul 12 tengahari hari Jumaat jugak. So memang kalau miss hari Khamis pukul 10 malam tu memang tak ada chance le nak tengok. Ntah apa-apa le Star World ni. Buat le ulangan weekend jugak kan. Pastu selalunya kalau dah nak ending, biasa dorang akan buat marathon tapi kali ni tak ada. Huhu.. sedih sungguh. Agaknya dorang pun rasa volume kali ni tak berapa nak best kot. Apa-apa pun tunggu jelah volume 4 nanti yang to be called "Fugitives".